BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Memaparkan catatan dengan label MUHASABAH DIRI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MUHASABAH DIRI. Papar semua catatan

Isnin, 21 Disember 2015

Cerita Pendahulu

Dengan menyebut nama tuhan,
Segala puji bagi tuhan,
Selawat dan salam buat rasul pilihan...

Didoakan semua dalam keadaan sihat dan bahagia di samping insan tersayang. Ya, kita pasti kan ada insan tersayang. Sama ada seorang atau ramai. Itulah keindahan ciptaan tuhan buat manusia.

Teringat kata-kata sahabat satu masa dulu. Kita ini cuma penyambung mata rantai perjuangan pendahulu kita. Dan kerana itu kita beruntung kerana sudah ada silibus yang jelas apa yang bakal dihadapi kita di masa ini. Perkara ini sedikit sebnyak menfinsafkan diri kala ini.

Mengimbau kembali kisah di sekolah menengah, ketika dibaling batu dan dituduh plbagai perkara. Ya, itu sakit dan amat memedihkan. Namun, ia menjadi cerminan bahawa apa yang diusahakan akan mmbuahkan hasil yang lumaian.

Dan kini, bila jalan ini dipilih kembali. Silibus pendahulu berulang kembali. Ujian dan dugaan datang dari segenap sudut. Mungkin ini kafarrah dosa semalam. Peringatan supaya terus kekal dalam perjuangan.

Namun, nyata kali ini lebih berat. Tuduhan mengamalkan sihir. Sudah terlalu berat dirasakan. Berulang lagi kisah semalam.

Ya, tiap manusia punya kisah silam. Kisah yang hitam dan memalukan. Tingal lagi usaha untuk melupakan dan memperbaiki diri harus dilakukan.

Bila ini berlaku, semakin kuat keyakinan. Bahawa jalan ini perlu diteruskan. Jalan ini perlu dikekalkan. Kerana musuh cukup gembira menyemarakkn api persengketaan. Dan semakin galak meniupkan api kebencian.

Doa saya, semoga sahabat semua kan terus bersabar. Berlindung dari jahatnya caturan musuh sepanjang zaman. Dan teruslah kekal dalam perjuangan. Walau jalan yang mana pun jadi pilihan.

Ahad, 4 September 2011

SAHABAT


                                              
                                               Bukan mudah untuk menjalinkan persahabatan
Andainya
Tiada kesefahaman dalam jiwa
Tiada ketabahan dalam hati
Tiada keikhlasan dalam diri
Namun
Apabila terjalin sebuah persahabatan
Yang benar – benar suci dan tulus
Resah duka dikongsi bersama
Riang gembira dirasa seadilnya
Kasih dan sayang dicurah sebaiknya
Kadangkala
Jalinan persahabatan meringankan bebanan
Kadangkala juga
Jalinan persahabatan benar – benar menyeksakan
Tapi
Bagi mereka yang memahami erti persahabatan
Akan menghargai jalinan itu seadanya

Sabtu, 11 Jun 2011

2 LELAKI DAN SEBUAH PULAU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…

Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…

Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…


Assallammualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat sekalian… apa khabar kalian??? Didoakan semoga semuanya senentiasa sihat dan sejahtera disamping insan yang anda sayangi. Sedarilah wahai sahabat, dalam kehidupan di alam ini, kita diberi hak untuk memilih. Dan sedarilah, kita seharusnya memilih. Dan sedarilah, di pengakhiran kehidupan kita hanya ada dua pilihan, “syurga atau neraka”. Jadi jangan jadikan diri anda sebagai insan dungu yang tidak mampu membuat pilihan lantas memilih untuk menjadi insan yang bebas. Pilihlah, semoga pilihanmu bertepatan dengan kepercayaanmu.

Sebenarnya, saya ada banyak koleksi cerita, ingatan dan nasihat. Semua ini dibekalkan oleh seorang sahabat semasa mula-mula saya memegang jawatan sebagai “EXCO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH JMK KUO”. Atas dasar saya rasakan ilmu ini bukannya hak saya seorang, jadi rasanya elok saya kongsikan selagi nawa dikandung badan. Jom, kali ni kita tengok sal cerita ni pulak....

Sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak hebat. Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang.

Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahwa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membagi pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri sendiri berseberangan di dua sisi pulau tersebut.

Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong.

Seminggu kemudian, lelaki yang ke satu merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A itu tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa.

Segera saja, lelaki ke satu ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.

Akhirnya, lelaki ke satu ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki A tersebut dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima barkah tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.

Begitu kapal siap berangkat, lelaki A ini mendengar suara dari langit menggema, "Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"

"Barkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan," jawab lelaki A ini. Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa."

" Kau salah ! " suara itu membentak tinggi

" Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan, semua
doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa. "

" Katakan padaku " tanya lelaki A itu.

" Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga aku harus merasa berhutang
atas semua ini padanya?"

" Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan ! "

Renungan:

Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Sedarilah betapa banyak orang yang telah mengorbankan segala sesuatu demi kejayaan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai seseorang/sesuatu Hanya dari "yang terlihat" saja

Jumaat, 10 Jun 2011

Ambillah Masa




Ambillah masa untuk berfikir sejenak

          kerana inilah sumber kuasa kita

Ambillah masa untuk bermain
          kerana inilah rahsia keremajaan

Ambillah masa untuk membaca
kerana inilah telaga kebijaksanaan

Ambillah masa untuk bersolat
          kerana inilah kuasa komunikasi teragung

Ambillah masa untuk berkawan
          kerana inilah penyeri kehidupan

Ambillah masa untuk menyayangi
          kerana inilah fitrah setiap insan

Ambillah masa ketawa
          kerana inilah irama indah untuk jiwa

Ambillah masa untuk memberi
          kerana inilah permulaan penerimaan

Ambillah masa untuk belajar
          kerana inilah harga kejayaan

Ambillah masa untuk muhasabah diri
          kerana ini mencerminkan peribadi


Khamis, 14 April 2011

PETUNJUK MIMPI...


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH…
SEGALA PUJI BAGI ALLAH…
SELAWAT DAN SALAM BUAT BAGINDA RASULLULLAH….

Assalammualaikum W.B.T…
Apa khabar sahabat semua??? Diharapkan semua senentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan baik-baik senentiasa. Keadaan yang baik akan membantu kita untuk melahirkan persepsi yang baik kepada orang lain. Kerana fikiran kita tenang dan mampu beroperasi dengan baik. Perkara sebaliknya akan berlaku sekiranya kita berada dalam keadaan yang tidak baik,persepsi yang buruk mungkin akan terhasil dari ketidak seimbangan pemikiran kita.
Dalam kehidupan, kita sering kali dikurniakan dengan pelbagai kurniaan dan dugaan. Semua datang atas tujuan yang semestinya bermanfaat untuk diri kita. Ada kalanya habuan itu datang sebagai ujian. Ada kalanya musibah itu datang sebagai peringatan. Ada kalanya ia datang dalam bentuk realiti. Ada kalanya ia datang dalam bentuk mimpi…
Tanggal, 14-4-2011 diri ini dihadirkan dengan mimpi yang cukup aneh. Mimpi yang tidak pernah terduga. Mimpi  yang tidak pernah terbayang. Mimpi yang membuatkan diri ini berfikir, apa sebenarnya mesej mimpi ini. Mimpinya begini:
                “berlatar belakangkan suasana pintu timur kampus UPSI, dengan suasana yang sepertinya petang saya dan rakan-rakan bergerak kearah restoran pantimur. Dalam perjalanan, kami terserempak dengan sosok tubuh yang amat dikenali. Sosok tubuh yang bukan sembarangan orangnya. Beliau adalah DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG. berbaju serba putih dan berkupiah putih,  Beliau bersama rombongan meninjau keadaan sekitar pantimur.dengan kesempatan yang ada, semua sahabat berpusu-pusu bersalaman dengan beliau. Begitu juga saya. Ketika besalaman dengan beliau, beliau memandang muka saya dan senyum. Dalam mimpi tersebut saya sempat memeluk tubuh beliau dari belakang dan mengucup tubuh beliau.”
Mimpi yang cukup pelik. Mengapa saya dipertemukan dengan beliau dalam mimpi.? Mungkin sebagai peringatan bahawa masih banyak perjuangan yang perlu saya lakukan dan laksanakan. Perjuangan yang saya adalah penyambung, bukan pemula atau penutup kepada perjuangan ini. Atau mungkin sebagai peringatan kepada diri bahawa, perjuangan diri ini tidak akan pernah standing dengan perjuangan para tokoh besar yang lebih banyak berjuang dan bekorban.
Walaubagaimanapun, mimpi ini menjadi sumber motivasi untuk diri ini untuk terus berbakti. Menjadi peringatan untuk diri ini untuk sentiasa memperbaiki diri. Menjadi impian, agar satu hari nanti saya dapat bertemu dengan pejuang sejati. Menjadi pendorong untuk saya terus mengejar citi-cita saya yang utama…..

Jumaat, 25 Februari 2011

MIMPI YANG MEMUKAU DIRI

ASSALAMMUALAIKUM...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani lagi maha perkasa, dia yang mengatur segala yang terjadi di muka bumi ini. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk meluangkan sedikit masa untuk berkongsi bersama sahabat sekalian walaupun sudah sekian lama menyepi. Semua itu berlaku bukanlah disengajakan, bahkan ianya diluar jangkauan.
Seminggu dua ini kehidupan sebagai Mahasiswa mula berubah corak. Kalau seminggu yang lepas hanya bergelar sebagai seoraang Mahasiswa basa, tapi minggu ini gelaran itu berubah. Namun bukan itu yang memanggil saya untuk menulis kali ini. Ada satu cerita yang terasa amat ingin dikongsi bersama sahabat sekalian.
Semalam, sebelum tidur saya mencari petunjuk untuk diri. Dalam tidur saya bermimpi...
bertemu dengan seorang muslimah yang tidak pernah aku temui. Pertemuan yang tidak dirancang namun dalam suasana yang cukup meriah, gerbang perkahwinan. Pertemuan yang diatur oleh “IMAN”. Dalam suasana yang cukup sederhana. Biar aku  ceritakan serba sedikit berkenaan perempuan tersebut. Seorang yang memiliki latar belakang yang berada. Tidak setara dengan diri ini. Rumahnya ibarat istana. Tidak mampu aku gambarkan dengan kata-kata.
Saat selesai pernikahan. Rumah itu masih dipenuhi oleh sahabat-sahabat “IMAN”. Mengusik dan bercerita. Saat itulah dia hampir kepadaku dan berbicara. “abang, kita tidak akan tinggal disini, saya tahu abg tidak suka duduk disini. Kita akan duduk disitu.” Sambil dia menunjuk ke satu kawasan diluar rumah keluarganya. Aku melihat dengan pandangan yang kabur, satu kawasan kecil, dengan sebuah pondok usang. Katanya, memang disediakan khas untuk kami berdua atas permintaan dirinya. Hati makin sayu teharu betapa dia memahami diriku.
Setelah beberapa tahun, isteriku itu pun mengandung. Saat di hospital juga terselit dalam mimpiku. Ketika berhadapan dengan doktor, perkhabaran yang kuterima amat memeranjatkan. Aku mendapat anak kembar. Keduanya perempuan. Gembira bukan kepalang. Termasuk isteriku.
Aku semakin terharu apabila hari tua kehidupan kami turut diselitkan dalam mimpiku. Tengah aku duduk berehat, datang beberapa bentuk kiriman dari anak-anakku. “gelang untuk umie” “rantai untuk umie” betri henset Umie” semuanya untuk umie mereka, untukku tiada. Isteriku mengelakkan ku. Dan kami tetap bahagia bersama...”
Begitu hebat mimpi yang saya alami.masih memikirkan, apa meksud mimpi ini?? Sekadar tafsiran sendiri, Allah menunjukkan betapa cinta itu memerlukan kepada agama. Kita semua perlu kepada agama. Cinta tanpa dipandu dengan agama akan membawa kepada kehancuran. Ya allah, bergetar hati ini diberikan petunjuk sedemikian rupa. “IMAN” yang mempertemukan.

Khamis, 13 Januari 2011

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Assalammualaikum..
      Teringat akan satu dasar pembangunan negara yang pernah digagaskan oleh kepimpinan Tun Dr Mahathir. Dasar ini amat menarik kerana ianya memiliki satu ciri yang penting iaitu, pemimpin sebagai teladan dalam negara. Dan beginilah pelaksanaan dasar ini...
penampilan dengan cara bertudung yang "betul"
TPM bersalaman dengan pelajar Malaysia di AS 

ruang legar pwtc

presiden iran menolak dengan sopan huluran tangan wanita. 

