Dengan menyebut nama Tuhan yang maha pemurah…
Segala puji buat Tuhan yang padanya berdir segala kerajaan…
Selawat dan salam buat insan junjungan yang selalu dalam
ingatan…
Apa khabar teman semua? Didoakan smeoga semuanya dalam
keadaan sihat dan sejahtera. Di samping insan-insan tercinta dalam mencari
bahagia yang mungkin jauh ntuk dikecap. Dan, mungkin ada yang sudah bertemu dan
sedang cuba membantu yang lain ntuk bertemu dengan kebahagiaan yang sejati.
Hari ini Mat sabu dihalang untuk masuk ke Sarawak. Sebelum ini
ada pulhan lagi pembangkang yang dihalang dari memasuki negeri ini. Bukan saja Sarawak,
tapi ia juga berlaku di sabah. Perkara ini berlaku atas dasar kelebihan yang
diberikan oleh persekutuan kepada sabah dan Sarawak bahawasanya mereka berhak
untuk menjaga hal-ehwal imegresin masing-masing.
Yang menariknya, mereka-mereka ini sering kali membawa satu
fahaman yang mereka mahu membela dan juga memperjuangkan masa depan negeri ini.
Ada lagi yang mahu menegakkan kembali perkara 18/20. Ada yang mahu memberikan
lebih banyak hasil negeri kepada masyarakat negeri.
Wahai pemimpin-pemimpin dari luar sabah dan Sarawak, kami
anak muda sabah meminta… hormati dulu apa yang ada di sana sebelum cuba untuk
bawa perubahan yang dicanangkan. Ya, mungkin ramai yang tidak akan setuju
dengan tulisan ini. Tapi bagi saya, selagi mereka tidak mampu menghormati
keistimewaan yang ini dengan merungut dan mengatakan yang bukan-bukan kepada
dua negeri ini. Tidak mugkin mereka mampu untuk memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada masyarakat.
0 ulasan:
Catat Ulasan