BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 13 Januari 2011

Semangat Kebangsaan (NASIONALISME)

Perjuangan menegakkan Islam ialah perjuangan membina iman. Iman dengan kufur tidak boleh barsatu. Iman dengan kufur tidak sehaluan. Iman jalannya ke akhirat dan syurga manakala kufur pula jalannya setakat pintu kubur sahaja dan di akhirat habuannya ialah neraka.

Perjuangan Rasulullah ialah perjuangan cinta iman dan Islam. Bukan perjuangan dicampur-aduk dengan semangat bangsa yang mana semangat bangsa adalah semangat daripada bara api kekufuran. Kalaulah orang Arab itu berjuang kerana bangsanya maka Islam tidak akan sampai kepada bangsa lain. Tetapi yang paling mulia dalam agama bukan Yahudi dan Arya tetapi yang paling mulia ialah orang yang bertaqwa. Sifat taqwa itu boleh dimiliki oleh bangsa apa sekalipun.

Tidak ada bangsa yang lebih baik dari bangsa lain kecuali bangsa yang lebih bertaqwa. Melayu yang bertaqwa lebih baik dari Cina yang tidak bertaqwa seperti juga Cina yang bertaqwa pasti lebih mulia dari Melayu yang tidak bertaqwa. Oleh itu janganlah kita sensitif atau melenting bila soal kebangsaan disinggung tetapi pejam mata bila Islam dan cara hidupnya diperkecil-kecilkan.

Jaguh pejuang bangsa adalah kerdil dibandingkan dengan pejuang Islam. Sebab itu jaguh bangsa  adakalanya dilupakan tetapi pejuang Islam sentiasa harum namanya dari zaman ke zaman. Kita merasa hairan dengan sebilangan kecil ulama di merata dunia Islam yang telah mengarang banyak kitab-kitab agama (samada kitab tauhid, fekah mahupun tasauf) tetapi melenting dan marah-marah bila adat atau sikap kebangsaannya yang bertentangan Islam ditegur. Merasa megahlah dengan Islam bukan dengan bangsa sepertimana kata Umar ibnul Khattab:
 “Mulia Umar kerana Islam bukan kerana Arab.”
Berkata Jaafar bin Abi Talib sewaktu mengadap Najasyi:

"Dahulu kami bangsa Arab adalah bangsa padang pasir yang ganas dan berperang sesama sendiiri. Kami menanam anak-anak perempuan kami, memakan bangkai dan meminum arak. Tetapi datang Nabi Muhammad membawa Islam dan mengubah cara hidup kami kepada persaudaraan dan kasih sayang.”

Jadilah seperti Umar dan Jaafar yang rasa mulia dengan Islam walaupun terpaksa mencaci adat buruk bangsanya.


0 ulasan: