Assalammualaikum...
Pertama dan selamanya kita panjatkan syukur pada tuhan sekelian alam. Selawat dan salam pada junjungan besar baginda rasul yang banyak berkorban dalam menyampaikan kesucian hakiki pada umat manusia.
Kehadiran tahun baru sudah menjangkaui 13 hari. Dalam waktu sesingkat ini, dapat dilihat bagaimana suasana politik di bumi UPSI mengalami perubahan yang drastik. Pelbagai persoalan timbul tentang perubahan ini. Antaranya, mengapa ini berlaku? Apakah mungkin ada tangan-tangan ghaib yang mencorakkan perubahan ini?
Kehadiran semester kali ini telah membawa bersama suasana politik yang cukup berbeza dengan beberapa tahun kebelakangan ini. Kemunculan beberapa kumpulan baru dengan nada ingin membawa “perjuangan mahasiswa” ternyata memanaskan lagi politik UPSI.
Antara kumpulan baru yang agak menonjol ialah Legasi Mahasiswa Prograsif. Secara tidak langsung, kumpulan ini telah berjaya memanaskan kerusi Pimpinan Bitara yang sedang “memerintah”. Dan juga membuatkan Mahasiswa Pendidik tidak senang duduk dengan kehadirannya.
Persoalan utama dalam perkara ini, mengapa kumpulan ini wujud dengan nada yang agak sama dengan Mahasiswa Pendidik? “Perjuangan Mahasiswa” lagu yang sama seperti yang sering didendangkan oleh MP dalam Pilihan Raya Kmpus yang lepas.
Apakah kewujudan MP tidak lagi reliven? Atau MP tidak berjaya membawa suara Mahasiswa sehinggakan wujud kelompok baru yang melagukan lagu yang sama dengan MP????
Pelikkan.... tapi ini lah yang berlaku....
0 ulasan:
Catat Ulasan