Dengan menyebut nama Tuhan yang padanya bernaung semua
kerajaan…
Segala puji bagi Tuhan yang memiliki kesemua kekuasaan..
Selawat dan salam buat Rasul junjungan, nabi yang diutuskan
bagi member panduan…
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat sahabat semua…
yang sedang bercinta atau sedang berduka. Dikala gembira atau hanya berdusta
memakai topeng senyuman di muka. Yang sedang meneliti berita semasa, terkedu
melihat hebahan media. Yang semakin mendewakan penguasa dengan pelbagai habuan
dunia. Yang menjadi rencah utama di dada-dada utama media.
Politik Negara berdarah lagi… kali ini insiden yang berlaku
di ceramah salah sebuah parti yang dijalankan di Dataran sharuddin, Batu 8 ½ Gombak. Ini bukanlah kali pertama. Namun ini yang
terbaru selepas UMNO mengadakan Himpunan Agung dan PAS selesai menjalankan
MUKTAMAR TAHUNAN. Sebelum ini sudah berlaku pelbagai bentuk gejala yang cukup
membimbangkan yang dilakukan oleh samseng-samseng tajaan.
Masih memeningkan kepala lutut saya, mengapa perlu PENYOKONG
BN berada DALAM ceramah PR??? Menganggu ceramah yang dianjurkan oleh PR?? Setakat
ini, tiada makluman yang menyatakan bahawa ceramah tersebut dijalankan tanpa
permit. Maknanya, ceramah tersebut berjalan secara HALAL. Jadi tidak ada satu “lubang”
pun yang membolehkan mereka membuat provokasi terhadap ceramah tersebut. Tindakan
sebegini hanya dilihat sebagai tindakan terdesak yang sebelah pihak yang
mengambbarkan kerisauan yang melampau-lampau takut kehilangan kuasa.
Namun, bukan itu yang merisaukan saya. Bukan itu yang
membuatkan hati ini kerap kali dilanda rasa curiga. APAKAH INI GAMBARAN
PERJALANAN PRU-13 YANG BAKAL BERLANGSUNG??? Perkara ini berlaku acap kali. Dan tidak
ada satu pun usaha yang dilakukan oleh pihak PULIS untuk menangani kejadian
sebegini. Ini yang menjadi kerisauan saya. Apakah PRU-13 bakal menjadi medan
pertempran yang berbahaya?? Satu puak yang sudah menunjukkan rasa takut
kehilangan kuasa?? Satu puak pula kian mara seiring dengan keiginan kebanyakan
rakyat Negara?? Pihak PULIS pula ibarat garuda kehilangan saktinya??
INI YANG
MERISAUKAN SAYA…
*DOA SAYA, SEMOGA SEMUA INI DIHINDARKAN SEGERA. NEGARA INI KAN KEKAL
KEAMANANNYA. KALAUPUN BERTUKAR SANG PENGUASA, BERLAKU DALAM KEADAAN YANG AMAN
HENDAKNYA. SESUAI DENGAN KEHENDAK JELATA SELURUH NEGARA. SEMOGA KITA SEMUA
SENTIASA DALAM LINDUNGAN TUHAN YANG ESA…