Bukanlah Ingin Menilai, Tatapi Semuanya Berkenaan Dengan Perkara Asas. Pakaian, Sikap Dan Pendirian. Mungkin boleh dinilai semula jika yang berlaku antara islam dan yang bukan islam. Tetapi?? Gambar mengambarkan yang lain.  Jika Begini Teladan Kepada Rakyat, Tidak Hairan Rakyat Akan Melakukan Yang Lebih Dahsyat Lagi.

           

Semangat Kebangsaan (NASIONALISME)

Perjuangan menegakkan Islam ialah perjuangan membina iman. Iman dengan kufur tidak boleh barsatu. Iman dengan kufur tidak sehaluan. Iman jalannya ke akhirat dan syurga manakala kufur pula jalannya setakat pintu kubur sahaja dan di akhirat habuannya ialah neraka.

Perjuangan Rasulullah ialah perjuangan cinta iman dan Islam. Bukan perjuangan dicampur-aduk dengan semangat bangsa yang mana semangat bangsa adalah semangat daripada bara api kekufuran. Kalaulah orang Arab itu berjuang kerana bangsanya maka Islam tidak akan sampai kepada bangsa lain. Tetapi yang paling mulia dalam agama bukan Yahudi dan Arya tetapi yang paling mulia ialah orang yang bertaqwa. Sifat taqwa itu boleh dimiliki oleh bangsa apa sekalipun.

Tidak ada bangsa yang lebih baik dari bangsa lain kecuali bangsa yang lebih bertaqwa. Melayu yang bertaqwa lebih baik dari Cina yang tidak bertaqwa seperti juga Cina yang bertaqwa pasti lebih mulia dari Melayu yang tidak bertaqwa. Oleh itu janganlah kita sensitif atau melenting bila soal kebangsaan disinggung tetapi pejam mata bila Islam dan cara hidupnya diperkecil-kecilkan.

Jaguh pejuang bangsa adalah kerdil dibandingkan dengan pejuang Islam. Sebab itu jaguh bangsa  adakalanya dilupakan tetapi pejuang Islam sentiasa harum namanya dari zaman ke zaman. Kita merasa hairan dengan sebilangan kecil ulama di merata dunia Islam yang telah mengarang banyak kitab-kitab agama (samada kitab tauhid, fekah mahupun tasauf) tetapi melenting dan marah-marah bila adat atau sikap kebangsaannya yang bertentangan Islam ditegur. Merasa megahlah dengan Islam bukan dengan bangsa sepertimana kata Umar ibnul Khattab:
 “Mulia Umar kerana Islam bukan kerana Arab.”
Berkata Jaafar bin Abi Talib sewaktu mengadap Najasyi:

"Dahulu kami bangsa Arab adalah bangsa padang pasir yang ganas dan berperang sesama sendiiri. Kami menanam anak-anak perempuan kami, memakan bangkai dan meminum arak. Tetapi datang Nabi Muhammad membawa Islam dan mengubah cara hidup kami kepada persaudaraan dan kasih sayang.”

Jadilah seperti Umar dan Jaafar yang rasa mulia dengan Islam walaupun terpaksa mencaci adat buruk bangsanya.


Isnin, 6 Disember 2010

Seorang Anak Membelakangkan Perintah Ayahnya...

Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak."
"Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku."
Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku."
Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."
Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."
Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu."
Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati syahid.
Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, " Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku."
Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.


Rabu, 24 November 2010

PAKU DI TIANG


Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat, suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya. Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya.

Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang  paku akan kucabut keluar dari tiang ini." Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang.

Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas. Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas. Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam diri Mat kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun berazamlah untuk memperbaiki dirinya.

Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan solat-solat sunat. Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang. Maka ayahnyapun memanggillah anaknya dan berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?" Mat merenung pada tiang tersebut, tapi di sebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak. "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "Aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada." Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih kerana parut-parut lubang dari paku itu tetap kekal di tiang, bersama dengan karatnya."

Ikhwah dan akhawat yang dimuliakan,

Dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hinggakan menjadi suatu kebiasaan (habit), kita mungkin boleh mengatasinya, atau secara berangsur-ansur menghapuskannya, tapi ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal. Dari itu, bilamana kita menyedari diri ini melakukan suatu kemungkaran, ataupun sedang di ambang pintu habit yang buruk, maka berhentilah serta-merta. Kerana setiap kali kita bergelumang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebilah paku lagi yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut.