BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 21 Oktober 2015

Memang sudah ditetapkan

Ya... Kalau sudah ditetapkan..

Jumaat, 16 Oktober 2015

Cermin diri

Dengan menyebut nama tuhan...
Segaala puji buat tuhan...
selawat dan salam buat pesuruh tuhan...

Sendiri,
Berdiri menghadap diri,
Memerhati menilai,
Memuji mengeji,
Dikorek sedalam bumi,
Siapa yang sedang berdiri,
Siapa yang sedang menyendiri,
Siapa yang sedang bersembunyi.

Kalau saja
Aku tahu siapa,
Mungkin aku bukan lagi aku...
Kalau saja
Aku tahu siapa,
Mungkin kiti aku bukan lagi disini.

Kerana tidak tahu,
Maka aku berdiri di sini,
Menghadap diri,
Mencari,
Mengkaji,
Memuji..
Walau hakikatnya...
Keji,
Jijik,
Kotor...

Dan,
Aku terus berdiri..
Di sini...

Ahad, 13 September 2015

Jalan...

Dengan menyebut nama tuhan..
Segala puji bagi tuhan...
Selawat dan salam buat kekasih tuhan...

Didoakan sahabat semua supaya dalam keadaan sihat sentiasa...

Baru2 ni diberi kesempatan ntuk mengembara. Jauh.. namun banyak yang dipelajari....

Selasa, 21 Julai 2015

Rahmat Ujian

Dengan menyebut nama Tuhan Yang Maha Mengetahui...
Segala puji bagi Tuhan yang padaNya segala ilmu pengetahuan...
Selawat dan salam buat insan pilihan pimpinan umat akhir zaman...

Salam manja ceria buat sahabat semua.. doanya supaya semua sahabat dalam keadaan gembira dan selesa disanping insan insan tercinta. Juga masih belum lambat rasanya mengucapkan selamat hari raya buat semua...

Ya... manusia tidak akan lari dari dua perkara... Susah.. Senang... perkara ini kan sentiasa berlegar dalam kalangan kita setiap masa. begitu pula diri ini yang semestinya tidak akan lari dari perkara ini. Namun, semuanya bergantung pada kita bagaimana kita mahu berdepan dengan perkara ini. Rahmat ujian... apa kaitannya dengan susah dan senang...

Bagi saya.. ianya datang dalam meadaan yang cukup istimewa.. didalam senang, akan datang Rahmat dan Ujian. Rahmat yang datang dengan.kesenangan itu.akan membawa kepada ujian dari tuhan dalam menilai cara kita menggunakan kesenangan tersebut.

Susah, ujian yang padanya terdapat seribu rahmat yang tersembunyi. Ya, sememangnya susah kan membawa pada susah dan duka bagi sesetengah individu. Namun, bagi yang terbuka mata hati kan melihat susah itu sebagai satu rahmat yang cukup besar. Susah kan datang bersama dengan sabar, syukur,cukup,rajin,tawakkal,tawadhu,istiqomah dan sebagainya. Segalanya.kan datang bersama dengan susah. Maka tidak hairan ada sahabat yang sentiasa melekat di bibirnya satu doa:-

"Wahai tuhanku, jadikanlah aku miskin..."

Bukan maknnya mereka tidak inginkan kekayaan, namun sedar akan hakikat yang akan datang bersama-sama dengan susah tersebut.

Tulisan ini, dihasilkan saat saya berdepan dengan satu keadaan yang cukup menguji diri. Salah satu ujian yang saya kira cukup istimewa. Untuk itu saya mohon doa sahabat semua supaya diberi kekuatan buat saya ntuk terus kuat mendepani ujian ini.
Kalai ini tulisan yang terakhir, saya mohon ampun dan maaf dari semua. Mohon halalkan makan dan minum saya. Tidak ada.yang lain saya minta selain....

Al-Fatehah...

Sabtu, 6 Jun 2015

PAS, TUN M & GEMPA SABAH

salam sayang manja buat semua kawan. didoakan semua sahabat dalam keadaan yang baik dan bahagia. kerana bahagia dan baik itu selalunya kan memberi aura yang baik juga pada orang sekeliling.

hajat hati nak ulas seputar pemilihan pas baru ini. namun, nampaknya sudah terlalu ramai yang mengulas. hehehw.. jadi just bagi kesimpulan, satu strategi yang baik dan nyata cukup berkesan dari golongan profasional yang nyata mendominasi kepercayaan orang awam. walau kalah di dalam pemilihan, percayalah, rakyat lebih dwkat dengan profsionalis.. heehehe.. dak stuju, nanti sy hurai lagi panjang.. lain entry ya...

yang lebih dekat bagi saya, kejadian yang melanda sabah. satu kejadian yang cukup luar biasa. nyata, ia membawa kepada kehilangan nyawa. namun, perhatian dan juga simpati masyarakat dan kerajaan nyata tidak jelas. mungkin kabur kerana cerita dr m dan dsn.

sehingga hari ini saya percaya rakyat di sabah masih bingung dengan apa yang berlaku sebenarnya. tidak ada penjelasan yang konkrik. belum lagi diambil kira keperihatinan kerajaan. ya, betul kerajaan negri sudah mengambil langkah bagi membantu masyarakat yang terlibat. namun masih terlalu banyak persoalan yang belum terjawab.

apa mungkin kan berlaku gegaran susulan???
gunung berapikah??
kesan gempa di tempat lain kah??
apa mungkin kan berulang di masa muka??
apa mungkin seluruh sabah mungkin terlibat??
di mana lagi kawasan yang mungkin akan berlaku?
kawasan mana yang mungkin kan dilanda tsunami yang besar??

perlu pada penerangan. cukup dengan isu gst dan dasar mengarut yang tidak jelas. ini melibatkan nyawa. cukuplah, bukan bila masa mengundi baru nak mencari.

* sabah dalam duka...H

Rabu, 3 Jun 2015

Terbakar Kampung Nampak Asap...

salam sayang sayang buat semua. didoakan semua dalam keadaan sihat and nda la sakit sakit..

5 hari diuji terus dengan sakit perut yang agak nakal. natijahnya, jem...

sakit ni buat ingat satu pepatah....

"terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang tau..."


  1. (bukan saya)

cuma untuk saya...

"terbakar kampung nampak asap,sakit perut siapa yang tau..."

hehehe...

Sekali lagi, salah satu himpunan parti melayu tengah belangsung. cuma, kali ni agak menarik. terlalu banyak drama yang berlangsung.
apa mungkin seusai himpunan ini, rakyat kan berdepan dengan....

* nampak gaya keputusan yang datang kan membawa kepada...

Isnin, 1 Jun 2015

Mula Cerita

Salam salam buat sahabat semua.

Didoakan semoga semua dalam keadaan sihat dan bahagia. Jangan pernah merasa kecewa kerana dunia kerana ini cuma sementara. walau kerana minyak yang kian melambung naiknya...

Apa yang ada sebenarnya di depan mata? Apakah yang ada hanya fatamorgana atau sekadar...

hehehe...
mesti ramai yang tak perasan, tarian di malaysia sudah semakin rancak. walaupun nampaknya ramai yang belum sedar atau mula sedar... semakin lama makin banyak yang jelas...



soalnya, kita di mana.. yang sedar atau tidak. mungkin ada yang tanya apa pentingnya sedar atau tidak?
hakikatnya, itu kan jadi penentu kita bila ianya bermula nanti...

*buka mata