BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 16 Disember 2013

BANGANGKAH atau BENGGONG

Dengan menyebut nama Tuhan Ynag maha pemurah..
Segala puji bagi Tuhan yang Padanya Srgala Ilmu pengetahuan…
Selawat dan salam kerinduan Buat junjungan mulia pesuruh tuhan yang membawa kebenaran yang disebarkan dengan penuh kesabaran…

Apa khabar sahabat semua. Semoga semua masih subur rasa rindu pada apa jua yang dirindu. Percayalah, rasa rindu itu satu keperluan. Tanpa rasa rindu akan kau rasakan hidupmu kosong. Persoalannya mau dituju kemana rasa rindu itu. Pada bungakah, pada kucingkah, pada kayu kah, pada kangkungkah?? Teringat satu bait puisi yang diselitkan ramli awing murshid dalam novelnya “BAGAIKAN PUTRI”… “kala rindu berbisik, rasulnya jadi pilihan…” apa mungkin kita mampu memastikan rindu kita sentiasa buat insane mulia ini?? Hehehhe.. terserah kita. cumanya, sentiasalah merindu. Rindu kepada sahabat atau keluarga. Rindu kepada ilmu atau perjuangan. Rindu pada kehidupan atau kematian. Teruskan merindu.
Selepas dari PRU-13, kelihatan seperti kerajaan, khususnya menteri dan timbalan menteri seperti melepaskan geram yang sudah lama ditahan kepada rakyat. Terlalu banyak kenyataan dan tindakan menteri yang pelik dan …. Teringat kata-kata pujangga, gaya pemimpin mengambarkan gaya pemimpinnya.
Suatu ketika dahulu saya sempat berdiskusi bersama rakan-rakan dalam bab pentadbiran di bawah tajuk “punca kejatuhan kerajaan islam”. Antara isi yang dikupas, sikap dan perangai pemimpin islam kala itu yangs ecara langsung telah mempengaruhi sikap dan tabiiat rakyat. Harus diakui, bila pemimpin gemar berpesta, berpesta akan menjadi kebiasaan rakyatnya. Bila pemimpin gemar berfesyen, berfesyen akan menjadi hobi rakyatnya. Bila pemimpin gemar hiburan, hiburan kan menjadi makanan rohani rakyatnya. Keadaan ini yang berlaku kala itu. Rakyat mualai dilalaikan. Islam mula diabaikan.
Mungkin, menteri-menteri ini bengang kepada penyokong pembangkang yang dikatakan terlalu memainkan isu. Bini PM nak naik jet mewah jadi isu. Bil api rumah PM nak jadi isu. Menteri tersasul pun nak jadi isu. Api naik jadi isu. Tol baru nak naik dah jadi isu. Semua nak jadi isu….
Menteri, mereka itu kan rakyatmu. Hatta yang bergelar penyokong pembangkang pun. Menteri dilantik bukan untuk menjadi menteri UMNO-BN-KRONI. Tapi menteri kepada rakat keseluruhannya. Bukan hanya menjadi enteri UMNO. OPPPPSSSSSS….. saya lupa…. Ini budaya mereka…
Teringat perhimpunan agung UMNO tempoh hari. Seingat saya, UMNO merupakan parti pejuang bagsa, menegak agama, mempertahan Negara. Tapi…. Perhimpunan kali ini berlangsung seperti biasa. Mungkin juga kali ini saya ikuti secara dekat. Tidak ada lagi perbincangan kepentingan bangsa, tidak ada lagi perbincangan kepentingan agama, tidak ada lagi perbincangan kepentingan Negara. Perhimpunan kali ini perhimpunan menuntut jawatan, membahagi jawatan dalam glc. Membangunkan kroni. Mengutuk puak itu dan ini. Bagaimana mampu saya ingin percaya kembali parti ini mampu membela kehidupan saya?

Tidak hairan bila rakyat kecoh bila perangai menteri sedikit bangang dan ada kalanya bengong.  Semoga kehadiran menteri banggang ini mampu memberi sinar kesedaran kepada rakyat tentang reality sebenar politik tanah air yang sudah lama dibiarkan begitu.

0 ulasan: