Belajar makna…
Dengan menyebut nama Tuhan Yang
Pemurah…
Segala Puji buat Tuhan yang
padanya terdapat segala Pujian yang selayakNya…
Selawat Dan salam Buat insan
Pilihan, Kekasih seluruh alam…
Didoakan semua sahabat dalam
keadaan sihat dan sejahtera. Sesunguhnya itulah harapan tertinggi yang mampu di
panjangkan buat semua. Walau mungkin ada yang dilanda kesempitan dan juga
kesusahan. Apa lagi mungkin ada yang kala ini dilanda dengan musibah yang
menghimpit segenap tubuh ke lubuk yang paling dalam. Doa saya, supaya sentiasa
kiata terus tabah dan juga terus maju. Kerana itu kan tanda kasih dari tuhan.
Semalam (13/3/2016) ditampar
seketika dengan peringatan yang cukup ringkas dari insan pilihan. Satu pertanyaan
yang ternyata menarik kembali diri yang jauh terapung-apung di dunia khayalan
kembali ke dunia reality. Kembali kepada apa yang dicari, apa yang diimpi, apa
yang dikaji dan dijejaki.
AJARKAN SAYA BAGAIMANA MENCINTA…
Soalan yang ringkas, namun dari
soalan ini saya tersedar. Ini bukan saya. Ini orang lain. Bukan saya. Teringat kembali
janji semalam.
Banyak masa yang diluang mengajar
insan lain bagaimana mengatur cinta, bagaimana mencari cinta, malahan cuba
mengatur kembali rasa cinta yang tidak pernah ada. Sedangkan dalam diri sendiri
tidak ada rasa cinta yang utama. Lalu bagaimana??
Cinta, yang satu masa pernah
diagungkan kini semakin pudar. hilang diterbangkan angin. Ayat-ayat cinta yang
satu masa sering diungkap, hilang.
Kadang, diri sendiri keliru di
mana silap langkah kaki ini. Di mana silap bibir ini. Di mana silap tangan ini
hingga setiap langkah, ungkapan malah tindakan sepertinya tidak kena. Malah sering
kali membawa kepada satu titik buntu yang akhirnya akan mematikan setiap
langkah.
Tidak ada lagi gerak tari jemari.
Tidak ada lagi paluan gendang mengiring tari. Mati. Kaku dan buntu. Tidak ada
lagi sayu gemalai tiup seruling punai dan tiung. Hilang.
Jadi, bagaimana mahu ku ajar
bagaimana cara ntuk mencinta. Malah bagaimana aku sendiri mahu membalas cinta. Apa
lagi, bagaimana mana akum ahu bercinta. Kerana aku sendiri kosong. Hilang dalam
laut gelombang semalam…
Hilang…
0 ulasan:
Catat Ulasan