BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 8 Jun 2011

HARAPAN SAYA...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…
Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…

Assallammualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat sekalian… apa khabar kalian??? Didoakan semoga senentiasa berada dalam keadaan sihat dan senentiasa bertenaga dan ceria dalam memenuhi tugas dan jadual seharian. Sebenarnya, keletihan dan kelesuan akan berlaku bermula daripada minda, bila minda kita senentiasa memikirkan bahawa kita penat maka penatlah yang kita rasa. Maka, dengan itu saya mengajak sahabat semua supaya mualai saat ini, tanamkan didalam minda, SAYA SIHAT SAYA CERGAS SAYA MACHO heheheheheheh.
Kali ni rasa nak kongsi sikit beberapa kejadian yang berlaku sepanjang beberapa hari yang lepas. Mungkin minggu ini boleh dikatakan sebagai minggu yang “agak” sebok atau bahasa SMSnya BZ bagi kami barisan MPP UPSI.kerana minggu ini berlangsung beberapa perkara penting. Antaranya ialah pertemuan dengan ketua-ketua jabatan yang terdapat di upsi. Sehingga hari ini, kami sudah bertemu dengan:
                -PUSAT SUKAN
                -PTPM
                -PERPUSTAKAAN
                -PUSAT ICT
Setiap pertemuan yang berlangsung memiliki keunikan yang tersendiri. Yang paling menarik, semua  PTJ yang ditemui memiliki hubungan dengan EXCO KEBAJIKANDAN PERKHIDMATAN. Secara langsung atau tidak. Jadi, mahu ataupun tidak, saya terpaksalah menyediakan soalan yang secara langsung berkait dengan kebajikan dan perkhidmatan yang seharusnya dimiliki oleh MAHASISWA.
Masih ada lagi pertemuan yang akan dihadiri. Masih banyakperkara yang perlu disampaikan kepada pihak atasan. Untuk melakukan semua ini, sudah semestinya memerlukan semangat dan keinginan bekerja yang tinggi. “NAMUN, INSYAALLAH DENGAN IRINGAN DOA DARI SAHABAT MAHASISWA YANG LAIN SUDAH TENTU PERTEMUAN YANG AKAN BERLANGSUNG AKAN LEBIH BERMAKNA DAN MAMPU MENCAPAI MATLAMAT. JADI, DOAKAN KAMI”… 

Isnin, 6 Jun 2011

PEMBUAT KESIMPULAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…
Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…

Assallammualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat sekalian… apa khabar kalian??? Diharapkan saudara semua senentiasa berada dalam keadaan yang sihat disamping individu-individu yang seorganisasi dengan anda. Rasanya sudah lama tidak mengepos(ntah betul tidak bahasa) watak-watak yang sering ditemui dalam sesebuah organisasi.  Maka atas kesedaran itu, saya tampilkan watak seterusnya…:
PEMBUAT KESIMPULAN
Sebenarnya watak ni tiada dalam buku, sekadar pengalaman yang ingin dikongsi. Salah satu watak yang amat sukar ditemui dalam sesebuah organisasi yang mantap. Tapi, amat mudah ditemui dalam sesebuah organisasi yang “kurang “ mantap. “pembuat kesimpulan” demikianlah nama yang diberikan oleh salah seorang sahabat yang pernah bekerja bersama-sama dengan saya. Entah kenapa, tapi suatu ketika dahulu insane seperti ini pernah berkerja bersama dengan saya. Maka, secara tidak langsung saya sudah pernah berhadapan dengan insane seperti ini.
Pembuat Kesimpulan= insan  yang hanya mencedok idea dari orang lain kemudian dihurai dengan gaya bahasa yang lain. Kadang kala huraian yang diberikan serupa sahaja dengan idea asal pencadang. Namun atas kapesiti ingin “mendapat perhatian” insan ini berangapan bahawa dia perlu bersuara. Mungkin ini yang dia rasakan, huraian yang “dia” berikan lebih jelas dan tepat, malahan mudah difahami oleh orang ramai. Atas kesedaran itulah dia berangapan bahawa dia perlu untuk mengambil idea tersebut dan menghurai mengikut kefahamannya yang tidak ada beza pun kecuali pengunaan perkataan dan titik dan nokhta(kot la…).
Sebenarnya, insan  seperti ini ada baiknya kepada sesebuah organisasi. Hal ini kerana insan seperti ini akan menarik perhatian ketua terhadap idea yang dilontarkan. Namun, ianya bermasalah apabila idea yang  “dicelok” tidak difahami dan cuba dihurai kemudian membawa pemahaman yang berbeza antara ahli organisasi. Perkara ini yang membimbangkan. Hanya kerana ingin mengambil peranan dalam sesebuah perbincangan akan membawa kepada bencana yang tidak terjangka. Kadang kala akan membawa kepada kebaikan, namun hasil pengalaman yang ditempuhi, lebih banyak bencana yang akan dibawa.
Sedikit pesanan dan nasihat bagi sahabat yang berhadapan dengan insan seperti ini, jangan pernah dihalang insan seperti ini. Insan seperti ini harus dibiarkan bebas untuk bercakap. Hal ini kerana dia sememangnya perlu bercakap. Namun, setelah selesai perbincangan, berilah keterangan yang lebih jelas kepada ketua berkenaan cadangan yang anda cuba sampaikan kerana dikhatiri apa yang anada ingin sampaikan berbeza dengan apa yang cuba disampaikan oleh si “pembuat kesimpulan”.
*gambar sekadar impian... hehehehe

Sabtu, 4 Jun 2011

MUKTAMAR PAS KE-57


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…
Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…

Assallammualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat sekalian… apa khabar kalian??? Diharapkan semua senentiasa sihat dan terus berpegang dengan prinsip perjuangan yang jelas pada hati sanubari semua. Sedarlah semua, perjuangan yang jelas tidak akan mampu dipadam hanya dengan perubahan ayat atau cara pelaksanaan, melaikan ianya akan terus menuju pada dasar perjuangan tersebut.

Alhamdulillah, tertarik dengan komen akhbar arus perdana berkaitan tema muktamar PAS tahun ini “MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN”. Secara tidak langsung tertarik dengan komen beberapa orang sahabat yang sepertinya sedikit “kaget” akan perubahan yang dibawa oleh PAS ini. Sebelum ini, PAS secara jelas membawa  dasar membangunkan Negara islam. Apabila tema muktamar kali ini dilihat sedikit berbeza, maka ramailah yang berasa pelik. Sedangkan sebenarnya tidak ada apa yang berbeza.
Baru selesai mendengar ucapan dasar Presiden PAS berkaitan tema ini. Rasanya tidak ada apa yang berubah. Perjuangan ini masih lagi lurus atas dasar perjuangan PAS, perjuangan yang berteraskan agama islam yang berteraskan Al-quran dan As-sunnah.teringat pesan seorang sahabat, “kaji dulu, dengar dulu, baca dulu.. baru boleh faham…” jadi saya ulang nasihat ini buat sahabat yang lain.
                BACALAH, DENGAR, KAJI.. KALAU TAK FAHAM TANYA… BARU FAHAM….
Tapi, masih lagi tertanya-tanya MENGAPAKAH MUKTAMAR PAS PADA KALI INI MENDAPAT LIPUTAN YANG AMAT BESAR?? Sedangkan sebelum ini sepertinya belum pernah perkara ini berlaku. Apakah mungkin PAS kini menjadi ancaman kepada kerajaan??? Sebagai penuntut PENGAJIAN MALAYSIA, perkara ini sedikit sebanyak menarik saya untuk mengkaji secara lebih serius berkaitan parti ini…


Khamis, 2 Jun 2011

APA YANG PENTING???!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…
Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…

Assallammualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat sekalian… apa khabar kalian???diharapkan semuanya senentiasa sihat dan berbahagia disamping orang2 tersayang dan juga senentiasa ceria dengan tugas yang sedang anda laksanakan. Sesungguhnya berbahagialah insane yang senentiasa ceria dan gumbira menyelesaikan kerja yang dilakukan.

Berbicara mengenai tugas, sering tertanya-tanya. Sebagai individu yang menyandang gelaran “wakil kepada mahasiswa” (MPP), apakah parioriti tugas yang sebenarnya harus dilakukan.?? Memegang portfolio sebagai Exco Kebajikan dan Perkhidmatan. Semestinya perkara pertama yang perlu diutamakan adalah kebajikan mahasiswa. Begitu juga janji yang pernah ditaburkan kepada mahasiswa sewaktu rapat umum suatu ketika dahulu.

Yang payahnya, apabila ada pihak yang tidak mengerti apa sebenarnya fungsi Majlis Perwakilan Pelajar. Bila dah tak faham, tapi buat-buat faham sudah tentu akan mendatangkan masalah. Kalau macam tu, kena mengaji semula, apa peranan MPP(bukan MPP caturan tau). Satu badan yang seharusnya mewakili MAHASISWA. Badan yang menjadi kepala kepada seluruh MAHASISWA. Suatu badan eksklusif yang seharusnya mempunyai autoriti dalam university. Persoalan yang sering diajukan, “MENGAPA MPP DILIHAT TIDAK MEMAINKAN PERANAN??” “MPP HANYA IBARAT PENGAWAS SEKOLAH, YANG MENGIKUT ARAHAN, TIADA BEZA DENGAN PERSATUAN DAN KELAB LAIN DI DALAM UNIVERSITI..”

Menjawab persoalan diatas, menurut pendapat peribadi semua ini berlaku kerana tahap pemikiran yang lemah. Baik dari pelajar ataupun Majlis Perwakilan Pelajar itu sendiri (lebih-lebih lagi yang dicaturkan). Bilamana akal nahasiswa telah menetapkan bahawa MPP adalah badan yang seharusnya melaksanakan PROGRAM, maka secara tidak langsung MPP (lebih-lebih lagi yang dicaturkan) akan menurut akal mahasiswa yang lain. Sedangkan masih banyak isu dan agenda mahasiswa yang seharusnya diperjuangkan oleh barisan MPP. Perkara ini yang menjadi masalah. Tidak mengerti apa yang seharusnya diutamakan. Mengutamakan perkara yang tidak penting dan membelakangkan perkara yang penting.

Untuk itu,sebagai MAHASISWA seharusnya sudah mampu menilai apa sebenarnya peranan yang seharusnya dimainkan oleh MPP. Rasanya sudah terlalu banyak persatuan yang terdapat dalam sesebuah university. Biarkan persatuan dan kelab ini melaksanakan program. Mpp teruskan dengan tugas hakiki, utamakan kebajikan MAHASISWA. Tidak salah merancang program, menjadi salah apabila terlalu taksub dengan program sehinggakan melupakan tugas hakiki sebagai suara MAHASISWA (ni la kerja pimpinan yang dicaturkan). Jadilah MAHASISWA yang mampu untuk berfikir dan melihat dengan ilmu, bukan MAHASISWA yang hanya melihat reality tanpa menyedari perkara sebenar yang berlaku.


Isnin, 23 Mei 2011

MENGAPA BUKAN KITA???

Terkesima dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh "mat salleh" ni. membuatkan otak ini ligat berfikir berkaitan dengan isu ini. sekaligus menarik diri ini untuk memerhatikan isu ini secara serius. memerhatikan isu ini sebagai seorang MAHASISWA MALAYSIA. kalau orang ambil berat, mengapa tidak kita???

Selasa, 17 Mei 2011

AKU RELA

bingkisan hati buat sahabat seperjuangan dalam barisan kepimpinan mahasiswa(tak kira lah sama ada terpilih melalui pakatan belakang tabir). semoga mampu menawar hati yang diguris.

RAGAM PERANGAI MANUSIA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…
Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…
Assallammualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat sekalian… apa khabar kalian??? Diharapkan sentiasa sihat disamping insan yang tersayang. Yang dimaksudkan insan yang tersayang adalah insan yang secara ikhlas menyayangi anda dan anda juga menyayangi mereka. Namun, seharusnya semua individu menjadi insan tersayang dalam hidup kita kerana “tuhan pemilik alam” melarang kita dari membenci individu lain melainkan perangai individu tersebut (walaupun insane tersebut pernah membuat pakatan sulit).
                Bila berbicara mengenai perangai, insan sering tertanya-tanya tentang perangai insan yang sempurna. Macam mana ya??? Begitu persoalan yang sering diajukan. Bimbang dengan perangai manusia. Toleh kiri, toleh kanan. Perangai manusia disekeliling sudah semestinya berbeda. Nak kongsi skit macam mana perangai insan disekeliling hamba… jom kita usha..
Pemimpin
                Sedar dak sedar semua insan adalah pemimpin. Namun ada sesetengah pemimpin yang diangkat menjadi pemimpin dalam kalangan pemimpin(walaupun ada sesetengah melalui pakatan sulit). Dan sesunguhnya diri ini pun digelar sebagai pemimpin kepada mahasiswa. Tidaklah pelik bagi menerima bahawa semua insan adalah pemimpin. Namun menjadi kepelikan apabila ada sesetengah pemimpin yang mengangkat diri menjadi pemimpin namun tidak memimpin dengan adil.
                Ceritanya berlakulah pilihanraya di sebuah kampus. Setelah selesai pilihanraya akan berlakulah pembentukan kabinet, maka terbentuklah sebuah perkumpulan yang melakukan perancangan kabinet dibelakang tabir. Ya, maka kabinet pun terbentuklah seperiti yang dirancang. Maka rakyat pun menerimalah. Namun yang mengecewakan apabila individu yang lebih layak hanya ditempatkan sebagai “naib perdana menteri” sahaja. Sedangkan individu itu lebih layak lihatnya.
                Hanya kisah tau… tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Jika melihat situasi diatas, timbul persoalan… macam ni ke pemimpin??? Erm, persoalan pulak lagi, macam mana pemimpin yang sempurna?? Tidak ada insane yang sempurna. Cukuplah hamba katakan, pemimpin yang sempurna itu adalah pemimpin yang adil dan baik kepada semua anak buahnya.
Pengikut
               
Apabila ada pemimpin maka seharusnya adalah pengikut. Walaupun merujuk kenyataan diatas semua manusia adalah pemimpin, apabila ada manusia yang diangkat sebagai pemimpin (walaupun melalui pakatan sulit) maka haruslah ada pengikut.  Dan pengikut ini sukalah hamba bahagikan kepada dua:
~ pengikut setia~
= pengikut setia ni boleh kita fahami sebagai pengikut yang akan mematuhi semua arahan pemimpinnya(walaupun pemimpin yang dipilih melalui pakatan sulit). Pengikut seperti ini akan sentiasa menurut perintah. Tampa ada halangan ataupun tegahan kepada ketua. Dan pengikut seperti inilah yang akan senentiasa akan mengampu ketua.

~pengikut sejati~
Pengikut seperti ini bukanlah seperti pengikut diatas. Pengikut seperti ini akan selalu digelar sebagai pembangkang. Kenapa?? Soalan ni kena Tanya dengan orang yang suka mengelar mereka sebagai pembangkang(walaupun dipilih melalui pekatan sulit). Selalunya alas an yang diberi,”dah puak ni suka sangat nak membangkang cadangan ketua, kita gelar je pembangkang kan senang”. dan seharusnya pengikut beginilah yang diperlukan.
                Namun begitu tidak dapat ditidakkan, kepentingan kedua-dua jenis pengikut ini.
Keadaan sekeliling mematangkan hamba. Keadaan sekeliling yang menyedarkan hamba bahawa bukan semua pemimpin boleh menjadi pemimpin. Apatah lagi pemimpin yang dipilih melalui pakatan sulit. Erm… doa hamba agar semua pemimpin yang telah diangkat menjadi pemimpin(walaupun melalui pakatan sulit) mampu untuk berlaku adil. Kerana ianya akan mencerminkan peribadi pemimpin tersebut. banyak lagi nak dibicarakan, mungkin dalam post yang akan datang…