BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Memaparkan catatan dengan label MAHASISWA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAHASISWA. Papar semua catatan

Isnin, 8 Oktober 2012

Yang Ke-2


Dengan menyebut nama Tuhan Yang Maha Pemurah…
Segala puji bagi Tuhan sekalian alam…
Selawat dan salam buat rasul junjungan , Nabi akhir zaman…

Salam kesejahteraan buat sahabat semua. Didoakan semua berada dalam keadaan sihat dan bahagia berserta sebyuman. Senyumlah. Kerana senyum itu pengubat duka. Senyum juga membuatmu bahagia. Walaupun hatimu terluka, tetaplah tersenyum. Kerana orang disekeliling memerlikan senyumanmu. Tanpa senyuman mungkin hidup tidak kan bermakna.
Hurm… nampaknya cukup banyak hutang yang masih belum dijelaskan. Antaranya, mengapa saya katakan system Pilihanraya Kampus tidak mempu memberikan kesan yang mendalam kepada mahasiswa dan mahasiswa seperti yang dihajatkan. Maaf kepada semua kerana tidak berkesempatan untuk menulis berkaitan perkara tersebut. Alhamdulillah diberikan peluang hari ini, setelah 2 minggu PRK berlangsung.
Ok, mengapa saya katakan tidak. Mungkin ramai yang tidak bersetuju, atau kurang atau bersetuju, atau setuju, atau agak setuju atau sebagainya. Tapi, inilah pendapat saya.
Antara tujuannya ialah bagi memberikan pendedahan politik kepada Mahasiswa sebelum berhadapan dengan dunia sebenar. Perkara ini tercapai dengan jayanya. Contohnya, penyelewengan yang berlaku di luar juga berlaku dalam pilihanraya kampus. Pengundian yang tidak telus seperti yang berlaku di UIA. Penafian hak untuk bertanding seperti yang berlaku di UPSI. Hak berkempen yang dinafikan dan sebagainya. Namun, perkara ini hanya dirasai oleh sebilangan Mahasiswa yang melibatkan diri dalam proses PRK. Makanya, motif atau matlamat PRK itu juga tidak dapat dicapai.
Sepatutnya, PRK menjadi medan kepada pihak pentadbiran untuk memupuk budaya politik yang baik dalam diri Mahasiswa. Namun, sikap pihak pentadbiran yang berat sebelah memberikan teladan yang buruk kepada mahasiswa. Mahu ataupun tidak, suka atau tidak, setuju atau tidak. Kita harus mengakui kewujudan dua entity besar dalam politik KAMPUS. PRO-M dan ASPIRASI. Tindakan pihak pentadbiran yang sering berpihak kepada ASPIRASI menunjukkan betapa ketidakadilan tetap berlaku dan terus berlaku dalam politik KAMPUS. Mungkinkah ini bentuk politik yang ingin diterapkan oleh pihak pentadbiran kepada Mahasiswa.????
Di kapus, POLITIK hanya boleh dibincangkan semasa PRK. Inilah sentiment yang cuba didoktrinkan dalam pemikiran Mahasiswa. Sesiapa yang masih lagi bercerita tentang politik selepas PRK akan dilebel sebagai PEMBANGKANG. Dilebel sebagai agen PEMBANGKANG. Mana mungkin politik hanya dihadkan dalam PRK. Sedangkan ada cendekia yang memberikan tafsiran tentang politik sebagai sebuah KEHIDUPAN. Satu benda yang berterusan. Sesiapa yang meninggalkan politik, sama seperti meninggalkan kehidupan. Tapi, perkara inilah yang diharapkan oleh ORANG ATASAN. Supaya mahasiswa memandang buruk tentang politik.untuk itu, politik kotor sudah didedahkan sejak PRK lagi.
Sedikit pandangan yang dapat saya kongsikan. Masih banyak sebab dan punca mengapa saya memandang PRK sebagai satu kegagalan. Namun, cukup dulu rasanya. Andai ada masa yang lain akan saya ceritakan betapa PRK dijadikan sebagai bahan untuk mendungukan dan melembukan MAHASISWA. 

Isnin, 24 September 2012

Mahasiswa Robot???


Dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah…
Segala puji Bagi Allah, Tuhan sekalian alam..
Selawat dan salam buat Rasul junjungan, nabi akhir zaman…

Assallammualaikum dan salam sejahtera buat semua taulan. Yakin dan didoakan anda semua sentiasa sihat dalam pergaulan. Mengelakkan perkara yang sia-sia dan membuang masa yang diberikan tuhan. Bersama-sama menuju kejayaan yang telah anda sendiri tentukan. Kerana makna kejayaan bagi setiap insane senentiasa terdapat perbezaan…
Hurm.. Pilihan Raya Kampus ataupun PRK… apa benda ni??? Makanan atau sebuah bangunan?? Kadang-kadang, bila kita tanya dengan mahasiswa di kampus ramai yang akan geleng kepala. (maknanya tak tahu la…). Ramai yang kata.. tak penting pun PRK.. same je pun… timbul pulak persoalan, apa sebenarnya tujuan PRK ni???
Hah… ni dia tujuannya….
Memilih perwakilan yang bakal menduduki kerusi Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). MPP pulok, ape bende?? Tujuan??
Fungsi dan Peranan MPP/MPM yang digariskan di dalam Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 Bahagian VI Peruntukan Am, Perkara 48


(10) Tujuan dan fungsi MPP ialah untuk:
(a) memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar Universiti;
(b) tertakluk kepada arahan Naib Canselor, menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan pembekalan makanan dan minuman;
(c) membuat rayuan kepada Naib Canselor mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan hidup dan kerja pelajar Universiti;
(d) diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut sesuatu Kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Universitidan
(e) menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Tu dia tujuan MPP. Hah… nak cakap tak penting lagi? Nak mengimbau pengalaman skit sepanjang bergelar MPP. Dengan jawatan Exco Kebajikan Dan Perkhidmatan, selalunya saya dan Aman Yasser merupakan insane pertama yang akan dijejaki andai berlaku masalah kebajikan ataupun perkhidmatan di kampus. Yang mengadu, semua jenis mahasiswa. Tapi, Alhamdulillah diberi kekuatan. Walaupun bukan semuanya aduan yang diberikan dapat penyelesaian terbaik. Tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik. Berpegang pada prinsip, MPP untuk semua.
Bahang PRK cukup hangat membara di UPSI tercinta. Dengan dakwaan penyelewengan. Dengan jentera yang dikepalai oleh ketua pemuda parti tertentu. Dengan percaturan yang menindas mahasiswa. Dengan kempen yang cukup bersemangat. Tapi, termenaung saya berfikir. Ada atai tidak hasil semua tu?? Berjaya atau tidak PRK mencapai objektif?? Memberikan pendedahan kepada mahasiswa tentang system Pilihanraya? Jawapannya, semestinya tidak….
Mengapa tidak?? Hehehehehe… kita nantikan pratusan pengundi yang turun esok di UPSI. Insyaallah saya akan post pulak analisis berkaitan jawapan TIDAK yang saya berikan.
Namun, tetap saya mengingatkan kepada semua taulan di bumi UPSI. Keluarlah mengundi. Pilihan di tangan anda. Anda berhak menentukan pemimpin anda. Jangan biarkan tangan-tangan Ghaib terus megatur hidup anda. Jangan biarkan diri anda terus dijadikan sebagai mahasiswa robot. Kampus tempat percambahan pemikiran. Keluarlah mengundi…

SAYA PERINDU SETIA… 

Ahad, 4 September 2011

Dilema Seorang Orang Yang Sorang



Aku yang sorang....
Hidup sorang...
Buat amende semua sorang...
Berak memang lah sorang..
Lagi pun jamban aku memang memuat untuk sorang jerr..

Aku yang sorang....
Makan Sorang2..
Minum pun , sorang2...
Nak makan dua orang...
Tapi takut tak kenyang....
Aku yang sorang...
Bangun pagi sorang...
Tido pun sorang...
Hajat dihati nak tido dua orang..
Tapi buat sempit bilik pulak karang....

Berjalan sorang2...
berlari pun sorang2...
Bejoging pun sorang2
Ingat nak ramai orang..
Tapi tu, marathon lah korang..

Lepak sorang2.. mimpi pun sorang2...
berangan sorang2.. jiwang pun sorang2...
Pegi bandar sorang2.. balik bandar pun sorang2...
Dah sebulan aku tak kebandar sebab ramai sangat orang..

Semalam aku sorang...
Kini aku masih sorang...
Esok lusa sorang lagi kot...
Tapi, dekat stadium semalam, ramai pulak orang..

Tapi...
Aku bukannya orang-orang...
Aku bukannya orang utan..
Aku juga bukannya orang minyak...
Dan aku juga bukannya orang gila...
Dan aku juga bukanlah orang jahat...
Bukan gak orang kena sawan..
Tapi aku juga orang... macam orang lain jugak
Macam ko jugak lah masa engko sorang dulu !!

Aku tahu...
Aku bukanlah orang berada...
Aku juga bukanlah orang glamer...
Dan aku bukanlah orang ternama...
Walaupun aku hanya orang biasa...
Aku tetap orang...
Aku ingin menjadi gaban
Tapi nak jadi gaban kena gagah..
Tapi gaban tu bukannye hensem pun..
Lagi hensem ultramen..



Dah lah tu, korang pegilah siapkan kerja tu sensorang..
Jangan ingat aku nak tolong korang......
(ditulis oleh USMAN AWANG)

Jumaat, 17 Jun 2011

SAYA KECEWA... AMIRUL AFZAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…

Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…

Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…


Assallammualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat sekalian… apa khabar kalian??? Doanya, semoga sahabat semua senentiasa berada dalam keadaan yang baik. Yakinlah bahawa keadaan yang baik, akan membawa kepada hasil yang baik. Sememangnya, saya mengharapkan semua sahabat saya senentiasa berada dalam keadaan yang baik sentiasa.
Baru-baru ini diberi kesempatan untuk bertemu dengan DATO VC UPSI. Dalam kerangka MPP melakukan kunjungan ke PTJ  yang ada di UPSI. Pertemuan berlangsung pada 15 JUNE 2011, HARI RABU, JAM 5 PETANG BERTEMPAT DI RUANG LEGAR BANGUNAN CENSELORI. dalam pertemuan yang singkat, jelas tidak banyak yang dapat dibincangkan bersama dengan DATO VC. Namun bukan itu yang ingin saya kongsikan.
Pertemuan kali ini cukup mengecewakan saya selaku EXCO KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN MPP UPSI. Dalam pertemuan ini, say sempat mengajukan beberapa persoalan yang berkaitan dengan kebajikan MAHASISWA UPSI.  Namun, jawapan yang saya perolehi cukup-cukup mengecewakan. Antaranya:
Saya: Dato, apakah bantuan yang pihak university dapat berikan kepada MAHASISWA yang ingin dipotong biasiswanya oleh pihak KPM?
Dato VC: kita tidak perlu membantu mereka. Mereka hanya perlu menunaikan hutang tersebut. pengantungan terletak ditangan KPM.
Jawapan yang diberikan sedikitpun tidak mengambarkan belas kasihan kepada MAHASISWA. Perkara tersebut cukup mengecewakan saya. Sedangkan, seandainya berlaku pengantungan biasiswa akan timbul lebih banyak masalah kepada pihak UNIVERSITI. Lebih-lebih lagi pihak pelajar yang menghadapi risiko ini.
Pendapat peribadi saya, KEBAJIKAN MAHASISWA bukanlah menjadi perkara utama kepada UNIVERSITI pada masa ini. Betul kecemerlangan akademik akan menjamin masa hadapan mahasiswa, tapi rasanya bukan dengan menjadikan agenda kebajikan perkara kedua.  Namun insyaallah, selagimana diberi kesempatan untuk berbakti untuk sahabat MAHASISWA didalam MPP, KEBAJIKAN merupakan agenda utama yang akan dibawa kepada pihak atasan. Alhamdulillah, saya merasakan saya sudah menunaikan apa yang saya katakana pada rapat umum yang lepas…
                seandainya saya diberikan kepercayaan untuk duduk dikerusi kepimpinan MPP, saya akan pastikan saya menjadi suara kepada MAHASISWA. Saya akan berusaha untuk membawa suara MAHASISWA kepada pihak atasan. Kita akan pastikan KEBAJIKAN MAHASISWA sentiasa diambil perhatian.”
Kita sudah berusaha sahabat sekalian, namun usaha ini tidak akan terhenti setakat ini. Insyaallah. KEBAJIKAN sentiasa menjadi keutamaan.

Isnin, 13 Jun 2011

PERTEMBUNGAN ANTARA DUA ALAM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…

Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…

Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…


Assallammualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat sekalian… apa khabar kalian??? Didoakan agar semuanya berada dalam keadaan sihat dan sejahtera disamping insane yang tersayang dan semuanya senentiasa mampu untuk membuat pilihan terbaik sepanjang hidup ini. Kerana sering saya katakana, dalam kehidupan ini kita diberi hak untuk membuat pilihan. Maka, pilihlah.

Kali ni nak kongsi satu perkara, ramai sahabat yang bertanya… mengapa harus wujud puak dalam memperjuangkan perkara kebajikan MAHASISWA??? Mengapa perlu wujud pelbagai idealism?? ? Bila mula wujudnya perkara ini?? MENGAPA perlu wujud perkara sebegini??? “MENGAPA PERLU WUJUDNYA PARTI YANG PELBAGAI DALAM NEGARA YANG ASALNYA DARI BANGSA YANG SAMA??

Erm.. pening juga nak jawab andai tidak mengerti. Bagi saya, pertembungan antara kebenaran dan kebatilan merupakan sesuatu kepastian. Pertembungan ini tetap akan berlaku. Pertembungan yang bermula dari langit, tidak akan berakhir didunia selagi sangkakala tidak ditiup israfil. Maka, perlu ada dua pihak dalam pertembungan. Pertembungan “IDEALOGI”  bermakna merangkumi banyak aspek walaupun ada antaranya yang sama. Sebagai contoh, tujuan antara dua pihak adalah sama. Namun akan berlaku pertembungan dari sudut pelaksanaan. Kalaupun sama dari sudut pelaksanaa, pegangan pula akan berbeza. Kalaupun pegangan sama, dasar pula akan berbeza.
Mungkin boleh mengambil contoh laur yang agak jelas iaitu pertembungan antara UMNO dengan PAS. Kedua-dua parti merupakan parti bangsa melayu. Diasaskan oleh bangsa melayu. Namun dari segi dasar perjuangan berbeza. Pertembungan yang jelas antara dua parti ini dapat dilihat daripada dasar kedua dua parti:
UMNO
FASAL 3
ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
                3.1          Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
                3.2          Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri                                              dan Raja Berpelembagaan.
                3.3          Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta                                                              menghormati prinsip kebangsaan beragama.
                3.4          Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem                                  Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan                                    Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
                3.5          Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang                                                 tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
                3.6          Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat                                   dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang                                              Melayu dan Bumiputera.


PAS
Fasal 3. Dasar
Dasar PAS ialah ISLAM
Fasal 5. Tujuan PAS ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Dari dua parti ini mungkin jelas kita melihat apa sebenarnya perbezaan yang berlaku. Ini yang dimaksudkan, pertembungan tetap akan berlaku. Ianya merupakan ketetapan. Maka kita harus bijak memilih.

Persoalannya, andai demikian bagaimana kita harus memilih?? Apakah perlu melihat kepada “HASIL”?? Ataupun “TUJUAN”?? Atau “CARA PELAKSANAAN”?? Seharusnya, jelas bagi kita untuk menilai dengan panduan yang telah dibekalkan oleh AGAMA kita. Sebagai contoh, bagi umat ISLAM sudah tentu AL-QURAN dan AS-SUNNAH dijadikan pengukur yang utama. Di dalam islam telah dijelaskan bagaimana sesuatu tujuan itu harus dicapai.  TIDAK PERNAH WUJUD PERKATAAN “MATLAMAT MENGHALALKAN CARA” DIDALAM ISLAM. Semuanya sudah jelas, dari “tujuan” “cara pelaksanaan” “peganggan” “dasar” dan segala aspek. Maka seharusnya umat jelas dengan cara pemilihan yang harus dilakukan..

*penulisan hanya berdasarkan kajian individu. Dikongsi dengan tujuan mendapat teguran dan penambahbaikan.

Jumaat, 10 Jun 2011

AUKU??? FAHAM KER???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…
Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…

Assallammualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat sekalian… apa khabar kalian??? Didoakan semua sahabat senentiasasihat dan bahagia disamping orang tersayang. Ha... sembelum tu nak kongsi tips ntuk menjaga hati orang yang tersayang. Satu perkataan yang mudah, anda kena “faham” dulu, baru boleh jaga. Kalau tak faham, jangan pandai-pandai buat faham. Nanti porak peranda hubungan.
Ramai sahabat Mahasiswa yang bertanya kepada saya apa sebenarnya hakikat AUKU yang digunapakai di kebanyakan institusi pendidikan tinggi negara. Ramai yang tidak tahupun apa sebenarnya kandungan didalam AUKU. Perkara ini tidaklah menghairankan kerana perkara ini tidak pernah didedahkan secara jelas kepada MAHASISWA. Perkara ini membuatkan saya terpanggil untuk menampilkan beberapa hasil carian saya didalam laman sesawang ini yang telah lama menjadi khazanah. Saya rasa sudah sampai masanya perkara ini harus disedari oleh mahasiswa. Jom kita tengok...
Prof. Madya Dr.Sanusi Osman dalam kertas kerjanya, “Mengapa Akta Universiti dan Kolej Universiti ditentang”. Dalam kertas kerja tersebut, beliau menyatakan “penglibatan dan peranan mahasiswa penting sebagai jurubicara rakyat, imej mereka tinggi dan pengaruh mereka juga meluas dalam masyarakat. Sungguhpun begitu, kelantangan kritikan mereka terhadap dasar-dasar kerajaan, pendedahan di surat-surat khabar mengenai kecurangan dan pernyelewengan kerajaan, pendedahan terhadap pemimpin-pemimpin yang rasuah dan opurtunis yang disertai pula dengan demonstrasi di dalam dan di luar kampus menimbulkan perasaan kurang senang di kalangm elit yang memerintah“.
Menurut Mohamad Suhaimi al-Maniri, “Dengan peruntukan ini mahasiswa tidak bebas lagi memperjuangkan konsep ‘bersama rakyat’ sepertimana yang dipelopori oleh rakan-rakan mereka sebelum akta berkuatkuasa. Mahasiswa selepas akta seolah-olah di’penjara’ dikampus-kampus dengan kehidupan mereka yang tersendiri. Peruntukan ‘ugutan’ mental secara halus oleh pihak berkuasa boleh melemahkan pemimpin-pemimpin mahasiswa berbuat sesuatu kerana boleh ditafsirkan melanggar akta dan menjadikan mereka ragu-ragu dan bimbang sama ada apa yang dilakukannya bertentangan dengan akta ataupun tidak. Penderaan mental seperti ini sudah cukup untuk memberi kesan kepada aktiviti kemahasiswaan. Akibatnya kegiatan kemahasiswaan menjadi semakin suram dan tidak bermaya.”
2.12 Seksyen 15D (1) :
Jika seseorang pelajar Universiti dipertuduhkan atas suatu kesalahan jenayah maka ia hendaklah dengan itu serta merta digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti dan ia tidak boleh, dalam masa menunggu keputusan pembicaraan jenayah itu, tinggal atau masuk dalam kampus Universiti atau Kampus mana-mana Universiti lain.


