Dengan menyebut nama Tuhan Yang Maha Pemurah…
Segala puji bagi Tuhan sekalian alam…
Selawat dan salam buat rasul junjungan , Nabi
akhir zaman…
Salam kesejahteraan buat sahabat semua.
Didoakan semua berada dalam keadaan sihat dan bahagia berserta sebyuman.
Senyumlah. Kerana senyum itu pengubat duka. Senyum juga membuatmu bahagia.
Walaupun hatimu terluka, tetaplah tersenyum. Kerana orang disekeliling
memerlikan senyumanmu. Tanpa senyuman mungkin hidup tidak kan bermakna.
Hurm… nampaknya cukup banyak hutang yang masih
belum dijelaskan. Antaranya, mengapa saya katakan system Pilihanraya Kampus
tidak mempu memberikan kesan yang mendalam kepada mahasiswa dan mahasiswa
seperti yang dihajatkan. Maaf kepada semua kerana tidak berkesempatan untuk
menulis berkaitan perkara tersebut. Alhamdulillah diberikan peluang hari ini,
setelah 2 minggu PRK berlangsung.
Ok, mengapa saya katakan tidak. Mungkin ramai
yang tidak bersetuju, atau kurang atau bersetuju, atau setuju, atau agak setuju
atau sebagainya. Tapi, inilah pendapat saya.
Antara tujuannya ialah bagi memberikan
pendedahan politik kepada Mahasiswa sebelum berhadapan dengan dunia sebenar.
Perkara ini tercapai dengan jayanya. Contohnya, penyelewengan yang berlaku di
luar juga berlaku dalam pilihanraya kampus. Pengundian yang tidak telus seperti
yang berlaku di UIA. Penafian hak untuk bertanding seperti yang berlaku di
UPSI. Hak berkempen yang dinafikan dan sebagainya. Namun, perkara ini hanya
dirasai oleh sebilangan Mahasiswa yang melibatkan diri dalam proses PRK. Makanya,
motif atau matlamat PRK itu juga tidak dapat dicapai.
Sepatutnya, PRK menjadi medan kepada pihak
pentadbiran untuk memupuk budaya politik yang baik dalam diri Mahasiswa. Namun,
sikap pihak pentadbiran yang berat sebelah memberikan teladan yang buruk kepada
mahasiswa. Mahu ataupun tidak, suka atau tidak, setuju atau tidak. Kita harus
mengakui kewujudan dua entity besar dalam politik KAMPUS. PRO-M dan ASPIRASI.
Tindakan pihak pentadbiran yang sering berpihak kepada ASPIRASI menunjukkan
betapa ketidakadilan tetap berlaku dan terus berlaku dalam politik KAMPUS.
Mungkinkah ini bentuk politik yang ingin diterapkan oleh pihak pentadbiran
kepada Mahasiswa.????
Di kapus, POLITIK hanya boleh dibincangkan
semasa PRK. Inilah sentiment yang cuba didoktrinkan dalam pemikiran Mahasiswa.
Sesiapa yang masih lagi bercerita tentang politik selepas PRK akan dilebel
sebagai PEMBANGKANG. Dilebel sebagai agen PEMBANGKANG. Mana mungkin politik
hanya dihadkan dalam PRK. Sedangkan ada cendekia yang memberikan tafsiran
tentang politik sebagai sebuah KEHIDUPAN. Satu benda yang berterusan. Sesiapa
yang meninggalkan politik, sama seperti meninggalkan kehidupan. Tapi, perkara
inilah yang diharapkan oleh ORANG ATASAN. Supaya mahasiswa memandang buruk
tentang politik.untuk itu, politik kotor sudah didedahkan sejak PRK lagi.
Sedikit pandangan yang dapat saya kongsikan.
Masih banyak sebab dan punca mengapa saya memandang PRK sebagai satu kegagalan.
Namun, cukup dulu rasanya. Andai ada masa yang lain akan saya ceritakan betapa
PRK dijadikan sebagai bahan untuk mendungukan dan melembukan MAHASISWA.
0 ulasan:
Catat Ulasan