BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 2 Mac 2011

KISAH SANG KATAK

Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, dan selawat serta salam buat junjungan besar Baginda Rasullullah....
Assalammualaikum...
Apa kabar sahabat semua??
 Diharapkan anda semua senentisan berada dalam keadaan sihat dan sejahtera disamping orng tersayang. Mengharungi samudra kehidupan cara baru, ternyata menyempitkan lagi waktu saya untuk berkongsi dengan anda semua menerusi laman maya ini. Tetapi tidak mengapa, kita manafaatkan waktu yang ada.
Kali ini, saya ingin berkongsi cerita tentang “KATAK” dengan anda semua. Kisah yang dipetik dari buku “Setengah Berisi, Setengah Kosong” moh kite dengo ape cetenya.
kisah ini mengenai dua ekor katak yang terjatuh ke dalam tempayan susu lembu segar. Dinding tempayan itu licin dan curam. Manakala susu lembu di dalamnya begitu dalam dan sejuk.
‘alamak, bagaimana ni?’ kata katak yang pertama. ‘ini takdir, tidak ada orang yang akan menolong kita. selamat tinggal, sahabatku! Selamat tinggal dunia yang menyedihkan!’ katanya lagi sambil menangis dan akhirnya dia pun tenggelam.
Tetapi katak yang kedua itu terus mengayuh kakinya dan mula berenang. Seskali dia berhenti bagi menyapu mukanya dan mengeringkan matanya yang penuh dengan susu itu.
‘biarlah aku berenang sekejap. Tidak ada gunanya sekiranya seekor lagi katak mati.’
Jadi, si katak pun terus berenang. Selama beberapa jam dia menendang dan berenang itu, tidak sekalipun dia mengeluh. Kayuhan kaki katak yang tidak berhenti-henti itu akhirnya membuatkan susu berubah menjadi mentega, katak itu pun melompat keluar daripada tempayan dan berjaya menyelamatkan dirinya.”
Satu perkara yang membezakan dua ekor katak tadi ialah cara mereka melihat keadaan dunia sekeliling mereka dan bagaimana mereka bertindak terhadapdugaan dan cabaran yang dihadapi. Salah satu unsur penting yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang terdapat disekeliling kita, sama ada yang berkaitan dengan pekerjaan, keluarga mahupun masalah peribadi adalah bagaimana kita melihat masalah itu.
Cara kita melihat masalah ini dipengaruhi oleh maklumat secara terus menerus memasuki fikiran kita. sekiranya selama ini, maklumat yang kita dapati, sama ada  melalui bacaan , perbincangan pemikiran ataupun tontonan adalah maklumat  yang bersifat positif, maka kita lebih cenderung  mengambil hikmah daripada masalah yang dihadapi  dan ini membuatkan kita lebih optimistik. Sebaliknya, sekiranya maklumat yang selalu kita terima adalah maklumat yang negatif dan bahan bacaan kebanyakannya terdiri daripada majalah-majalah gosip dan buku-buku kisah cinta, maka sudah tentu ini semua akan melemahkan diri dan pemikiran kita. semua sememangnya mempegaruhi pemikiran kita.
Selain daripada itu, bahagian buku ini juga menegaskan, “gekaran dan keadaan individu tidak menjamin seseorang itu mempunyai cara pandangan yang positif terhadap apa atau sesiapa yang berada disekelilingnya. Kita mungkin melihat rakan sekerja sebagai musuh dan saingan yang membahayakan. Namun, rakan-rakan sekerja juga dapat dapat membantu kita menyelesaikan pekerjaan kita sehari-hari. Oleh itu, buakn keadaan sekeliling  yang menterjemahkan makna ke dalam diri kita, tetapi persepsi kita semasa melihat dan mencari erti perkara itu secara berbeza-beza.”
Kesimpulan yang boleh saya katakan, segalanya bergantung dengan kita. cara kita memandang sesuatu akan mempengaruhi pemikiran kita terhadap perkara tersebut. Makanya, bila kita ingin melairkan sesuatu yang positif pada pandangan orang lain terhadap kita, kita perlu menghasilkan persepsi positif orang terhadap kita..
Sekian dulu...
“HIDUP MEMBINA PERSEPSI...”

0 ulasan: