Dengan menyebut nama Tuhan yang Maha tahu akan sesuatu…
Segala puji bagi Tuhan yang sentiasa membuat pengaturan akan
semesta alam…
Selawat dan salam buat pesuruh tuhan, nabi akhir zaman…
Assallammualaikum dan salam sejahtera buat semua teman..
yang kini mungkin berada di kampong halaman. Ataupun sedang melepak di pecan. Atau
mungkin juga sedang berekreasi di taman atau padang. Atau yang sedang berlatih
bermain pedang. Atau pun yang sedang menikmati nasi padang. Yang sedang
bersendiri di dalam hutan. Ataupun yang kini masih tercari-cari jalan pulang.
Pulanglah ke pangkuan tuhan, Yang padaNya ada 1001 kasih saying. Dan begitulah
aturan Tuhan…
Semalam sempat meneliti sedikit perbahasan, dan ucaptama
dalam dua perhimpunan besar Umat melayu (perhimpunan agung umno dan muktamar
PAS). Namun, nampaknya ucapan presiden hanya akan diperoleh selewatnya mala
mini. Jadi, yang ada hanya dari sayap parti ni. Jadi, dalam post ni saya
lampirkan sedikit petikan ucapan yang hangat dibicarakan dalam media dan fb.
Mungkin kelihatannya berat sebelah atau sebagainya. Namun,
rasanya dari petikan ucapan ini kita akan mampu menilai apa sebenarnya
IDEALISME sesebuah pergerakan. Mana yang bersifat perkauman, dan mana yang
benar-benar memperjuangkan hak rakyat.
(begitulah aturannya...)
TEKS PERBAHASAN
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Menelusuri sebab asas setiap dari kita bersama dengan
perjuangan PAS berdasarkan
kepada sejarah dan latarbelakang, kita menyedari asas(dasar) perjuangan kita
adalah ISLAMseperti yang termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan PAS.Parti politik yang
memperjuangkan kepimpinan ulamak. Ulamak yang menyayangi, mengajak dan meraikan
Umarak dan rakyat terbanyak. Ulamak yang melaksanakan kebajikan dengan kasih
saying, kesantunan dan kerahmatan.
Percubaan dan eksperimen negeri Pakatan Rakyat mengurangkan
perbelanjaan dengan bajet berhemat Berjaya melunaskan hutang pada kerajaan dan
menarik pelaburan.Sungguh benar Pakatan Rakyat adalah sebenar Pakatan Rahmat di
mata Islam bila DAP bangun bidas MCA, membela Islam kerana DAP kini lebih
faham. Begitu juga dengan keADILan.
Akhirnya, dengarkanlah ini pesanan dan ingatan untuk kita
semua. Moga jujur dijadikan ramuan agar kita juga selayaknya mendapat pandangan
rahmat dan keampunan Tuhan ; 10 pesanan daripada Profesor Dr Yusof Al Qardhawi agar kita melakukan 10 anjakan pemikiran dan
tindakan :
1. Daripada bentuk symbol kepada hakikat da nisi ;
2. Daripada retorik perdebatan kepada pemberian dan tindakan ;
3. Daripada sentimental dan emosional kepada rasional dan ilmiah ;
4. Daripada orientasi cabang dan remeh kepada pokok dan usul ;
5. Daripada menyulitkan dan ancaman kepada kemudahan dan gembira ;
6. Daripada jumud dan taqlid kepada Ijtihad dan tajdid ;
7. Daripada ta’assub dan tertutup kepada tasaamuh dan terbuka ;
8. Daripada ekstrim yang melampau kepada pertengahan dan wasatiyyah
9. Daripada ganas dank eras kepada simpati dan rahmah ; dan
10. Daripada perbezaan yang memecahbelah kepada kemesraan dan menyatukan.
1. Daripada bentuk symbol kepada hakikat da nisi ;
2. Daripada retorik perdebatan kepada pemberian dan tindakan ;
3. Daripada sentimental dan emosional kepada rasional dan ilmiah ;
4. Daripada orientasi cabang dan remeh kepada pokok dan usul ;
5. Daripada menyulitkan dan ancaman kepada kemudahan dan gembira ;
6. Daripada jumud dan taqlid kepada Ijtihad dan tajdid ;
7. Daripada ta’assub dan tertutup kepada tasaamuh dan terbuka ;
8. Daripada ekstrim yang melampau kepada pertengahan dan wasatiyyah
9. Daripada ganas dank eras kepada simpati dan rahmah ; dan
10. Daripada perbezaan yang memecahbelah kepada kemesraan dan menyatukan.
*sumber: http://www.muslimat.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=373:teks-perbahasan-dmpp
UCAPAN KETUA
WANITA UMNO
Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil
menegaskan Umno berdepan dengan cabaran getir untuk menjaga kuasa Melayu yang
dianggapnya “bagai telur dihujung tanduk” selepas pilihan raya umum 2008.
Tegas bekas menteri
kabinet itu, jika parti itu tidak bertindak mulai sekarang, kuasa Melayu “akan semakin terpinggir”kemudiannya.
“Bayangkan
sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di
Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika
kita tidak mahu menjadi pelarian dibumi sendiri.
Berucap dalam
Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini yang
bertemakan “Anjakan Untuk Melonjakkan Kemenangan”, Shahrizat berkata jika Umno lemah, maka percayalah risikonya akan dirasai
oleh semua kaum.
“Jika Melayu bersatu, dan kuat dan mejadi tulang
belakang kerajaan yang dipilih, apatah lagi jika majoriti dua pertiga kerusi
Parlimen, maka insya-Allah semua kaum, semua lapisan masyarakat akan dapat
meraih kestabilan politik negara,” katanya. [Sumber : BERNAMA]
*tidak saya sertakan
huraian, kerana ingin semua menilai. Bimbang dikatakan huraian saya
mempengaruhi penilaian…