BISMILLAH.. WA-ALHAMDULILLAH.. ASSOLATU A’LA RASULILLAH…
Assalammualaikum W.B.T..
Apa khabar sahabat sekalian? Diharapkan semua senentiasa sihat dan berada dalam keadaan yang baik dan bahagia. Setelah lama tidak berkongsi, hari ini terasa terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat semua. Kebelakangan ini jadual semakin padat dan senentiasa terhalang untuk berkongsi. Doakan semoga bertemu pengaturan masa yang baik agar saya dapat melakukan segala kerja dan amanah dengan baik.
Setelah lama menyepi, rasa terpangil untuk menyambung kembali perbincangan dari buku “watak-watak dalam organisasi”:
KAREKTER KE-3 BATU API.
Menurut penulis, batu api sememangnya begitu sinonim dengan sesebuah organisasi. Menurut kamus dewan, batu api diertikan sebagai “penghasut”. Ia merupakan istilah yang sering diberikan kepada individu yang cuba membawa kepada perpecahan dalam sesebuah organisasi atau kumpulan atau individu. Selalunya, si batu api tidak akan menonjolkan sifatnya secara terang-terangan. Si batu api sentiasa mencari mangsa sebagai“kambing hitam” untuk menjatuhkan musuhnya yang sebenar.
Si batu api ini wujud adalah hasil dari perasaan iri hati dan perasaan dendam yang disimpan. Untuk itu, si batu api akan mengunakan segala macam taktik bagi menjatuhkan lawannya. Mereka boleh diibaratkan sebagai “syaitan” yang kerjanya membisikkan kejahatan ke dalam hati manusia. Sepanjang masa dicari-cari peluang dan direka-reka cerita sehingga si manusia tadi terpengaruh dengan hasutannya dan bertindak tanpa bertanya terlebih dahulu.
Kewujudan insan seperti ini ibarat anai-anai yang memakan struktur bangunan secara senyap. Tiba masanya bangunan itu pun runtuh tersembam ke bumi. Jauhilah manusia yang bergelar batu api kerana ia sedang berusaha membakar jiwa-jiwa yang ikhlas membangunkan organisasi yang dicintai.
0 ulasan:
Catat Ulasan