BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 15 November 2013

IC Projek= PERMIT BUNUH

Dengan menyebut nama Tuhan Yang maha tahu…
Segla puuji bagi Tuhan yang Maha Tahu segala satu sesuatu..
Selawat dan Salam buat pesuruh tuhan Yang  diberi pengtahuan buat penyuluh umat akhir zaman…

Salam senyum kambing buat semua sahabat. Semoga semua diberi pengetahuan sesuai dengan keperluan. Walaupun kadang-kadang kita diberi pengetahuan yang kita rasa kita tidak perlu tahu. Tapi syukurilah dan yakinilah, tahu itu tidak datang tanpa tujuan melainkan ada kegunaannya. Dan beruntunglah orang yang tahu dari yang tidak tahu.
DAlam minggu ini, 20 pengawal dari Filipina diberkas atas kesalahan memiliki IC PALSU. Sebelum itu, seorang pengawal WARGA SABAH, berasal dari FILIPINA, ditangkap kerana kes bunuh. Hari ini, 15/11 di berita harian disiarkan, 2 orang dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan atas kesalahan memilki kad pengenlan palsu. KebelaKANGAN ini nampaknyA semakn ramai yang “TAMPIL” mendedahkan bahawasanya, senang mahu mendapatkan IC di Malaysia.
MUNGKIN… Beberapa kejadian ini, menjadi penjelasan dakwaan pembangkang sebelum pru13 ada benarnya. Dakwaan wujud sindeket pemberian IC kepada pekerja asing yang sekerasnya dinafikan kerajaan. Kan.. inilah kesannya.. apa sebenarnya yang dibuat oleh kerajaan??? Ini bukan lagi soal main-main… ini soal kedaulatan Negara. Ini soal hak rakyat yang diculik pemegang IC palsu. Ini soal keselamatan Negara yang memungkinkan kejadian Lahad Datu berulang tapi bukan lagi di sabah, tapi mungkin di PUTRAJAYA. Tapi kerajaan masih lagi terlalu sibuk berpolitik. Menari bersama pembangkang hingga lupa tangungjawab sebenar.
Ya… mungkin anak muda ini boleh gembira dengan pnangkapan 20 orang baru-baru ini. Yang hanya dengan oprasi yang dilakukan di kawasan yang kecil. Tidak… anak muda ini masih tertanya-tanya, apakah hanya 20 jumlah mereka?? Bukan 200, 2000, 20000, 200 000 , 200 000 000 atau…. Wah.. banyaknya nombor…
Satu.. satu yang masih cukup mencuit hati anak muda ini, walaupun sudah berpuluh bukti yang ada, sindiketnya masih belum dikalahkan. Kenapa ya?? Mungkinkah sindiket ini punya ilmu NINJA?? Boleh hilang kemana kemari… ATAU>>>>
Anak muda ini terpaksa menanti PULIS mengumumkan kejayaan menegah kes ini, bukan bilis, tapi jerung. Cuma.. mungkin ini juga sama seperti menunggu pilihanraya dapat berjalan dengan bersih. Menunggu hak rakyat borneo dikembalikan. Menunggu lynas dihapuskan. Menunggu system pendidikan pembentuk umat yang baik. Atau seperti juga menanti kebajikan rakyat menjadi priority dan bukannya perut kroni.
Rasanya, cukup menanti, kini masa untuk aksi. Beraksilah mereka yang celik. Walau sekadar dengan ucapan, tulisan atau hebahan di it, kita perlu braksi.

*TERUS MENANTI UNCLE PULIS BUAT PENGUMUMAN KEJAYAAN MEMBENTRAS KES NI, BUKAN SEKADAR BILIS TAPI JERUNG

0 ulasan: