Kadang2 ramai yang tanak faham apa yang orang kata... Diam selalu disalah tafsir sebagai hanya satu kata penegasan. Lupa masih ramai yang perlukan tumpuan. Lupa masih ramai yang sedang berjuang. Walaupun dalam post sebelum ni sudah saya kisahkan pencabulan tentang perkataan perjuangan. Hari ini terdiam seketika melihat kawan-kawan mengecap kenikmatan mengabaikan insan lain....
Rabu, 5 Jun 2013
PENCABUL KEHORMATAN
Ramai yang suka mengaitkan apa jua perbuatan dengan istilah perjuangan dan pengorbanan. Tapi, rasanya tidak ramai yang betul2 sedar yang mereka sebenarnya sedang mencabul makna kata sebenar perjuangan dan pengorbanan dalam melaksanakan hajat mereka.
Manakan tidak, sebagai contoh seorang pelajar yang selalu mengatakan dirinya berjuang menuntut ilmu. Tapi cukup banyak disiplin ilmu yang ditinggalkan. Apatah lagi, perkataan pengorbanan padanya hanyalah melibatkan perkara yang mampu memudahkan hajatnya itu.
Itu bukanlah perjuangan, tapi itu merupakan pencabulan. Pencabulan terhadap frasa perjuangan bagi mendatangkan kenikmatan kepada hati yang mungkin tidak yakin pada diri. Jangan jadi pencabul bahasa....
*cukuplah dicandukan oleh penguasa durjana.....

Ahad, 2 Jun 2013
GAJAH ATAU AMAN
Yang ini gajah... Haiwan yang dijaga dengan baik di zoo negara.. Dalam sangkar ni ada 3 ekor gajah.... Gajah ni suka makan tebu... Tapi kenapa mesti gajah.. Kenapa bukan harimau yang makan tebu??
Jumaat, 31 Mei 2013
KERAJAAN MELAYU MALAYSIA
Sedangkan MGUPSI yang tidak ada dana pun mampu nyatakan pendi4ian dalam isu syiria, kenapa tidak kerajaan MELAYU MALAYSIA?? Takutkah???
*MGUPSI badan non partisan di UPSI. Didalangi oleh pelajar super senior bagi tahun ini. Khabarnya mencari pengganti yang boleh meneruskan legasi....
Khamis, 30 Mei 2013
NURUL IZZAH ANUAR???
Jangan lupa... Kawalan imegresen merupakan salah satu tuntutan yang dipersetujui dalam 20 perkara sebelum sabah masuk Malaysia. Jadi maknanya KM sabah berhak melarang mana-mana individu dari masuk ke sabah. Jadi tidak timbul persoalan sama ada KM berhak atau tidak.
Perkara ini juga merupakan antara perkara yang dipersetujui dalam PR bahawa hak rakyat sabah akan dikembalikan. Jadi, harus terima kenyataan. Perkara yang menimpa pimpinan PR yang cuba untuk masuk ke sabah juga merupakan SUMBANGAN dari KELALAIAN PR sendiri.
Jadi mungkin boleh saya katakan, hormatilah apa yang anda perjuangkan....
Hehehehehehe.....
*pelik bila tengok PR persoalkan tindakan KM sabah yang SAH.
MGUPSI
Mahasiswa Ganas UPSI atau MGUPSI, satu gerakan yang diwujudkan bagi menjentik hati mahasiswa yang masih lena dengan buaian dunia. Gerakan non partisan ini, sedikit sebanyak membawa satu wajah baru dalam kampus. Pelbagai usaha dilakukan bagi mencapai objektif gerakan ini.
Satu peraoalan yang masih bermain diminda. Sampai bila mereka mahu menyembunyikan diri???