BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 12 Januari 2012

BN The End??? UMNO???


Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah LAGI MAHA PENYAYANG..
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam…
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Mulia Penghulu Segala Anbia Pembawa Rahmat Sekalian Alam…

Asallammualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian…
Sudah lama rasanya tidak berkongsi dalam ruangan ni. Diharapkan semua sahabat dalam keadaan sihat dan senentiasa ceria demi menghadapi hari mendatang. Kerana saya yakin, tidak ada seorang pun dalam kalangan kita hamba yang hina dapat menentukan apa yang bakal kita hadapi di hadapan kita. Untuk itu, cerialah, kerana ceria itu mengambarkan betapa kita Redha akan ketentuan Illahi.
Baru-baru ni, Universiti saya (UPSI) kecoh dengan beberapa siri demonstrasi yang melibatkan banyak pihak. Pelbagai tafsiran dibuat. Pelbagai reaksi timbul dari Mahasiswa, masyarakat sekeliling dan ramai lagi. Ramai juga yang Tanya apa pendapat saya tentang keadaan tu. Erm… mungkin dalam entri seterusnya.. saya akan kongsikan apa sebenarnya yang terjadi.
Kali ni saya nak kongsi sebuah buu yang Berjaya  membukamida saya untuk berfikir lebih dalam setelah otak ni tepu untuk exam minggu lalu. Tajuknya pelik…
            “Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End”
Dengan harga RM20.00, rasanya berbaloi meneliti pendapat penulis yang merupakan ahli UMNO sendiri. Baru baca separuh, tapi dah banyak yang diketengahkan penulis. Saya baru berkenalan dengan penulis ni(melalui tulisan bukunya ja…) namanya, SHAHABUDIN HUSIN. Mungkin ini buku pertamanya. MUNGKIN ya..
Insyaallah bila selesai saya khatamkan buku ni, saya akan memberikan sedikit pandangan kerana seperti ada yang tidak kena dengan buku ni…
HURM…. HURM… HURM…    
Doakan saya sahabat sekalian…

(ini gambar kek... sekadar hiasan)

0 ulasan: