BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 22 Mac 2016

Pembangkang & Kerajaan yang Bangang

Dengan menyebut nama Tuhan yang maha pemurah…
Segala puji buat Tuhan yang padanya berdir segala kerajaan…
Selawat dan salam buat insan junjungan yang selalu dalam ingatan…


Apa khabar teman semua? Didoakan smeoga semuanya dalam keadaan sihat dan sejahtera. Di samping insan-insan tercinta dalam mencari bahagia yang mungkin jauh ntuk dikecap. Dan, mungkin ada yang sudah bertemu dan sedang cuba membantu yang lain ntuk bertemu dengan kebahagiaan yang sejati.
Hari ini Mat sabu dihalang untuk masuk ke Sarawak. Sebelum ini ada pulhan lagi pembangkang yang dihalang dari memasuki negeri ini. Bukan saja Sarawak, tapi ia juga berlaku di sabah. Perkara ini berlaku atas dasar kelebihan yang diberikan oleh persekutuan kepada sabah dan Sarawak bahawasanya mereka berhak untuk menjaga hal-ehwal imegresin masing-masing.

Yang menariknya, mereka-mereka ini sering kali membawa satu fahaman yang mereka mahu membela dan juga memperjuangkan masa depan negeri ini. Ada lagi yang mahu menegakkan kembali perkara 18/20. Ada yang mahu memberikan lebih banyak hasil negeri kepada masyarakat negeri.

Wahai pemimpin-pemimpin dari luar sabah dan Sarawak, kami anak muda sabah meminta… hormati dulu apa yang ada di sana sebelum cuba untuk bawa perubahan yang dicanangkan. Ya, mungkin ramai yang tidak akan setuju dengan tulisan ini. Tapi bagi saya, selagi mereka tidak mampu menghormati keistimewaan yang ini dengan merungut dan mengatakan yang bukan-bukan kepada dua negeri ini. Tidak mugkin mereka mampu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

0 ulasan: