BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 16 November 2013

MANA TARING MENTERI DALAM NEGERI??

Dengan menyebut nama Tuhan yang maha kaya…
Segala puji bagi Tuhan yang baginya kekayaan di seluruh alam…
Selawat dan salam buat nabi junjungan yang dikayakan dengan ilmu pengetahuan…

Salam salam saying buat semua sahabat tidak kira anda berada dimana. Doa saya semoga semua dalam keadaan sihat dan sejahtera disamping keluarga, dimurahkan rezeki, dikayakan dengan ilmu pengetahuan. Ya.. kaya dengan ilmu pengetahuan itu lagi bermakna dari dikayakan dengan wang atau intan permata. Kan sudah diketahui, ilmu itu cahaya yang mencelikkan mata. Manakala harta benda itu tidak lain hanyalah satu alat yang selalu mengaburkan mata pencinta dunia.
Semalam (16/11/13) akhbar berita hairan menyiarkan artikel muka depan PENGAKUAN DARI PERSATUAN BOS-BOS YANG MENDAKWA MEMANG BERLAKU RASUAH DI LCCT OR KLIA. Dan hari ini akhbar hairan sekali lagi tampil dengan tajuk MULA TUNDING JARI. Wah.. menarikkan. Anak muda ini seperti biasa, setiap pagi harus baginya untuk membelek akhbar BERITA HAIRAN, MALAYSIAKINI, HARAKAHDAILY. Dan kali ini tajuk ini cukup menarik hati.
Dalam keluaran hari ini, seorang timbalan menteri mengeluarkan kenyataan yang dipetik oleh berita hairan lebih kurang begini:
Kena duduk bincanglah... cari mekanisme terbaik dan selesaikan, bukan menuding jari sana sini” Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri
Hurm.. anak muda ini mula merasa sangsi, apa yang perlu dibincangkan? Seharusnya bila muncul dakwaan tentang penyalahgunaan kuasa perlu ada tindakan. Bukan perbincangan. Apa lagi yang perlu dibincangkan sedangkan buktinya jelas berlaku  ada kenyataan di akhbar, ada tangkapan, jelas cukup ramai pekerja asing dalam Negara. Apa lagi yg ditunggu oleh KDN? Kes bunuh sudah ada, rompak samun. Gaduh bertatak. Apakah mahu juga ditunggu putrajaya ditawan oleh pekerja asing ni?? Nak tunggu kejadian di LAHAD DATU berulang di PUTRAJAYA??

Kenapa bukan kenyataan, "KDN akan menyiasat perkara ini. Semua yang terlibat akan dikenakan hukuman yang berat. Mungkin atas dakwaan mengkhianati YANG DIPERTUAN AGONG". Mengapa tidak? Ini soal sempadan atau kedaulatan negara yang dipermainkan.

Apakah KDN hanya jadi singa bila ada isu melibatkan pembangkang. Atau mungkin ada jerung besar yang ingin dilindungi? Atau………….

*ANAK MUDA INI MENUNGGU TARING DAN BELANG MENTERI DALAM NEGERI YANG NAK TEMBAK ORANG IKUT SUKA DIA DAN SUKA KENDURI KENDARA

0 ulasan: