Saya Perindu Setia....
Jangan,
Jangan sayang aku,
Jika hanya kerana kalam bicaraku,
Kerana suatu hari nanti,
Mulut ini tidak akan mampu
Lagi berbicara…
Jangan,
Jangan sayang aku,
Jika hanya kerana lirikan mataku,
Kerana aku tidak biasa menjanjikan,
Mata ini kan sentiasa melihatmu…
Jangan,
Jangan sayang aku,
Jika hanya kerana gerak laku tubuh
Yang membuatmu berasa senang,
Kerana kau juga tahu,
Satu hari nanti,
Tubuh ini kan kaku.
Jangan,
Jangan sayang aku,
Jika hanya kerana kebaikan
Luaran yang mampu kau nilaikan,
Kerana terlalu banyak kejahatan
Yang aku sembunyikan…
Jangan,
Jangan sayang aku
Jika hanya kerana aku
Mampu membuatmu tertawa,
Kerana pasti satu hari nanti,
Aku kan membuatmu
Menangis…
Sayang,
Di mana letaknya,
Sayangmu,
Kerana apa sayang,
Mau apa sayang,
Kemana sayang,
Bagaimana sayang,
Jawapannya ada padamu.
Namun,
Amanahku,
Biarlah sayangmu kerana pencipta,
Kerana itu kan membuatmu
Mampu menerima
Baik dan burukku…
0 ulasan:
Catat Ulasan