Rabu, 5 Disember 2012
POLITIK SAMSENG, PILIHAN SIAPA???
Dicatat oleh amirul afzan di 3:55 PG 0 ulasan
Label: ISU SEMASA
Rabu, 28 November 2012
WANITA, MANA PILIHAN SAYA???
1. Daripada bentuk symbol kepada hakikat da nisi ;
2. Daripada retorik perdebatan kepada pemberian dan tindakan ;
3. Daripada sentimental dan emosional kepada rasional dan ilmiah ;
4. Daripada orientasi cabang dan remeh kepada pokok dan usul ;
5. Daripada menyulitkan dan ancaman kepada kemudahan dan gembira ;
6. Daripada jumud dan taqlid kepada Ijtihad dan tajdid ;
7. Daripada ta’assub dan tertutup kepada tasaamuh dan terbuka ;
8. Daripada ekstrim yang melampau kepada pertengahan dan wasatiyyah
9. Daripada ganas dank eras kepada simpati dan rahmah ; dan
10. Daripada perbezaan yang memecahbelah kepada kemesraan dan menyatukan.
Dicatat oleh amirul afzan di 7:29 PTG 0 ulasan
Label: ISU SEMASA
PERHIMPUNAN MEREKA... ADA APA???
Dicatat oleh amirul afzan di 7:16 PG 0 ulasan
Label: ISU SEMASA
Jumaat, 23 September 2011
HIDUP BANGSA!!!?
Dalam mempertahankan bangsa, orang yang mengetahui agama terpaksa menerima kemungkaran yang dibuat oleh bangsanya sendiri seperti seorang ustaz yang ditugaskan di kementerian kebudayaan terpaksamenyaksikan tarian budaya bangsanya yang sudah tentu haram di sisi hukum syariat. Waktu itu dia mesti pilihantara dua samada mengorbankan agama atau mengorbankan adat bangsanya. Kalau di dalam hatinya lebih banyak kepentingan bangsa, kepentingan diri dan dunia, maka sudah tentu dikorbankan agama. Tetapi kalau agama yang menjadi kecintaannya maka dikorbankan kepentingan bangsa.
Ramai orang mempertahankan kejahatan bangsanya walaupun jelas bangsanya jahat kerana di dalam hatinya mempunyai jiwa atau semangat kebangsaan dan kadang-kadang juara yang mempertahankan bangsanya yang jahat itu terdiri daripada mereka yang boleh menguasai ilmu Al Quran dan hadis. Dicarinya hujah dalam hadis untuk mempertahankan kebatilan itu. Inilah golongan yang disebut Rasul: “Mereka yang menggunakan bahasa kamu (bahasa Al Quran) tetapi mengajak kamu ke jurang neraka.”
Setengah-setengah daripada negara bekas jajahan telah pernah memperjuangkan kesatuan bangsa. Semasa hendak menghalau penjajah, orang-orang agama menyangka di waktu itu biarlah bangsa itu merdeka lebih dahulu, setelah itu barulah kita perbaiki agama umat kita.
Inilah salah satu kesalahan yang besar yang dilakukan oleh mereka yang mencampur-adukkan agama dengan kebatilan bangsa. Bukannya sedikit perasaan duka yang terpaksa ditanggung oleh pejuang-pejuang agama lantaran kesilapan ini.
Perjuangan menegakkan Islam ialah perjuangan membina iman. Iman dengan kufur tidak boleh barsatu. Iman dengan kufur tidak sehaluan. Iman jalannya ke akhirat dan syurga manakala kufur pula jalannya setakat pintu kubur sahaja dan di akhirat habuannya ialah neraka.
Perjuangan Rasulullah ialah perjuangan cinta iman dan Islam. Bukan perjuangan dicampur-aduk dengan semangat bangsa yang mana semangat bangsa adalah semangat daripada bara api kekufuran. Kalaulah orang Arab itu berjuang kerana bangsanya maka Islam tidak akan sampai kepada bangsa lain. Tetapi yang paling mulia dalam agama bukan Yahudi dan Arya tetapi yang paling mulia ialah orang yang bertaqwa. Sifat taqwa itu boleh dimiliki oleh bangsa apa sekalipun.
Tidak ada bangsa yang lebih baik dari bangsa lain kecuali bangsa yang lebih bertaqwa. Melayu yang bertaqwa lebih baik dari Cina yang tidak bertaqwa seperti juga Cina yang bertaqwa pasti lebih mulia dari Melayu yang tidak bertaqwa. Oleh itu janganlah kita sensitif atau melenting bila soal kebangsaan disinggung tetapi pejam mata bila Islam dan cara hidupnya diperkecil-kecilkan.
Jaguh pejuang bangsa adalah kerdil dibandingkan dengan pejuang Islam. Sebab itu jaguh bangsa adakalanya dilupakan tetapi pejuang Islam sentiasa harum namanya dari zaman ke zaman. Kita merasa hairan dengan sebilangan kecil ulama di merata dunia Islam yang telah mengarang banyak kitab-kitab agama (samada kitab tauhid, fekah mahupun tasauf) tetapi melenting dan marah-marah bila adat atau sikap kebangsaannya yang bertentangan Islam ditegur. Merasa megahlah dengan Islam bukan dengan bangsa sepertimana kata Umar ibnul Khattab:
Jadilah seperti Umar dan Jaafar yang rasa mulia dengan Islam walaupun terpaksa mencaci adat buruk bangsanya.
Dicatat oleh amirul afzan di 6:08 PG 0 ulasan
Label: ISU SEMASA
Sabtu, 4 Jun 2011
MUKTAMAR PAS KE-57
Dicatat oleh amirul afzan di 10:18 PG 0 ulasan
Label: ISU SEMASA
Isnin, 23 Mei 2011
MENGAPA BUKAN KITA???
Dicatat oleh amirul afzan di 11:31 PG 0 ulasan
Label: ISU SEMASA
Isnin, 17 Januari 2011
PERISTIWA PENTING
Dicatat oleh amirul afzan di 4:25 PG 0 ulasan
Label: ISU SEMASA
Rabu, 29 Disember 2010
PUSAT PERLINDUNGAN BAYI PERTAMA DI HOSITAL???
YEAP.... ASSALAMMUALAIKUM....
amacam kehidupan... diharapkan bertambah sihat dan berkat disamping orang yang disayangi atau dibenci... kih kih kih...
baru-baru ini, dalam akhbar BERITA HAIRAN ada dipaparkan tentang pewujudan sebuah pusat pelindungan bayi di hospital. erm... cadangan yang baik... modus operandinya agak kabur.. tidak dijelaskan dalam akhbar yang "HAIRAN".
namun, menurut pengarah eksekutif program tersebut yang ditemu ramah wartawan "HAIRAN" "Ia ditubuhkan atas rasa tanggung jawab sosial "___" bagi membendung gejala pembuangan bayi yang tidak berdosa ini. Pusat ini hanya mahu menyelamat kan nyawa bayi serta memberi pelindungan sebaik-baiknya kepada mereka,"
nampaknya matlamatnya jelas, ingin membantu bayi yang tidak berdosa. disamping, mengelakkan lagi perlakuan gejala sosial berkembang. si pelaku mesti akan berfikir mcm ni: yeap... boleh buat lagi, nanti kalo dpt anak boleh letak je kat hosp tu....
kan kan kan......
HAIRAN...
Dicatat oleh amirul afzan di 3:46 PTG 1 ulasan
Label: ISU SEMASA



