BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 4 September 2011

Dilema Seorang Orang Yang Sorang



Aku yang sorang....
Hidup sorang...
Buat amende semua sorang...
Berak memang lah sorang..
Lagi pun jamban aku memang memuat untuk sorang jerr..

Aku yang sorang....
Makan Sorang2..
Minum pun , sorang2...
Nak makan dua orang...
Tapi takut tak kenyang....
Aku yang sorang...
Bangun pagi sorang...
Tido pun sorang...
Hajat dihati nak tido dua orang..
Tapi buat sempit bilik pulak karang....

Berjalan sorang2...
berlari pun sorang2...
Bejoging pun sorang2
Ingat nak ramai orang..
Tapi tu, marathon lah korang..

Lepak sorang2.. mimpi pun sorang2...
berangan sorang2.. jiwang pun sorang2...
Pegi bandar sorang2.. balik bandar pun sorang2...
Dah sebulan aku tak kebandar sebab ramai sangat orang..

Semalam aku sorang...
Kini aku masih sorang...
Esok lusa sorang lagi kot...
Tapi, dekat stadium semalam, ramai pulak orang..

Tapi...
Aku bukannya orang-orang...
Aku bukannya orang utan..
Aku juga bukannya orang minyak...
Dan aku juga bukannya orang gila...
Dan aku juga bukanlah orang jahat...
Bukan gak orang kena sawan..
Tapi aku juga orang... macam orang lain jugak
Macam ko jugak lah masa engko sorang dulu !!

Aku tahu...
Aku bukanlah orang berada...
Aku juga bukanlah orang glamer...
Dan aku bukanlah orang ternama...
Walaupun aku hanya orang biasa...
Aku tetap orang...
Aku ingin menjadi gaban
Tapi nak jadi gaban kena gagah..
Tapi gaban tu bukannye hensem pun..
Lagi hensem ultramen..



Dah lah tu, korang pegilah siapkan kerja tu sensorang..
Jangan ingat aku nak tolong korang......
(ditulis oleh USMAN AWANG)

SAHABAT


                                              
                                               Bukan mudah untuk menjalinkan persahabatan
Andainya
Tiada kesefahaman dalam jiwa
Tiada ketabahan dalam hati
Tiada keikhlasan dalam diri
Namun
Apabila terjalin sebuah persahabatan
Yang benar – benar suci dan tulus
Resah duka dikongsi bersama
Riang gembira dirasa seadilnya
Kasih dan sayang dicurah sebaiknya
Kadangkala
Jalinan persahabatan meringankan bebanan
Kadangkala juga
Jalinan persahabatan benar – benar menyeksakan
Tapi
Bagi mereka yang memahami erti persahabatan
Akan menghargai jalinan itu seadanya

Jumaat, 17 Jun 2011

SAYA KECEWA... AMIRUL AFZAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…

Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…

Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…


Assallammualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat sekalian… apa khabar kalian??? Doanya, semoga sahabat semua senentiasa berada dalam keadaan yang baik. Yakinlah bahawa keadaan yang baik, akan membawa kepada hasil yang baik. Sememangnya, saya mengharapkan semua sahabat saya senentiasa berada dalam keadaan yang baik sentiasa.
Baru-baru ini diberi kesempatan untuk bertemu dengan DATO VC UPSI. Dalam kerangka MPP melakukan kunjungan ke PTJ  yang ada di UPSI. Pertemuan berlangsung pada 15 JUNE 2011, HARI RABU, JAM 5 PETANG BERTEMPAT DI RUANG LEGAR BANGUNAN CENSELORI. dalam pertemuan yang singkat, jelas tidak banyak yang dapat dibincangkan bersama dengan DATO VC. Namun bukan itu yang ingin saya kongsikan.
Pertemuan kali ini cukup mengecewakan saya selaku EXCO KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN MPP UPSI. Dalam pertemuan ini, say sempat mengajukan beberapa persoalan yang berkaitan dengan kebajikan MAHASISWA UPSI.  Namun, jawapan yang saya perolehi cukup-cukup mengecewakan. Antaranya:
Saya: Dato, apakah bantuan yang pihak university dapat berikan kepada MAHASISWA yang ingin dipotong biasiswanya oleh pihak KPM?
Dato VC: kita tidak perlu membantu mereka. Mereka hanya perlu menunaikan hutang tersebut. pengantungan terletak ditangan KPM.
Jawapan yang diberikan sedikitpun tidak mengambarkan belas kasihan kepada MAHASISWA. Perkara tersebut cukup mengecewakan saya. Sedangkan, seandainya berlaku pengantungan biasiswa akan timbul lebih banyak masalah kepada pihak UNIVERSITI. Lebih-lebih lagi pihak pelajar yang menghadapi risiko ini.
Pendapat peribadi saya, KEBAJIKAN MAHASISWA bukanlah menjadi perkara utama kepada UNIVERSITI pada masa ini. Betul kecemerlangan akademik akan menjamin masa hadapan mahasiswa, tapi rasanya bukan dengan menjadikan agenda kebajikan perkara kedua.  Namun insyaallah, selagimana diberi kesempatan untuk berbakti untuk sahabat MAHASISWA didalam MPP, KEBAJIKAN merupakan agenda utama yang akan dibawa kepada pihak atasan. Alhamdulillah, saya merasakan saya sudah menunaikan apa yang saya katakana pada rapat umum yang lepas…
                “seandainya saya diberikan kepercayaan untuk duduk dikerusi kepimpinan MPP, saya akan pastikan saya menjadi suara kepada MAHASISWA. Saya akan berusaha untuk membawa suara MAHASISWA kepada pihak atasan. Kita akan pastikan KEBAJIKAN MAHASISWA sentiasa diambil perhatian.”
Kita sudah berusaha sahabat sekalian, namun usaha ini tidak akan terhenti setakat ini. Insyaallah. KEBAJIKAN sentiasa menjadi keutamaan.

Isnin, 13 Jun 2011

PERTEMBUNGAN ANTARA DUA ALAM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…

Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…

Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…


Assallammualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat sekalian… apa khabar kalian??? Didoakan agar semuanya berada dalam keadaan sihat dan sejahtera disamping insane yang tersayang dan semuanya senentiasa mampu untuk membuat pilihan terbaik sepanjang hidup ini. Kerana sering saya katakana, dalam kehidupan ini kita diberi hak untuk membuat pilihan. Maka, pilihlah.

Kali ni nak kongsi satu perkara, ramai sahabat yang bertanya… mengapa harus wujud puak dalam memperjuangkan perkara kebajikan MAHASISWA??? Mengapa perlu wujud pelbagai idealism?? ? Bila mula wujudnya perkara ini?? MENGAPA perlu wujud perkara sebegini??? “MENGAPA PERLU WUJUDNYA PARTI YANG PELBAGAI DALAM NEGARA YANG ASALNYA DARI BANGSA YANG SAMA??

Erm.. pening juga nak jawab andai tidak mengerti. Bagi saya, pertembungan antara kebenaran dan kebatilan merupakan sesuatu kepastian. Pertembungan ini tetap akan berlaku. Pertembungan yang bermula dari langit, tidak akan berakhir didunia selagi sangkakala tidak ditiup israfil. Maka, perlu ada dua pihak dalam pertembungan. Pertembungan “IDEALOGI”  bermakna merangkumi banyak aspek walaupun ada antaranya yang sama. Sebagai contoh, tujuan antara dua pihak adalah sama. Namun akan berlaku pertembungan dari sudut pelaksanaan. Kalaupun sama dari sudut pelaksanaa, pegangan pula akan berbeza. Kalaupun pegangan sama, dasar pula akan berbeza.
Mungkin boleh mengambil contoh laur yang agak jelas iaitu pertembungan antara UMNO dengan PAS. Kedua-dua parti merupakan parti bangsa melayu. Diasaskan oleh bangsa melayu. Namun dari segi dasar perjuangan berbeza. Pertembungan yang jelas antara dua parti ini dapat dilihat daripada dasar kedua dua parti:
UMNO
FASAL 3
ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
                3.1          Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
                3.2          Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri                                              dan Raja Berpelembagaan.
                3.3          Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta                                                              menghormati prinsip kebangsaan beragama.
                3.4          Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem                                  Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan                                    Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
                3.5          Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang                                                 tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
                3.6          Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat                                   dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang                                              Melayu dan Bumiputera.


