BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 13 Mac 2016

Ajarkan Bagaimana...

Belajar makna…

Dengan menyebut nama Tuhan Yang Pemurah…
Segala Puji buat Tuhan yang padanya terdapat segala Pujian yang selayakNya…
Selawat Dan salam Buat insan Pilihan, Kekasih seluruh alam…

Didoakan semua sahabat dalam keadaan sihat dan sejahtera. Sesunguhnya itulah harapan tertinggi yang mampu di panjangkan buat semua. Walau mungkin ada yang dilanda kesempitan dan juga kesusahan. Apa lagi mungkin ada yang kala ini dilanda dengan musibah yang menghimpit segenap tubuh ke lubuk yang paling dalam. Doa saya, supaya sentiasa kiata terus tabah dan juga terus maju. Kerana itu kan tanda kasih dari tuhan.


Semalam (13/3/2016) ditampar seketika dengan peringatan yang cukup ringkas dari insan pilihan. Satu pertanyaan yang ternyata menarik kembali diri yang jauh terapung-apung di dunia khayalan kembali ke dunia reality. Kembali kepada apa yang dicari, apa yang diimpi, apa yang dikaji dan dijejaki.
AJARKAN SAYA BAGAIMANA MENCINTA…
Soalan yang ringkas, namun dari soalan ini saya tersedar. Ini bukan saya. Ini orang lain. Bukan saya. Teringat kembali janji semalam.
Banyak masa yang diluang mengajar insan lain bagaimana mengatur cinta, bagaimana mencari cinta, malahan cuba mengatur kembali rasa cinta yang tidak pernah ada. Sedangkan dalam diri sendiri tidak ada rasa cinta yang utama. Lalu bagaimana??
Cinta, yang satu masa pernah diagungkan kini semakin pudar. hilang diterbangkan angin. Ayat-ayat cinta yang satu masa sering diungkap, hilang.
Kadang, diri sendiri keliru di mana silap langkah kaki ini. Di mana silap bibir ini. Di mana silap tangan ini hingga setiap langkah, ungkapan malah tindakan sepertinya tidak kena. Malah sering kali membawa kepada satu titik buntu yang akhirnya akan mematikan setiap langkah.
Tidak ada lagi gerak tari jemari. Tidak ada lagi paluan gendang mengiring tari. Mati. Kaku dan buntu. Tidak ada lagi sayu gemalai tiup seruling punai dan tiung. Hilang.
Jadi, bagaimana mahu ku ajar bagaimana cara ntuk mencinta. Malah bagaimana aku sendiri mahu membalas cinta. Apa lagi, bagaimana mana akum ahu bercinta. Kerana aku sendiri kosong. Hilang dalam laut gelombang semalam…

Hilang…

0 ulasan: