BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 9 Julai 2012

OH LAGU...




Ha.... kali ni post pasal lagu ni pulak... nak tau kenapa??? nantikan... hayati dulu lagu ni....



Lirik biar ngga penasaran
Hari ini pikiran lagi nggak karuan
Nyesel tapi sengaja nonton film begituan
Otak penuh khayalan juga bayang-bayang
Ingin cepat lepaskan, bingung cari saluran

Hoi!
Lalu cari solusi yang sehat dan alami
Bukan nggak punya uang, sumpah haram jajan
Biar sedikit bandel, utamakan kesehatan
Belum sempat mikir panjang, setan langsung kasih jalan
Sebentar meditasi lalu seg`ra beraksi
Pasang kuda-kuda, nggak lupa ambil posisi
Semua berinteraksi timbulkan tegangan tinggi
Saat gelombang datang, terdengar burung kecil
bernyanyi
Kini semua lancar, aman, dan terkendali
Hilang segala peluh, otak pun segar kembali
Memang yang mengganggu, perlu cepat lepaskan
Bisa jadi bahaya kalau lama disimpan

Reff:
Makanya buang, makanya buang
Jangan ragu-ragu
Makanya buang, makanya buang
Bisa mengganggu
Makanya buang, makanya buang
Jangan ragu-ragu
Makanya buang, makanya buang
Tapi jangan sampai ada yang tahu 

Isnin, 2 Julai 2012


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…

Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…

Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…

Assallammualaikum dan salam sejahtera sahabat semua.. apa khabar kalian?? Didoakan semua sahabat hamba berada dalam keadaan sihat senentiasa disamping insane yang tersayang. Ramai yang bertanya, mengapa mesti bersama insane tersayang??? Jawapan saya, kerana bersama insane tersayang kita akan mampu tersenyum. Insane tersayang tempat kita sandarkan bahu kala duka. Insane tersayang sumber kekuatan saat kita lemah. Dan, insane tersayang Insyaallah akan memahami diri kita.
Lama juga nda update blog ni. Sibuk la kunun. Sekarang ni, sedang berpraktikum di sekolah. Sempat juga jadi cikgu pelatih. Kali ni, nak bincang pasal sistem pendidikan MALAYSIA. Kenapa mesti system pendidikan???
Haaa…. Pendapat peribadi, sistem pendidikan Malaysia ni merupakan satu bentuk sistem yang cukup menarik. Sistem pendidikan yang belum pernah diwujudkan di mana-mana pelusok dunia(pendapat saya la ni). Sistem pendidikan yang merupakan gabungan antara pendidikan barat dan pendidikan dunia islam ini saharusnya mampu untuk melahirkan pelajar yang mampu untuk membangunkan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek remaja Malaysia.
Wawasan Negara ingin melahirkan modal insane kelas pertama seharusnya dapat dicapai dengan sistem yang ada masa kini. Modal insane kelas pertama, yang melahirkan insane yang mampu dan berkeupayaan dalam pelbagai bidang bukan saja dari sudut intelek, tapi juga dari sudut sahsiah.
Namun, perkara ini sepertinya tidak tercapai. Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan rohani dan sahsiah. Kemerosotan moral remaja semakin menjadi-jadi. Perkara ini dibuktikan dengan pelbagai bentuk jenayah baru yang dilakukan oleh remaja. Selain daripada itu, kemerosotan nilai ketimuran juga membuktikan system pendidikan yang hebat ini tidak berkesan.
Perkara ini berlaku bukanlah diakibatkan oleh masalah system tersebut. Anmun ianya berlaku kerana masalah yang berlaku di peringkat pelaksanaan dasar pendidikan Negara. Pelaksanaan yang lemah membuatkan system yang dirangka tidak mampu untuk berjalan dengan baik. Perkara inilah yang membuatkan seolah-olah system itu yang bersalah.
Selain daripada itu, system pendidikan yang dipolitikkan juga menjadikan situasi pendidikan dalam Negara menjadi tidak menentu. Perkara ini jelas dapat dilihat dari pelbagai isu yang timbul kebelakangan ini. Antaranya, “pengantungan PTPTN pelajar UNISEL” “pemansuhan PPSMI” “Buku INTERLOK” dan pelbagai lagi isu pendidikan yang dijadikan bahan politik oleh ahli politik.
(siapa???)
Seharusnya, pemantawan terhadap pelaksanaan system pendidikan harus dijalankan dengan lebih kerap bagi memastikan system yang hebat itu mampu untuk melahirkan modal insane kelas pertama. Selain daripada itu, ahli politik haruslah bijak dalam memilih isu yang cuba dibangkitkan. Jangan jadikan rakyat melihat POLITIK itu sebagai satu perkara yang KOTOR.