PAS
Fasal 3. Dasar
Dasar PAS ialah ISLAM
Fasal 5. Tujuan PAS ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Dari dua parti ini mungkin jelas kita melihat apa sebenarnya perbezaan yang berlaku. Ini yang dimaksudkan, pertembungan tetap akan berlaku. Ianya merupakan ketetapan. Maka kita harus bijak memilih.

Persoalannya, andai demikian bagaimana kita harus memilih?? Apakah perlu melihat kepada “HASIL”?? Ataupun “TUJUAN”?? Atau “CARA PELAKSANAAN”?? Seharusnya, jelas bagi kita untuk menilai dengan panduan yang telah dibekalkan oleh AGAMA kita. Sebagai contoh, bagi umat ISLAM sudah tentu AL-QURAN dan AS-SUNNAH dijadikan pengukur yang utama. Di dalam islam telah dijelaskan bagaimana sesuatu tujuan itu harus dicapai.  TIDAK PERNAH WUJUD PERKATAAN “MATLAMAT MENGHALALKAN CARA” DIDALAM ISLAM. Semuanya sudah jelas, dari “tujuan” “cara pelaksanaan” “peganggan” “dasar” dan segala aspek. Maka seharusnya umat jelas dengan cara pemilihan yang harus dilakukan..

*penulisan hanya berdasarkan kajian individu. Dikongsi dengan tujuan mendapat teguran dan penambahbaikan.

Sabtu, 11 Jun 2011

2 LELAKI DAN SEBUAH PULAU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…

Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…

Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…


Assallammualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat sekalian… apa khabar kalian??? Didoakan semoga semuanya senentiasa sihat dan sejahtera disamping insan yang anda sayangi. Sedarilah wahai sahabat, dalam kehidupan di alam ini, kita diberi hak untuk memilih. Dan sedarilah, kita seharusnya memilih. Dan sedarilah, di pengakhiran kehidupan kita hanya ada dua pilihan, “syurga atau neraka”. Jadi jangan jadikan diri anda sebagai insan dungu yang tidak mampu membuat pilihan lantas memilih untuk menjadi insan yang bebas. Pilihlah, semoga pilihanmu bertepatan dengan kepercayaanmu.

Sebenarnya, saya ada banyak koleksi cerita, ingatan dan nasihat. Semua ini dibekalkan oleh seorang sahabat semasa mula-mula saya memegang jawatan sebagai “EXCO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH JMK KUO”. Atas dasar saya rasakan ilmu ini bukannya hak saya seorang, jadi rasanya elok saya kongsikan selagi nawa dikandung badan. Jom, kali ni kita tengok sal cerita ni pulak....

Sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak hebat. Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang.

Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahwa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membagi pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri sendiri berseberangan di dua sisi pulau tersebut.

Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong.

Seminggu kemudian, lelaki yang ke satu merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A itu tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa.

Segera saja, lelaki ke satu ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.

Akhirnya, lelaki ke satu ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki A tersebut dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima barkah tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.

Begitu kapal siap berangkat, lelaki A ini mendengar suara dari langit menggema, "Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"

"Barkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan," jawab lelaki A ini. Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa."

" Kau salah ! " suara itu membentak tinggi

" Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan, semua
doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa. "

" Katakan padaku " tanya lelaki A itu.

" Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga aku harus merasa berhutang
atas semua ini padanya?"

" Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan ! "

Renungan:

Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Sedarilah betapa banyak orang yang telah mengorbankan segala sesuatu demi kejayaan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai seseorang/sesuatu Hanya dari "yang terlihat" saja

Jumaat, 10 Jun 2011

AUKU??? FAHAM KER???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…
Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…

Assallammualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat sekalian… apa khabar kalian??? Didoakan semua sahabat senentiasasihat dan bahagia disamping orang tersayang. Ha... sembelum tu nak kongsi tips ntuk menjaga hati orang yang tersayang. Satu perkataan yang mudah, anda kena “faham” dulu, baru boleh jaga. Kalau tak faham, jangan pandai-pandai buat faham. Nanti porak peranda hubungan.
Ramai sahabat Mahasiswa yang bertanya kepada saya apa sebenarnya hakikat AUKU yang digunapakai di kebanyakan institusi pendidikan tinggi negara. Ramai yang tidak tahupun apa sebenarnya kandungan didalam AUKU. Perkara ini tidaklah menghairankan kerana perkara ini tidak pernah didedahkan secara jelas kepada MAHASISWA. Perkara ini membuatkan saya terpanggil untuk menampilkan beberapa hasil carian saya didalam laman sesawang ini yang telah lama menjadi khazanah. Saya rasa sudah sampai masanya perkara ini harus disedari oleh mahasiswa. Jom kita tengok...
Prof. Madya Dr.Sanusi Osman dalam kertas kerjanya, “Mengapa Akta Universiti dan Kolej Universiti ditentang”. Dalam kertas kerja tersebut, beliau menyatakan “penglibatan dan peranan mahasiswa penting sebagai jurubicara rakyat, imej mereka tinggi dan pengaruh mereka juga meluas dalam masyarakat. Sungguhpun begitu, kelantangan kritikan mereka terhadap dasar-dasar kerajaan, pendedahan di surat-surat khabar mengenai kecurangan dan pernyelewengan kerajaan, pendedahan terhadap pemimpin-pemimpin yang rasuah dan opurtunis yang disertai pula dengan demonstrasi di dalam dan di luar kampus menimbulkan perasaan kurang senang di kalangm elit yang memerintah“.
Menurut Mohamad Suhaimi al-Maniri, “Dengan peruntukan ini mahasiswa tidak bebas lagi memperjuangkan konsep ‘bersama rakyat’ sepertimana yang dipelopori oleh rakan-rakan mereka sebelum akta berkuatkuasa. Mahasiswa selepas akta seolah-olah di’penjara’ dikampus-kampus dengan kehidupan mereka yang tersendiri. Peruntukan ‘ugutan’ mental secara halus oleh pihak berkuasa boleh melemahkan pemimpin-pemimpin mahasiswa berbuat sesuatu kerana boleh ditafsirkan melanggar akta dan menjadikan mereka ragu-ragu dan bimbang sama ada apa yang dilakukannya bertentangan dengan akta ataupun tidak. Penderaan mental seperti ini sudah cukup untuk memberi kesan kepada aktiviti kemahasiswaan. Akibatnya kegiatan kemahasiswaan menjadi semakin suram dan tidak bermaya.”
2.12 Seksyen 15D (1) :
Jika seseorang pelajar Universiti dipertuduhkan atas suatu kesalahan jenayah maka ia hendaklah dengan itu serta merta digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti dan ia tidak boleh, dalam masa menunggu keputusan pembicaraan jenayah itu, tinggal atau masuk dalam kampus Universiti atau Kampus mana-mana Universiti lain.


Amacam??? Faham ker?? Kalau tak faham, insyaallah, dalam kiriman seterusnya kita akan membincangkan dengan lebih mendalam apa sebenarnya AUKU ni. Yang pada saya ini adalah penjara kepada MAHASISWA, namun adalah syurga bagi MAHABENGAP(bak kata jiwa kacau) yang hanya menyatakan sayang pada negar dibibir sahaja. Nasihat saya, seandainya ANDA sedar bahawa anda sebenarnya MAHASISWA, maka anda seharusnya menyedari hakikat AUKU. Kaji(kalau tak kaji tapi buat-buat faham nanti nampak sanagt bengapnye), fahami(yang teruk dah kaji tapi tak faham-faham, lagi bengap namanya), nilai dengan akal yang waras.

Ambillah Masa




Ambillah masa untuk berfikir sejenak

          kerana inilah sumber kuasa kita

Ambillah masa untuk bermain
          kerana inilah rahsia keremajaan

Ambillah masa untuk membaca
kerana inilah telaga kebijaksanaan

Ambillah masa untuk bersolat
          kerana inilah kuasa komunikasi teragung

Ambillah masa untuk berkawan
          kerana inilah penyeri kehidupan

Ambillah masa untuk menyayangi
          kerana inilah fitrah setiap insan

Ambillah masa ketawa
          kerana inilah irama indah untuk jiwa

Ambillah masa untuk memberi
          kerana inilah permulaan penerimaan

Ambillah masa untuk belajar
          kerana inilah harga kejayaan

Ambillah masa untuk muhasabah diri
          kerana ini mencerminkan peribadi