BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 8 Oktober 2012

Yang Ke-2


Dengan menyebut nama Tuhan Yang Maha Pemurah…
Segala puji bagi Tuhan sekalian alam…
Selawat dan salam buat rasul junjungan , Nabi akhir zaman…

Salam kesejahteraan buat sahabat semua. Didoakan semua berada dalam keadaan sihat dan bahagia berserta sebyuman. Senyumlah. Kerana senyum itu pengubat duka. Senyum juga membuatmu bahagia. Walaupun hatimu terluka, tetaplah tersenyum. Kerana orang disekeliling memerlikan senyumanmu. Tanpa senyuman mungkin hidup tidak kan bermakna.
Hurm… nampaknya cukup banyak hutang yang masih belum dijelaskan. Antaranya, mengapa saya katakan system Pilihanraya Kampus tidak mempu memberikan kesan yang mendalam kepada mahasiswa dan mahasiswa seperti yang dihajatkan. Maaf kepada semua kerana tidak berkesempatan untuk menulis berkaitan perkara tersebut. Alhamdulillah diberikan peluang hari ini, setelah 2 minggu PRK berlangsung.
Ok, mengapa saya katakan tidak. Mungkin ramai yang tidak bersetuju, atau kurang atau bersetuju, atau setuju, atau agak setuju atau sebagainya. Tapi, inilah pendapat saya.
Antara tujuannya ialah bagi memberikan pendedahan politik kepada Mahasiswa sebelum berhadapan dengan dunia sebenar. Perkara ini tercapai dengan jayanya. Contohnya, penyelewengan yang berlaku di luar juga berlaku dalam pilihanraya kampus. Pengundian yang tidak telus seperti yang berlaku di UIA. Penafian hak untuk bertanding seperti yang berlaku di UPSI. Hak berkempen yang dinafikan dan sebagainya. Namun, perkara ini hanya dirasai oleh sebilangan Mahasiswa yang melibatkan diri dalam proses PRK. Makanya, motif atau matlamat PRK itu juga tidak dapat dicapai.
Sepatutnya, PRK menjadi medan kepada pihak pentadbiran untuk memupuk budaya politik yang baik dalam diri Mahasiswa. Namun, sikap pihak pentadbiran yang berat sebelah memberikan teladan yang buruk kepada mahasiswa. Mahu ataupun tidak, suka atau tidak, setuju atau tidak. Kita harus mengakui kewujudan dua entity besar dalam politik KAMPUS. PRO-M dan ASPIRASI. Tindakan pihak pentadbiran yang sering berpihak kepada ASPIRASI menunjukkan betapa ketidakadilan tetap berlaku dan terus berlaku dalam politik KAMPUS. Mungkinkah ini bentuk politik yang ingin diterapkan oleh pihak pentadbiran kepada Mahasiswa.????
Di kapus, POLITIK hanya boleh dibincangkan semasa PRK. Inilah sentiment yang cuba didoktrinkan dalam pemikiran Mahasiswa. Sesiapa yang masih lagi bercerita tentang politik selepas PRK akan dilebel sebagai PEMBANGKANG. Dilebel sebagai agen PEMBANGKANG. Mana mungkin politik hanya dihadkan dalam PRK. Sedangkan ada cendekia yang memberikan tafsiran tentang politik sebagai sebuah KEHIDUPAN. Satu benda yang berterusan. Sesiapa yang meninggalkan politik, sama seperti meninggalkan kehidupan. Tapi, perkara inilah yang diharapkan oleh ORANG ATASAN. Supaya mahasiswa memandang buruk tentang politik.untuk itu, politik kotor sudah didedahkan sejak PRK lagi.
Sedikit pandangan yang dapat saya kongsikan. Masih banyak sebab dan punca mengapa saya memandang PRK sebagai satu kegagalan. Namun, cukup dulu rasanya. Andai ada masa yang lain akan saya ceritakan betapa PRK dijadikan sebagai bahan untuk mendungukan dan melembukan MAHASISWA. 

0 ulasan: