Dengan Menyebut Nama Tuhan Yang Maha Pemurah…
Segala Puji Bagi Tuhan Sekalian Alam…
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Mulia, Nabi Akhir Zaman…
Salam sejahtera keatas semua sahabat yang sudah lama kita
tidak bersua. Diharapkan anda semua senentiasa dalam keadaan gembira di samping
keluarga atau pun sanak saudara. Kerana gumbira itu merupakan satu nikmat yang
sukar dikecapi. Walaupun ada kalanya kita selalu tersalah tafsir makna sebenar
nikmat gumbira. Ada pujangga pernah berkata, “nikmat gumbira itu tidak hanya
kala kita tersenyum, tapi juga boleh dirasa tika mana tangisan menghiasi mata”.
Sedar ataupun tidak, dunia kita dihiasi lagi dengan warna
merah. Tindakan ketenteraan yang dilakukan di Palestin oleh rejim zalim zionis
sekali lagi menarik perhatian dunia. Keadaan yang sememangnya sudah dijangka. Kerana
perkara ini semestinya akan berlaku, cumanya kita tidak pasti bila. Dan akhirnya
masanya telah tiba. Bumi palestin kini dihiasi dengan warna merah. Merah yang
kini membangkitkan semangat perwira di sana. Untuk menentang kembali apa yang
dilakukan oleh pihak Rejim.
Tidaklah terniat untuk membincangkan tindakan ataupun
tentangan yang sedang berlaku di sana. Cuma ingin mengajak semua supaya
sama-sama kita menilai sejauh mana kita prihatin terhadap isu yang berlaku di
sana. Sempat juga menjalankan beberapa tinjawan dalam kalangan rakan-rakan di
laman muka buku. Malangnya ramai yang tidak sedarpun apa yang sedang berlaku di
sana. Apa mungkin isu ini sekadar menjadi perhiasan laman-laman dunia di akhbar
tempatan? Atau hanya menjadi penyedap cerita segmen dunia berita jam 8??? Isu ini
bukanlah isu kecil. Isu ini melibatkan keamanan dunia. Siapa yang bias menjamin
perkara ini tidak akan sampai ke Negara kita? siapa yang bisa menjamin bahawa
tidak akan tiba tentera zionis mengancam rumah kita??
Dengan itu timbul keinginan untuk mengajak semua sahabat
menyatakan tentangan terhadap keganasan ini. Bersama-sama kita nyatakan
pendirian kita sebagai penduduk dunia. Dunia ini bukan hanya milik mereka. Dunia
bukan hanya milik penguasa yang GILA.ini milik kita dan diwarisi oleh anak-anak
kita. isu yang berlaku di sana bukan hanya isu umat islam, tetapi ianya isu
semua. Kita harus peka dan bersama-sama dengan mereka. Biarlah kalau penguasa
kita malu unuk bersuara. Mungkin menjaga periuk nasi mereka. Tapi janganlah
kita yang tidak mahu bersuara.
SAYA MENGUTUK DAN MENENTANG SERANGAN YANG DI. SAYA JUGA
MENYERU KERAJAAN MELAYSIA MENYATAKAN PENDIRIAN YANG JELAS DAN TEGAS DALAM
PENYEMBELIHAN YANGS SEDANG BERLAKU DI PALESTIN DAN SYIRIA.
*boleh ikuti keadaan yang berlaku di palestin melalu laman
ini…
=https://www.facebook.com/pages/Mini-Pavilion-From-Palestine-With-LoveMAP/203794872989424
0 ulasan:
Catat Ulasan