Dengan menyebut nama
Tuhan yang maha Perkasa…
Segala Puji bagi Tuhan
yang padanya segala keputusan…
Selawat dan salam buat
Rasul junjungan, yang kerana pengorbanannyalah yang bisa mempersaudarakan kita…
Salam sayang sayang
buat semua… didoakan semuanya sihat dan sejahtera dan senentiasa dalam keadaan
yang aman. Ya, keamanan begitu bermakna bagi kita. Lebih-lebih lagi bagi sebuah Negara yang dihuni pelbagai kaum.
Tanpa keamanan, yang ada hanyalah derita dan kesengsaraan. Sudah semestinya
kita tidak mahu berada dalam kederitaan, namun nyatanya kita sentiasa menjemput
derita tersebut…
(Sampai bila kau mampu bertahan..)
Semakin lama, kita
semakin bergerak ke hadapan. Harus kita akur, di hadapan kita sudah ada
ketetapan-ketetapan yang dikatakan takdir yang harus kita depani. Antara takdir
besar yang harus diyakini, saat berakhirnya dunia yang kita duduki sekarang. Semakin
banyak petunjuk-petunjuk yang menyatakan bahawasanya saat itu semakin hampir. Bersedia
atau tidak, terserah pada kita. Sudah dinyatakan bagaimana bentuk persediaan
yang perlu. Sudah dinyatakan tanda yang akan muncul. Sudah dinyatakan apa yang
akan berlaku.
Malaysia, umumnya
kepulauan melayu. Tanah yang diberkati. Kerana ia juga tanah tuhan. Jadi tidak
salah rasanya menyatakan tanah ini tanah yang diberkati. Tanah ini terkandung
pelbagai misteri. Sudah terlalu banyak teori yang muncul di tanah ini. Tanah yang
nampaknya kebelakangan ini sudah menjadi perhatian anasir-anasir jahat yang
berhajatkan dunia. Sekian lama bumi ini terjaga dan terlindung, nampaknya
tujahan dari luar semakin deras. Dibantu pula kebajetan akhlak penghuni tanah
ini. Tertanya-tanya, sampai kapan tanah ini mampu bertahan….
0 ulasan:
Catat Ulasan