BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 8 Februari 2012

MAHASISWA “BULUH TUA”


Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah,
Segala Puji Bagi Allah Yang Maha Pengasih,
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Mulia Rasul Akhir Zaman,

Assallammualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat
         Apa khabar kalian?? Didoakan semoga senentiasa dalam keadaan sihat dan senentiasa ceria disamping insan yang tersayang. Dan, semestinya, seperti pesanan saya dalam post yang lepas, pupuklah ketenangan dalam diri. Bukan hanya pada luaran, tapi juga pada dalaman. Kerana, ketenangan dalaman anda akan membawa kepada ketenangan anda dalam mengambil tindakan. Ketenangan anda dalam mengambil tindakan, akan memberikan ketenangan kepada insan lain yang berada disekeliling anda. Insyaallah, ketenangan itu akan terus tersebar dan terus tersebar dan terus tersebar.
         Ok, tajuk yang sedikit berat. Walaupun realitinya tidaklah seberat mana, tapi bagi sebuah negara yang bernama MALAYSIA dan bukan LANGKASUKA, tajuk ini menjadi beban kepada INDIVIDU yang mencari sesuatu yang berharga didunia. DEMOKRASI NEGARA DAN MAHASISWA, bagi negara yang bernama seperti diatas, ini merupakan sesuatu yang tidak dibenarkan. Hal ini kerana, wujud satu akta yang melarang perkara ini dari berlaku. Bila perkara ini terjadi, telah wujud dua puak yang tegar dengan pendirian masing-masing. (MAAF, SAYA TIDAK MENGAMBIL PENDAPAT ORANG YANG BERADA DITENGAH2 KERANA MENGANGAP PENDAPAT BEGITU MENGARUT!!!)
BAGI YANG MENYOKONG AKTA INI, MEREKA SERING MEMBAWA HUJJAH:
                ”WALAUPUN MAHASISWA DILARANG UNTUK TERLIBAT DALAM POLITIK, MAHASISWA MASIH LAGI DIBENARKAN UNTUK TERLIBAT DALAM PROSES DEMOKRASI MELALUI PEMBUANGAN UNDI. JADI APA YANG PERLU DIKECOHKAN. TIDAK ADA PENINDASAN YANG EBRLAKU. MAHASISWA TETAP TERLIBAT DALAM PROSES DEMOKRASI. LAGIPULA, TUGAS UTAMA MAHASISWA ADALAH BELAJAR. JADI MEDAN POLITIK BUKANLAH SATU YANG PERLU KEPADA MAHASISWA.”
        YA… sudah pasti, saya antara individu yang menentang akta ini. Saya selalu menerima hujjah seperti diatas. Selalunya bila saya menerima hujjah begini saya hanya akan berdiam diri. Bukan kerana takut, bukan kerana kedekut akan ilmu, tetapi yakin bahawa insan yang menggunakan hujjah ini bagi menyokong akta ini adalah insan yang sudah menjadi BULLUH yang payah dilentur. Dan, saya bukanlah insan yang bijak melentur “buluh” yang sudah matang. Jadi perkara itu saya serahkan kepada yang pakar.
Berkenaan dengan hujjah tersebut, harus disedari, mahasiswa adalah entiti yang kecil dalam masyarakat. Megapa tidak golongan ini diberikan peluang dan ruang dalam politik negara. Dalam akta tersebut menyatakan, MAHASISWA DILARANG meyatakan sokongan atau simpati kepada parti yang bertanding. Cara pelaksanaannya, apabila tiba pilihanraya mahasiswa dilarang untuk menghadiri ceramah atau program yang diadakan oleh mana-mana parti yang bertanding. Hal ini kerana, perkara itu dianggap sebagai memberikan sokongan kepada parti tersebut. Bayangkkan, bagaimana mereka ingin tahu pendirianatau manifesto parti yang bertanding andai tidak dibenarkan untuk menghadiri ceramah parti tersebut.? Buktinya, seperti yang pernah terjadi kepada pelajar UKM.
       Seharusnya, bagi menunjukkan semangat demokrasi tulin, akta seperti ini tidak perlu lagi dipertahankan. Biarkan semua rakyat negara ini bebas dalam mengambil apa jua peranan dalam menentukan pemerintahan negara. MENGUNDI hanya secebis dalam proses demokrasi. Jangan jadikan ini sebagai hujjah bagi mematikan tuntutan MAHASISWA yang ingin terlibat dalam politik. Yakinlah, bagi menuju kepada sebuah negara maju yang tulin, akta seperti ini harus dihapuskan. Bebaskan mahasiswa. Biarkan MAHASISWA belajar bukan hanya dengan buku tetapi turut serta dilapangan. Kerana suatu hari nanti, mereka yang bakal mengantikan pemimpin yang ada sekarang.
*pandangan peribadi, andai ada yang tidak berkenan, harap kemukakan.

Isnin, 6 Februari 2012

INNER PEACE


Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah LAGI MAHA PENYAYANG..
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam…
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Mulia Penghulu Segala Anbia Pembawa Rahmat Sekalian Alam…

Asallammualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian…
Apa khabar sahabat sekalian? Didoakan kalian semua Senentiasa dalam keadaan tenang. Ketenangan akan membawa kebahagian. Ketenangan akan membawa kedamaian. Ketenangan akan membawa kepada seribu satu kebaikan. Yakinlah, kerana ketenangan itu satu rahmat dari tuhan sekalian alam.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa mesti ketanangan. Sebebnarnya, saya baru kembali dari Kem Kepimpinan Mahasiswa siri Pertama UPSI. Satu pengalaman baru. Walaupun matlamat program kali ini tetap sama seperti kem-kem yag lain, kaedah pelaksanaannya cukup berbeza. Dasarnya, kem ini diadakan bagi menyediakan bakal calon MPP UPSI bagi sidAang akan datang.
Dalam kem inilah saya ketengahkan satu senjata yang selalu saya gunakan dalam menghadapi beberapa situasi. “KETENANGAN DALAMAN”. Diinspirasikan oleh kartun kungfu panda 2, perkataan ini cukup memberikan kesan pada saya dalam menghadapi apa jua situasi. Walaupun belum Berjaya menguasainya degan penuh, namun ia selalu memberi beberapa kesan positif pada diri.
(walaupun kartun, tetap ada yang positif)
Mengapa ketenanga dalaman? Kerana ketenangan dalaman akan memberI pelbagai kelebihan kepada individu. Tiada guna insan yang tampak tenang pada luarannya tapi berkecamuk dalamannya. Dan yakinlah insan yang tenang dalammannya akan membawa ketenangan kepada insan sekelilingnya. Ketenangan antara perkara penting dalam diri. Yakinlah, apabila kita tenang secara batin dan zahir, kita akan mampu mengawal apa jua situasi yang akan datang.
Tapi bagaimana nak mencapai ketenangan tersebut?? Setiap individu berbeza cara untuk memperolehi sumber ketenangan. Ada yang memperolehinya melalui pengalam yang mengembirakan, ada yang memperolehinya dari alam, dan pelbagai cara. Namun, satu kaedah yang terbaik, carilah ketenangan pada agama, Insyaallah ianya akan membawa kepada hasil yang baik.
Untuk itu, saya ulangi semula kata-kata saya dalam kem tersebut, “pupuklah ketenangan dalaman, insyaallah kita akan dapat  menghadapi apa jua situasi. Bilamana kita memperolehinya, sebarkanlah pada orang sekeliling. Kekalkan ketenangan pada alam ini…”
*memandangkan buku saya tertinggal di sabah, huraian untuk post yang lepas teraksa ditanguhkan. Maaf buat kawan2 yang menantikan post tersebut. Insyaallah akan menyusul dalam minggu ini. Doakan sahabat sekalian.