Amacam??? Faham ker?? Kalau tak faham, insyaallah, dalam kiriman seterusnya kita akan membincangkan dengan lebih mendalam apa sebenarnya AUKU ni. Yang pada saya ini adalah penjara kepada MAHASISWA, namun adalah syurga bagi MAHABENGAP(bak kata jiwa kacau) yang hanya menyatakan sayang pada negar dibibir sahaja. Nasihat saya, seandainya ANDA sedar bahawa anda sebenarnya MAHASISWA, maka anda seharusnya menyedari hakikat AUKU. Kaji(kalau tak kaji tapi buat-buat faham nanti nampak sanagt bengapnye), fahami(yang teruk dah kaji tapi tak faham-faham, lagi bengap namanya), nilai dengan akal yang waras.

Rabu, 8 Jun 2011

HARAPAN SAYA...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…
Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…

Assallammualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat sekalian… apa khabar kalian??? Didoakan semoga senentiasa berada dalam keadaan sihat dan senentiasa bertenaga dan ceria dalam memenuhi tugas dan jadual seharian. Sebenarnya, keletihan dan kelesuan akan berlaku bermula daripada minda, bila minda kita senentiasa memikirkan bahawa kita penat maka penatlah yang kita rasa. Maka, dengan itu saya mengajak sahabat semua supaya mualai saat ini, tanamkan didalam minda, SAYA SIHAT SAYA CERGAS SAYA MACHO heheheheheheh.
Kali ni rasa nak kongsi sikit beberapa kejadian yang berlaku sepanjang beberapa hari yang lepas. Mungkin minggu ini boleh dikatakan sebagai minggu yang “agak” sebok atau bahasa SMSnya BZ bagi kami barisan MPP UPSI.kerana minggu ini berlangsung beberapa perkara penting. Antaranya ialah pertemuan dengan ketua-ketua jabatan yang terdapat di upsi. Sehingga hari ini, kami sudah bertemu dengan:
                -PUSAT SUKAN
                -PTPM
                -PERPUSTAKAAN
                -PUSAT ICT
Setiap pertemuan yang berlangsung memiliki keunikan yang tersendiri. Yang paling menarik, semua  PTJ yang ditemui memiliki hubungan dengan EXCO KEBAJIKANDAN PERKHIDMATAN. Secara langsung atau tidak. Jadi, mahu ataupun tidak, saya terpaksalah menyediakan soalan yang secara langsung berkait dengan kebajikan dan perkhidmatan yang seharusnya dimiliki oleh MAHASISWA.
Masih ada lagi pertemuan yang akan dihadiri. Masih banyakperkara yang perlu disampaikan kepada pihak atasan. Untuk melakukan semua ini, sudah semestinya memerlukan semangat dan keinginan bekerja yang tinggi. “NAMUN, INSYAALLAH DENGAN IRINGAN DOA DARI SAHABAT MAHASISWA YANG LAIN SUDAH TENTU PERTEMUAN YANG AKAN BERLANGSUNG AKAN LEBIH BERMAKNA DAN MAMPU MENCAPAI MATLAMAT. JADI, DOAKAN KAMI”… 

Khamis, 2 Jun 2011

APA YANG PENTING???!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…
Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…

Assallammualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat sekalian… apa khabar kalian???diharapkan semuanya senentiasa sihat dan berbahagia disamping orang2 tersayang dan juga senentiasa ceria dengan tugas yang sedang anda laksanakan. Sesungguhnya berbahagialah insane yang senentiasa ceria dan gumbira menyelesaikan kerja yang dilakukan.

Berbicara mengenai tugas, sering tertanya-tanya. Sebagai individu yang menyandang gelaran “wakil kepada mahasiswa” (MPP), apakah parioriti tugas yang sebenarnya harus dilakukan.?? Memegang portfolio sebagai Exco Kebajikan dan Perkhidmatan. Semestinya perkara pertama yang perlu diutamakan adalah kebajikan mahasiswa. Begitu juga janji yang pernah ditaburkan kepada mahasiswa sewaktu rapat umum suatu ketika dahulu.

Yang payahnya, apabila ada pihak yang tidak mengerti apa sebenarnya fungsi Majlis Perwakilan Pelajar. Bila dah tak faham, tapi buat-buat faham sudah tentu akan mendatangkan masalah. Kalau macam tu, kena mengaji semula, apa peranan MPP(bukan MPP caturan tau). Satu badan yang seharusnya mewakili MAHASISWA. Badan yang menjadi kepala kepada seluruh MAHASISWA. Suatu badan eksklusif yang seharusnya mempunyai autoriti dalam university. Persoalan yang sering diajukan, “MENGAPA MPP DILIHAT TIDAK MEMAINKAN PERANAN??” “MPP HANYA IBARAT PENGAWAS SEKOLAH, YANG MENGIKUT ARAHAN, TIADA BEZA DENGAN PERSATUAN DAN KELAB LAIN DI DALAM UNIVERSITI..”

Menjawab persoalan diatas, menurut pendapat peribadi semua ini berlaku kerana tahap pemikiran yang lemah. Baik dari pelajar ataupun Majlis Perwakilan Pelajar itu sendiri (lebih-lebih lagi yang dicaturkan). Bilamana akal nahasiswa telah menetapkan bahawa MPP adalah badan yang seharusnya melaksanakan PROGRAM, maka secara tidak langsung MPP (lebih-lebih lagi yang dicaturkan) akan menurut akal mahasiswa yang lain. Sedangkan masih banyak isu dan agenda mahasiswa yang seharusnya diperjuangkan oleh barisan MPP. Perkara ini yang menjadi masalah. Tidak mengerti apa yang seharusnya diutamakan. Mengutamakan perkara yang tidak penting dan membelakangkan perkara yang penting.

Untuk itu,sebagai MAHASISWA seharusnya sudah mampu menilai apa sebenarnya peranan yang seharusnya dimainkan oleh MPP. Rasanya sudah terlalu banyak persatuan yang terdapat dalam sesebuah university. Biarkan persatuan dan kelab ini melaksanakan program. Mpp teruskan dengan tugas hakiki, utamakan kebajikan MAHASISWA. Tidak salah merancang program, menjadi salah apabila terlalu taksub dengan program sehinggakan melupakan tugas hakiki sebagai suara MAHASISWA (ni la kerja pimpinan yang dicaturkan). Jadilah MAHASISWA yang mampu untuk berfikir dan melihat dengan ilmu, bukan MAHASISWA yang hanya melihat reality tanpa menyedari perkara sebenar yang berlaku.


Selasa, 17 Mei 2011

AKU RELA

bingkisan hati buat sahabat seperjuangan dalam barisan kepimpinan mahasiswa(tak kira lah sama ada terpilih melalui pakatan belakang tabir). semoga mampu menawar hati yang diguris.

RAGAM PERANGAI MANUSIA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…
Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…
Assallammualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat sekalian… apa khabar kalian??? Diharapkan sentiasa sihat disamping insan yang tersayang. Yang dimaksudkan insan yang tersayang adalah insan yang secara ikhlas menyayangi anda dan anda juga menyayangi mereka. Namun, seharusnya semua individu menjadi insan tersayang dalam hidup kita kerana “tuhan pemilik alam” melarang kita dari membenci individu lain melainkan perangai individu tersebut (walaupun insane tersebut pernah membuat pakatan sulit).
                Bila berbicara mengenai perangai, insan sering tertanya-tanya tentang perangai insan yang sempurna. Macam mana ya??? Begitu persoalan yang sering diajukan. Bimbang dengan perangai manusia. Toleh kiri, toleh kanan. Perangai manusia disekeliling sudah semestinya berbeda. Nak kongsi skit macam mana perangai insan disekeliling hamba… jom kita usha..
Pemimpin
                Sedar dak sedar semua insan adalah pemimpin. Namun ada sesetengah pemimpin yang diangkat menjadi pemimpin dalam kalangan pemimpin(walaupun ada sesetengah melalui pakatan sulit). Dan sesunguhnya diri ini pun digelar sebagai pemimpin kepada mahasiswa. Tidaklah pelik bagi menerima bahawa semua insan adalah pemimpin. Namun menjadi kepelikan apabila ada sesetengah pemimpin yang mengangkat diri menjadi pemimpin namun tidak memimpin dengan adil.
                Ceritanya berlakulah pilihanraya di sebuah kampus. Setelah selesai pilihanraya akan berlakulah pembentukan kabinet, maka terbentuklah sebuah perkumpulan yang melakukan perancangan kabinet dibelakang tabir. Ya, maka kabinet pun terbentuklah seperiti yang dirancang. Maka rakyat pun menerimalah. Namun yang mengecewakan apabila individu yang lebih layak hanya ditempatkan sebagai “naib perdana menteri” sahaja. Sedangkan individu itu lebih layak lihatnya.
                Hanya kisah tau… tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Jika melihat situasi diatas, timbul persoalan… macam ni ke pemimpin??? Erm, persoalan pulak lagi, macam mana pemimpin yang sempurna?? Tidak ada insane yang sempurna. Cukuplah hamba katakan, pemimpin yang sempurna itu adalah pemimpin yang adil dan baik kepada semua anak buahnya.
Pengikut
               
Apabila ada pemimpin maka seharusnya adalah pengikut. Walaupun merujuk kenyataan diatas semua manusia adalah pemimpin, apabila ada manusia yang diangkat sebagai pemimpin (walaupun melalui pakatan sulit) maka haruslah ada pengikut.  Dan pengikut ini sukalah hamba bahagikan kepada dua:
~ pengikut setia~
= pengikut setia ni boleh kita fahami sebagai pengikut yang akan mematuhi semua arahan pemimpinnya(walaupun pemimpin yang dipilih melalui pakatan sulit). Pengikut seperti ini akan sentiasa menurut perintah. Tampa ada halangan ataupun tegahan kepada ketua. Dan pengikut seperti inilah yang akan senentiasa akan mengampu ketua.

~pengikut sejati~
Pengikut seperti ini bukanlah seperti pengikut diatas. Pengikut seperti ini akan selalu digelar sebagai pembangkang. Kenapa?? Soalan ni kena Tanya dengan orang yang suka mengelar mereka sebagai pembangkang(walaupun dipilih melalui pekatan sulit). Selalunya alas an yang diberi,”dah puak ni suka sangat nak membangkang cadangan ketua, kita gelar je pembangkang kan senang”. dan seharusnya pengikut beginilah yang diperlukan.
                Namun begitu tidak dapat ditidakkan, kepentingan kedua-dua jenis pengikut ini.
Keadaan sekeliling mematangkan hamba. Keadaan sekeliling yang menyedarkan hamba bahawa bukan semua pemimpin boleh menjadi pemimpin. Apatah lagi pemimpin yang dipilih melalui pakatan sulit. Erm… doa hamba agar semua pemimpin yang telah diangkat menjadi pemimpin(walaupun melalui pakatan sulit) mampu untuk berlaku adil. Kerana ianya akan mencerminkan peribadi pemimpin tersebut. banyak lagi nak dibicarakan, mungkin dalam post yang akan datang…


Selasa, 12 April 2011

BUAT PARA PEJUANG


DANGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH…
SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM…
 SELAWAT DAN SALAM BUAT PIMPINAN MULIA BAGINDA RASULLULLAG YANG TELAH BANYAK JASANYA..

ASSALLAMMUALAIKUM W.B.T
Apa khabar sahabat sekalian.?? Diharapkan senentiasa berada dalam keadaan yang baik dan bahagia. Kehidupan yang baik dan bahagia senentiasa dikaitkan dengan kualiti kerja yang akan terhasil. Untuk itu, silalah pastikan hidup anda senentiasa berada dalam keadaan yang baik dan bahagia.
PERJUANGAN, istilah yang cukup singkat. Semua manusia ataupun haiwan mampu utuk melafazkannya. Namun seramai mana yang mampu melaksanakkannya. Ramai yang melaungkan istilah PERJUANGAN. Persoalannya, PERJUANGAN bagaimana yang sedang ia perjuangkan. apa mungkin perjuangan yang diperjuangkan itu manurut apa yang digariskan???
PERJUANGAN tampa pedoman adalah perjuangan yang sia-sia. Perjuangan yang nikmatnya hanya kekal didunia hanya sia-sia. Perjuangan yang kemenangannya hanya didunia adalah dusta belaka. Carilah perjuangan yang kemenangannya mampu kau raih hingga di alam sana. Carilah perjuangan yang andai kau kalah pun didunia, tapi kau akan menang di sana. Ini baru dinamakan PERJUANGAN!!!
Bagi yang telah tetap perjuangannya,telah bertemu jalannya, teruskan perjuangan. Seandainya anda telah yankin dengan apa yang anda perjuangkan, teruskan berjuang. Jangan pernah toleh kebelakang. Buat para pejuang, yakinlah, perjuangan anda tidak akan dibiarkan sepi tanpa dugaan. Dugaan akan dating silih berganti. Menjadi lumrah dan asam garam perjuangan, jadi jangan pernah mengeluh. Jangan pernah ragu. Pasakkan dalam diri, rintangan dalam perjuangan itu pasti.
Buat para PEJUANG, yakinlah pertembungan antara kebenaran dan kebatilan itu adalah pasti. Pertembungan antara kejahatan dan kebaikan adalah pasti. Dan jangan pernah anda berdiri di belakang kejahatan. Jangan pernah anda menjadi pendokong kebatilan. Yakinlah pertembungan ini akan berlaku, sentiasa berlaku. Setiap detik, setiap saat, setiap minit, setiap jam, hari, minggu, bulan, tahun, dan seterusnya pertembungan ini akan beraku. Jadi jangan pernah ada rasa gentar dalam hatimu pejuang. Teruskan berjuang.
Sesungguhnya, hati ini rindu pada para PEJUANG….

Khamis, 13 Januari 2011

Di UPSI

Assalammualaikum...
            Pertama dan selamanya kita panjatkan syukur pada tuhan sekelian alam. Selawat dan salam pada junjungan besar baginda rasul yang banyak berkorban dalam menyampaikan kesucian hakiki pada umat manusia.
            Kehadiran tahun baru sudah menjangkaui 13 hari. Dalam waktu sesingkat ini, dapat dilihat bagaimana suasana politik di bumi UPSI mengalami perubahan yang drastik. Pelbagai persoalan timbul tentang perubahan ini. Antaranya, mengapa ini berlaku? Apakah mungkin ada tangan-tangan ghaib yang mencorakkan perubahan ini?
            Kehadiran semester kali ini telah membawa bersama suasana politik yang cukup berbeza dengan beberapa tahun kebelakangan ini. Kemunculan beberapa kumpulan baru dengan nada ingin membawa “perjuangan mahasiswa” ternyata memanaskan lagi politik UPSI.
            Antara kumpulan baru yang agak menonjol ialah Legasi Mahasiswa Prograsif. Secara tidak langsung, kumpulan ini telah  berjaya memanaskan kerusi Pimpinan Bitara yang sedang “memerintah”. Dan juga membuatkan Mahasiswa Pendidik tidak senang duduk dengan kehadirannya.
            Persoalan utama dalam perkara ini, mengapa kumpulan ini wujud dengan nada yang agak sama dengan Mahasiswa Pendidik? “Perjuangan Mahasiswa” lagu yang sama seperti yang sering didendangkan oleh MP dalam Pilihan Raya Kmpus yang lepas.
            Apakah kewujudan MP tidak lagi reliven? Atau MP tidak berjaya membawa suara Mahasiswa sehinggakan wujud kelompok baru yang melagukan lagu yang sama dengan MP????
            Pelikkan.... tapi ini lah yang berlaku....

Isnin, 6 Disember 2010

MAHASISWA

Bismillah WaAlhamdulillah Wasolatua'la Rasulillah
 Assalammualaikum...

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menghirup nikmat Allah diatasmuka bumi ini. Dan harus disedari, segala nikmat yang diberi secara terus-menerus ini harus dibayar dengan cara mengabdikan diri keada tuan ampunya nikmat.
Mahasiswa, satu tajuk baru dalam teratak saya. melihat keadaan Mahasiswa yang semakin hari semakin lesu memanggil saya untuk menyorot kembali perjuangan kebangkitan Mahasiswa dalam negara. Memandangkansaya juga memegang gelaran ini, membuatkan saya kurang senang apabila ada individu yang menyatakan Mahasiswa masakini MahaLembap atau MahaBengap.
sebelum pergi lebih jauh, saya melihat takrifan mahasiswa dari pandangan mata saya:
"sekelompok manusia yang terpilih yang layak untuk menduduki satu institusi pendidikan tinggi dalam sesebuah negara"
kalau nak tengok takrifan saya, inibermaksud mahasiswa ni golongan yang tidaklah ramai, namun mampu memberi kesan kepada keadaan sesebauah negara. sekarang ini sedang mengkaji rentetan perjuangan mahasiswa. walaupun hanya dengan menggunakan sumber sekunder, diharapkan perkongsisn selepas ini akan mempu menyedarkan Mahasiswa dengan peranan mereka sebagai Mahasiswa.