BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 14 November 2013

BAGAI MUNYIT DAPAT KERTAS

Dengan menyebut nama Tuhan yang maha kaya…
Segala puji bagi Tuhan yang milikNya segala pujian di bumi or di langit…
Selawat dan salam buat pesuruh mulia, pemimpin umat pembawa cahaya…
Salam saying semut buat sahabat semua… semoga dalam kebaikan hendaknya. Disamping cahaya lampu yang dikurnia tuhan melalui kerajaan. Walaupun ternyata hati kerajaan gelap tidak berlampu, mungkiin dek kerana Usaha berjimat cermat yang terlalu tinggi, hingga tak mahu memasang lampu di hati buat penyuluh sepanjang mentadbir kerajaan. Ya.. begitu pentingnya lampu kepada setiap insan. Tapi tidak pada mereka yang tidak bijak mengunakan.



Hehehe… mengarut kan.. itu kan tulisan saya.. tapi.. ada yang lebih mengarut, 14/11/2013, DEWAN RAKYAT, pesta mengoyak uslu dilaksanakan. Ya.. dimulakan dengan mp pakatan mengoyak usul pengantunggan YB SURENDRA pada sesi pagi. Diikuti aksi MP BN mengoyak usul YB fuziah. Nampak macam munyit dapat bunga pun ada. Tapi apakan daya, itu pilihan rakyat.
Tertarik untuk menyentuh isu ni atas dasar persoalan dasar tindakan koyak usul yang dilakukan. Mengapa sampai perlu koyak kertas usul? Atas alas an apa? Akhir sekali, bila MP atau WAKIL RAKYAT sangup koyak usul dalam parlimen, macam  mana dengan rakyat???
Ok, MP PAKATAN koyak usul pada sesi pagi atas alas an usul yang dibawa kerajaan atas alas an sikap dan kelakuan surendran. Atau juga mungkin atas alas an sudah 2 kali ditendang dari DEWAN RAKYAT, maka surendran harus diberi pengajaran. Hurm.. akhirnya mp pakatan bangun dikepalai oleh YB GOMBAK mengoyak usul atas alas an usul yang tidak masuk akal. Namun, usul itu masih diterima.
Sampai sesi petang, USUL DARI PR pula dikoyak. Atas alas an, kenapa YB koyak usul boleh, YB BN tak boleh?? Alas an yang munasabah. Mesti la boleh kan.. hahahaha…
Masih membayangkan, andai begini sikap Yb yang dipilih rakyat.. kemana halatuju dasar yang bakal ditentukan di DEWAN itu.
Terkenang salah satu ungkapan yang pernah diungkapkan oleh seorang pegawai SUHAKAM….
                “ðasar dan cara pentadbiran ditentukan oleh orang diatas. Jadi jika ingin mengubah cara pentadbiran, bukan hanya perlu mengubah dasar, tapi ubah siapa yang ada di atas…”

Cumanya, suka saya menambah.. bukan ubah siapa, tapi apa yang sedang berada di atas. Sebab siapa itu merujuk pada manusia atau insane yang punya perasaan dan ihsan. Apa itu lebih sesuai…..

0 ulasan: