Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…
Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…
Assallammualaikum dan salam sejahtera sahabat semua.. apa
khabar kalian?? Didoakan semua sahabat hamba berada dalam keadaan sihat
senentiasa disamping insane yang tersayang. Ramai yang bertanya, mengapa mesti
bersama insane tersayang??? Jawapan saya, kerana bersama insane tersayang kita
akan mampu tersenyum. Insane tersayang tempat kita sandarkan bahu kala duka.
Insane tersayang sumber kekuatan saat kita lemah. Dan, insane tersayang
Insyaallah akan memahami diri kita.
Lama juga nda update blog ni. Sibuk la kunun. Sekarang ni,
sedang berpraktikum di sekolah. Sempat juga jadi cikgu pelatih. Kali ni, nak
bincang pasal sistem pendidikan MALAYSIA. Kenapa mesti system pendidikan???
Haaa…. Pendapat peribadi, sistem pendidikan Malaysia ni
merupakan satu bentuk sistem yang cukup menarik. Sistem pendidikan yang belum
pernah diwujudkan di mana-mana pelusok dunia(pendapat saya la ni). Sistem
pendidikan yang merupakan gabungan antara pendidikan barat dan pendidikan dunia
islam ini saharusnya mampu untuk melahirkan pelajar yang mampu untuk
membangunkan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek remaja Malaysia.
Wawasan Negara ingin melahirkan modal insane kelas pertama
seharusnya dapat dicapai dengan sistem yang ada masa kini. Modal insane kelas
pertama, yang melahirkan insane yang mampu dan berkeupayaan dalam pelbagai
bidang bukan saja dari sudut intelek, tapi juga dari sudut sahsiah.
Namun, perkara ini sepertinya tidak tercapai. Lebih-lebih
lagi perkara yang melibatkan rohani dan sahsiah. Kemerosotan moral remaja
semakin menjadi-jadi. Perkara ini dibuktikan dengan pelbagai bentuk jenayah
baru yang dilakukan oleh remaja. Selain daripada itu, kemerosotan nilai
ketimuran juga membuktikan system pendidikan yang hebat ini tidak berkesan.
Perkara ini berlaku bukanlah diakibatkan oleh masalah system
tersebut. Anmun ianya berlaku kerana masalah yang berlaku di peringkat
pelaksanaan dasar pendidikan Negara. Pelaksanaan yang lemah membuatkan system yang
dirangka tidak mampu untuk berjalan dengan baik. Perkara inilah yang membuatkan
seolah-olah system itu yang bersalah.
Selain daripada itu, system pendidikan yang dipolitikkan
juga menjadikan situasi pendidikan dalam Negara menjadi tidak menentu. Perkara ini
jelas dapat dilihat dari pelbagai isu yang timbul kebelakangan ini. Antaranya, “pengantungan
PTPTN pelajar UNISEL” “pemansuhan PPSMI” “Buku INTERLOK” dan pelbagai lagi isu
pendidikan yang dijadikan bahan politik oleh ahli politik.
(siapa???)
Seharusnya, pemantawan terhadap pelaksanaan system pendidikan
harus dijalankan dengan lebih kerap bagi memastikan system yang hebat itu mampu
untuk melahirkan modal insane kelas pertama. Selain daripada itu, ahli politik
haruslah bijak dalam memilih isu yang cuba dibangkitkan. Jangan jadikan rakyat
melihat POLITIK itu sebagai satu perkara yang KOTOR.
0 ulasan:
Catat Ulasan