BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 6 April 2014

SI BANGANG si bengap

Dengan menyebut nama Tuhan Yang Maha Pemurah..
Segala Puji bagi Tuhan Yang bagiNya segala pujian..
Selawat dan salam kerinduan buat Rasul Junjungan yang syiarnya ada di mana-mana...


Tidak tahu kenapa tangan ini sepertinya ligat mahu meluahkan apa yang ada di minda. Ini tidaklah ada kitan dengan sesiapa. sekadar mungkin imiginasi yang terbuku di kepala, dalam perjalanan menuju ke tempat bekerja...

(kucing= fauzi...)

BANGANG ATAU BENGAP

Datanglah Si Bangang,
Dilihat Si Bengap,
Si Bangang Yang Bangang Pun,
Merencana Ntuk
Membodohkan Si Bengap.

Maka,
Berpakailah,
Si Bangang Dengan Pakaian
Bijaksana,
Di Cedok Air Dari
Telaga Hikmah,
Disimbah Ke Badan
Cuba Ntuk Menutup Kebangangannya

Datanglah
Si Bangang Kepada Si Bengap,
Mullah Si Bangang Bermadah,
Ceritera Yang Tidak Terbayang
Si Bengap,
Tidak Mampu Dipahami Si Bengap,
Berasa Taajub Lah Si Bengap,
Berasa Bangga Si Bangang,
Mampu Mentaajubkan Si Bengap.

Si Bengap,
Mula Menggaru Kepala,
Timbul Pula Soalan-Soalan Bengap Di
Benaknya,
Lalu Diaju Soalan-Soalan Bengap,
Kepada Si Bangang Yang Diangap
Bijaksana.

Terpaku Terpana
Si Bangang,
Timbul Di Benaknya Nyata,
Si Bengap Itu Lebih
Bijaksana,
Dijawab Juga Soalan,
Dengan Jawapan-Jawapan
Bangang Kelas Pertama.
Dan Mereka Terus Begitu Sehingga
Ke Akhirnya..

Walau,
Di Benak Mereka,
Saling Mengkagumi Sesamanya,
Si Bangang Merasa Si Bengap
Hebat,
Hanya Kerana Soalan Bengap
Yang Ditanya.
Si Bengap Merasa Si Bangang
Hebat,
Hanya Kerana Jawapan Bangang Yang Diterima,
Semuanya Kerana
Mereka Tidak Punya
Cara Ntuk Mengenal,
Yang Mana Kaca,

Yang Mana Permata…

Khamis, 3 April 2014

TANAH HARAPAN>>>

Dengan menyebut nama Tuhan yang maha Perkasa…
Segala Puji bagi Tuhan yang padanya segala keputusan…
Selawat dan salam buat Rasul junjungan, yang kerana pengorbanannyalah yang bisa mempersaudarakan kita…

Salam sayang sayang buat semua… didoakan semuanya sihat dan sejahtera dan senentiasa dalam keadaan yang aman. Ya, keamanan begitu bermakna bagi kita. Lebih-lebih lagi  bagi sebuah Negara yang dihuni pelbagai kaum. Tanpa keamanan, yang ada hanyalah derita dan kesengsaraan. Sudah semestinya kita tidak mahu berada dalam kederitaan, namun nyatanya kita sentiasa menjemput derita tersebut…
(Sampai bila kau mampu bertahan..)
Semakin lama, kita semakin bergerak ke hadapan. Harus kita akur, di hadapan kita sudah ada ketetapan-ketetapan yang dikatakan takdir yang harus kita depani. Antara takdir besar yang harus diyakini, saat berakhirnya dunia yang kita duduki sekarang. Semakin banyak petunjuk-petunjuk yang menyatakan bahawasanya saat itu semakin hampir. Bersedia atau tidak, terserah pada kita. Sudah dinyatakan bagaimana bentuk persediaan yang perlu. Sudah dinyatakan tanda yang akan muncul. Sudah dinyatakan apa yang akan berlaku.

Malaysia, umumnya kepulauan melayu. Tanah yang diberkati. Kerana ia juga tanah tuhan. Jadi tidak salah rasanya menyatakan tanah ini tanah yang diberkati. Tanah ini terkandung pelbagai misteri. Sudah terlalu banyak teori yang muncul di tanah ini. Tanah yang nampaknya kebelakangan ini sudah menjadi perhatian anasir-anasir jahat yang berhajatkan dunia. Sekian lama bumi ini terjaga dan terlindung, nampaknya tujahan dari luar semakin deras. Dibantu pula kebajetan akhlak penghuni tanah ini. Tertanya-tanya, sampai kapan tanah ini mampu bertahan….