Dengan menyebut nama Tuhan yang Maha Besar…
Segala puji bagi Tuhan yang MilikNya segala pujian…
Selawat dan salam buat junjungan mulia, Pesuruh Tuhan Akhir
zaman…
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat sahabat semua. Moga
semua dalam keadaan bahagia. Dalam menanti sesuatu yang sedang dinanti. Semoga kita
semua bakal beremu apa yang kita nantikan. Yakinlah bahawa penantian itu
merupakan milik semua. Sama ada kita dapat bertemu atau tidak, terserah pada
sang pemilik buana. Yang padanya ada ketetapan. Yang telah lama ditetapkan. Dan
semestinya kita sebagai penanti, haruslah senentiasa berlapang dada menerima
apa yang bakal diberikan oleh sang pemilik buana.
Dan…. Begitulah berakhirnya perlawanan Malaysia menentang
Laos dalam Perlawanan hari ini. Perlawanan yang menarik. Sempat la jugak tengok
bola. Tapi, bukanlah isu bola yang ingin diceritakan. Walaupun bola ataupun
piala AFF menjadi bualan hangat rakan-rakan di FB. Begitu juga dengan
perhimpunan agung UMNO yang menjadi bahan rencah utama dalam BULITIN UTAMA dan
BERITA JAM 8. Pelik?? Jangan.. kerana itulah Negara kita… perhimpunan agung
UMNO lebih pentting berbanding persidangan DEWAN RAKYAT. Kalaupun ada yang
dikongsikan dari dewan rakyat, hanyalah cebisan kosong yang tidak bermakna. Bukannya
maklumat yang seharusnya dicerna oleh rakyat.
(Risau akan masa depan anak-anak kita)
Bercerita tentang erhimpunan agung UMNO. Baru tersedar,
perhimpunan ini diadakan sejurus saja PAS selesai menjalankan muktamar di Kelantan.
Berbeza dengan UMNO yangs erring mengadakan PERHIMPUNAN di PWTC. Muktamar PAS
diadakan di pelbagai tempat. Jujurnya, perbandingan awal antar du perhimpunan
ahli ini menunjukkan banyak perbezaan. Yang paling ketara ialah, isi dalam
perjumpaaan yang dilakukan. 2 parti yang mewakili umat melayu ini nyatanya
cukup berbeza. Satu memperjuangkan KETUANAN MELAYU. Manakala satu lagi
menekankan perjuangan berlandaskan agama.
Mesti ramai yang akan memeprsoalkan, sejauh mana kebenaran
apa yang dikatakan di atas. Perkara ini sebenarnya boleh dinilai dari keytanaan
perwailan dalam perbahasan yang berlangsung dalam perhimpunan. Perbahasan ini
yang mengambarkan ideology sebenar sesebuah parti. Mungkin ramai yang tidak
akan bersetuju andai kita ingin membuat perbandingan berdasarkan PAKAIAN
semata-mata. Jadi, kita akan mengorek kenyataan perwakilan antara dua parti.
Insyaallah, kita akan ambik kenyataan penuh perwakilan.
Tapi, bukanlah dalam post kali ni… mungkin lain kali…
hehehehehehe…
*mohon doa semua. Semoga dimudahkan urusan saya
seharian…
0 ulasan:
Catat Ulasan