BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 6 Jun 2011

PEMBUAT KESIMPULAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…
Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…

Assallammualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat sekalian… apa khabar kalian??? Diharapkan saudara semua senentiasa berada dalam keadaan yang sihat disamping individu-individu yang seorganisasi dengan anda. Rasanya sudah lama tidak mengepos(ntah betul tidak bahasa) watak-watak yang sering ditemui dalam sesebuah organisasi.  Maka atas kesedaran itu, saya tampilkan watak seterusnya…:
PEMBUAT KESIMPULAN
Sebenarnya watak ni tiada dalam buku, sekadar pengalaman yang ingin dikongsi. Salah satu watak yang amat sukar ditemui dalam sesebuah organisasi yang mantap. Tapi, amat mudah ditemui dalam sesebuah organisasi yang “kurang “ mantap. “pembuat kesimpulan” demikianlah nama yang diberikan oleh salah seorang sahabat yang pernah bekerja bersama-sama dengan saya. Entah kenapa, tapi suatu ketika dahulu insane seperti ini pernah berkerja bersama dengan saya. Maka, secara tidak langsung saya sudah pernah berhadapan dengan insane seperti ini.
Pembuat Kesimpulan= insan  yang hanya mencedok idea dari orang lain kemudian dihurai dengan gaya bahasa yang lain. Kadang kala huraian yang diberikan serupa sahaja dengan idea asal pencadang. Namun atas kapesiti ingin “mendapat perhatian” insan ini berangapan bahawa dia perlu bersuara. Mungkin ini yang dia rasakan, huraian yang “dia” berikan lebih jelas dan tepat, malahan mudah difahami oleh orang ramai. Atas kesedaran itulah dia berangapan bahawa dia perlu untuk mengambil idea tersebut dan menghurai mengikut kefahamannya yang tidak ada beza pun kecuali pengunaan perkataan dan titik dan nokhta(kot la…).
Sebenarnya, insan  seperti ini ada baiknya kepada sesebuah organisasi. Hal ini kerana insan seperti ini akan menarik perhatian ketua terhadap idea yang dilontarkan. Namun, ianya bermasalah apabila idea yang  “dicelok” tidak difahami dan cuba dihurai kemudian membawa pemahaman yang berbeza antara ahli organisasi. Perkara ini yang membimbangkan. Hanya kerana ingin mengambil peranan dalam sesebuah perbincangan akan membawa kepada bencana yang tidak terjangka. Kadang kala akan membawa kepada kebaikan, namun hasil pengalaman yang ditempuhi, lebih banyak bencana yang akan dibawa.
Sedikit pesanan dan nasihat bagi sahabat yang berhadapan dengan insan seperti ini, jangan pernah dihalang insan seperti ini. Insan seperti ini harus dibiarkan bebas untuk bercakap. Hal ini kerana dia sememangnya perlu bercakap. Namun, setelah selesai perbincangan, berilah keterangan yang lebih jelas kepada ketua berkenaan cadangan yang anda cuba sampaikan kerana dikhatiri apa yang anada ingin sampaikan berbeza dengan apa yang cuba disampaikan oleh si “pembuat kesimpulan”.
*gambar sekadar impian... hehehehe

0 ulasan: