Dengan menyebut nama Tuhan, pemilik segala kerajaan..
Segala puji bagi Tuhan, Penguasa segala alam…
Selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi akhir zaman yang padanya terdapat teladan yang mulia…
Assallammualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat yang dimuliakan. Semoga senentiasa berada dalam keadaan yang baik yang mana itu sentiasa diharapkan. Kerana itu merupakan kebahagian saya jua kiranya. Kerana apa, kata-kata orang lama bahagiamu bahagiaku jua.
Bergetar hati saat mendengar berita bahawa pencerobohan berlaku di negeri tumpah darahku. SABAH DIBAWAH BAYU. Timbul perasaan risau dan curiga. Saat itu, berita dari pimpinan Negara, semuanya dalam keadaan terkawal. Tenang seketika hati. Mungkin kerana jarak yang jauh dari kampong halaman.
Terbakar hati saat terdengar kejadian yang cuba dielakkan akhirnya berlaku. 2 orang parajurit tewas. Tambah memeritkan, hari ini, 2 pula kawasan mula terlibat dalam konflik yang cukup kabur, tidak ada satupun maklumat yang mampu dipercayai.
Menyirap darah muda anak sabah ini dengan beberapa persoalan, MENGAPA PERKARA INI BERLAKU? Kemana pasukan pertahanan kita?? mengapa dibiarkan perkara ini berlarutan? Yang lebih teruk lagi, mengapa harus terus merebak ke kawasan yang memang sudah dijangka berisiko?? Pelbagai lagi persoalan yang membakar lagi hati anak muda ini…
Akhirnya tidak tertahan hati ini, Panas membara hati bila melihat telatah pemimpin yang melihat isu sabah ibarat isu GORENG PISANG bagi meraih publisiti politik. Lebih memeritkan lagi bila melihat pimpinan politik yang masih mempunyai masa untuk mengutuk orang lain sedangkan orang awam sabah dalam bahaya. Nyawa pasukan keselamatan dalam bahaya. Geram melihat rakyat masih ibarat buta dari melihat besarnya isu ini.
Kecewa yang teramat sangat dengan kerajaan yang ada sekarang.. Ini bukan soal isu negara luar seperti syiria yang kita abaikan. Atau isu selatan thailand yang bukannya membabitkan kita. Ini isu negara!!!
SAYA KUTUK RAKYAT YANG MASIH MAMPU BERPESTA, PIMPINAN POLITIK YANG MASIH MAMPU MENGUTUK DAN MEMFITNAH, MAHASISWA YANG MASIH MEMPUNYAI MASA UNTUK BERSUKA RIA, SEDANGKAN NEGARANYA BERADA DALAM BAHAYA.
0 ulasan:
Catat Ulasan