Dengan meneyebut nama Tuhan yang Maha penyayang…
Segala puji bagi Tuhan penguasa sekalian alam…
Selawat dan salam buat Pesuruh Penghabisan, penyebar
kebenaran di bumi Tuhan…
Salam doa kesejahteraan buat semua… semestinya doa saya
semoga semua berada dalam keadaan sihat dan bahagia di samping keluarga dan
jiran tetangga. Ingatlah bahawasanya keberadaan agama itu sebagai panduan bagi
kita menjadikan hidup ini lebih bahagia. Terutama sekali bersama jiran
tetangga. Walaupun rumah jiran kita tidak bertangga, tidak bermakna dia
bukanlah jiran tetangga kita, kerana itu juga dinamakan jiran tetangga.
Bercerita tentang tangga, rasa terbakar hati saa bila
melihat keadaan Negara ketika ini. Sebagai salah seorang warganegara, tidaklah
mampu untuk saa duduk selesa bila melihat pemerintah dan ulahnya. Dibuatnya
rakat seperti hamba. Dan sifatnya hamba hanya memakan sisa tuannya. Mana entah
perginya para pejuang bangsa. Rasa mahu saja dijerit ditelinganya,”MANA PENCAKMU, SEKARANG BANGSA MU DIBODOHKAN
DAN DIHAMBAKAN. MENGAPA TIDAK KAU PERTAHANKAN???”.
Peliknya kerajaan ini, dibuat semua sesuka hatinya, derita
rakyat tidak diendahnya. Duit rakyat dibuat seperti duitnya. Dinaiikkan minak
kononnya mengikut pasaran dunia. Diwujudkan cukai merapu konon untuk kebaikan
rakyatna. Nyata semuanya tipu dan auta belaka.
Kini keluar laporan audit Negara. Salah yang nyata masih
cuba ditutupnya. Dibelit kesana, disimpul ke sini. Asalkan mampu menyenangkan
hati rakyatnya. Maka keluarlah kenyataan merapu meraban, tindakan akan diambil.
Pistol jatuh ke laut. Itu salah penaja suasta. Apa benda ni……………….
Sebagai seorang warganegara, cukup rasanya penjelasan. Yang
mahu dilihat sekarang adalah tindakan
tegas dan bukan sekadar teguran. Sebagai seorang warganegara, saya mahu
melihat insane yang menguruskan perbelanjaan melampau ini, termasuk insane yang
meluluskannya dijatuhkan dengan hukuman setimpal atas salah laku yang
dilakukan.
Yang paling memeningkan saya, rakat ang sentiasa gembira
malahan ceria walaupun dilakukan sedemikian rupa. Mungkinkah kita harus katakan
inilah makna sebenar kemerdekaan yang kita perolehi tidak lama dahulu?? Atau
ini bayaran terhadap kedamaian yang kita kecapi selama ini? Damaikah kita??
Wahai rakyat yang memegang status warganegara, laporan audit
itu satu ujian. Ujian perlu kepada keputusan. Nah sekarang keputusannya sudah
keluar, MAKA PERLU KEPADA TINDAKAN. Sudah jelas berlaku ketirisan, mengapapa
pihak berwajib masih membisu? Sedangkan persatuan bolasepak perak mendapat
perhatian, mengapa tidak kes ini? Kes yang melibatkan dana rakyat…
Wahai rakyat yang memegang status warganegara, andai pihak
berkuasa tidak mengambil tindakan, maka rakyat harus bangkit menegagkan
kebenaran. Mengapa membisu sedangkan perkara ini secara langsung melibatkan
kita. keadilan perlu ditegakkan, walupun terpaksa dirempuh hadangan, demi
menyingkirkan penguasa zalim.
*JALANRAYA BUKAN
PILIHAN, NAMUN BILAMANA TIDAK ADA JALAN LAIN, KITA TERPAKSA KEMBALI KE SANA.