BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 24 September 2012

Mahasiswa Robot???


Dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah…
Segala puji Bagi Allah, Tuhan sekalian alam..
Selawat dan salam buat Rasul junjungan, nabi akhir zaman…

Assallammualaikum dan salam sejahtera buat semua taulan. Yakin dan didoakan anda semua sentiasa sihat dalam pergaulan. Mengelakkan perkara yang sia-sia dan membuang masa yang diberikan tuhan. Bersama-sama menuju kejayaan yang telah anda sendiri tentukan. Kerana makna kejayaan bagi setiap insane senentiasa terdapat perbezaan…
Hurm.. Pilihan Raya Kampus ataupun PRK… apa benda ni??? Makanan atau sebuah bangunan?? Kadang-kadang, bila kita tanya dengan mahasiswa di kampus ramai yang akan geleng kepala. (maknanya tak tahu la…). Ramai yang kata.. tak penting pun PRK.. same je pun… timbul pulak persoalan, apa sebenarnya tujuan PRK ni???
Hah… ni dia tujuannya….
Memilih perwakilan yang bakal menduduki kerusi Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). MPP pulok, ape bende?? Tujuan??
Fungsi dan Peranan MPP/MPM yang digariskan di dalam Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 Bahagian VI Peruntukan Am, Perkara 48


(10) Tujuan dan fungsi MPP ialah untuk:
(a) memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar Universiti;
(b) tertakluk kepada arahan Naib Canselor, menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan pembekalan makanan dan minuman;
(c) membuat rayuan kepada Naib Canselor mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan hidup dan kerja pelajar Universiti;
(d) diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut sesuatu Kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Universitidan
(e) menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Tu dia tujuan MPP. Hah… nak cakap tak penting lagi? Nak mengimbau pengalaman skit sepanjang bergelar MPP. Dengan jawatan Exco Kebajikan Dan Perkhidmatan, selalunya saya dan Aman Yasser merupakan insane pertama yang akan dijejaki andai berlaku masalah kebajikan ataupun perkhidmatan di kampus. Yang mengadu, semua jenis mahasiswa. Tapi, Alhamdulillah diberi kekuatan. Walaupun bukan semuanya aduan yang diberikan dapat penyelesaian terbaik. Tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik. Berpegang pada prinsip, MPP untuk semua.
Bahang PRK cukup hangat membara di UPSI tercinta. Dengan dakwaan penyelewengan. Dengan jentera yang dikepalai oleh ketua pemuda parti tertentu. Dengan percaturan yang menindas mahasiswa. Dengan kempen yang cukup bersemangat. Tapi, termenaung saya berfikir. Ada atai tidak hasil semua tu?? Berjaya atau tidak PRK mencapai objektif?? Memberikan pendedahan kepada mahasiswa tentang system Pilihanraya? Jawapannya, semestinya tidak….
Mengapa tidak?? Hehehehehe… kita nantikan pratusan pengundi yang turun esok di UPSI. Insyaallah saya akan post pulak analisis berkaitan jawapan TIDAK yang saya berikan.
Namun, tetap saya mengingatkan kepada semua taulan di bumi UPSI. Keluarlah mengundi. Pilihan di tangan anda. Anda berhak menentukan pemimpin anda. Jangan biarkan tangan-tangan Ghaib terus megatur hidup anda. Jangan biarkan diri anda terus dijadikan sebagai mahasiswa robot. Kampus tempat percambahan pemikiran. Keluarlah mengundi…

SAYA PERINDU SETIA… 

0 ulasan: