BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 2 Mac 2013

SABAH & PEMIMPIN KANGKUNG


Dengan menyebut nama Tuhan, pemilik segala kerajaan..
Segala puji bagi Tuhan, Penguasa segala alam…
Selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi akhir zaman yang padanya terdapat teladan yang mulia…

Assallammualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat yang dimuliakan. Semoga senentiasa berada dalam keadaan yang baik yang mana itu sentiasa diharapkan. Kerana itu merupakan kebahagian saya jua kiranya. Kerana apa, kata-kata orang lama bahagiamu bahagiaku jua.

Bergetar hati saat mendengar berita bahawa pencerobohan berlaku di negeri tumpah darahku. SABAH DIBAWAH BAYU. Timbul perasaan risau dan curiga. Saat itu, berita dari pimpinan Negara, semuanya dalam keadaan terkawal. Tenang seketika hati. Mungkin kerana jarak yang jauh dari kampong halaman.
Terbakar hati saat terdengar kejadian yang cuba dielakkan akhirnya berlaku. 2 orang parajurit tewas. Tambah memeritkan, hari ini, 2 pula kawasan mula terlibat dalam konflik yang cukup kabur, tidak ada satupun maklumat yang mampu dipercayai.
Menyirap darah muda anak sabah ini dengan beberapa persoalan, MENGAPA PERKARA INI BERLAKU? Kemana pasukan pertahanan kita?? mengapa dibiarkan perkara ini berlarutan? Yang lebih teruk lagi, mengapa harus terus merebak ke kawasan yang memang sudah dijangka berisiko?? Pelbagai lagi persoalan yang membakar lagi hati anak muda ini…
Akhirnya tidak tertahan hati ini, Panas membara hati bila melihat telatah pemimpin yang melihat isu sabah ibarat isu GORENG PISANG bagi meraih publisiti politik. Lebih memeritkan lagi bila melihat pimpinan politik yang masih mempunyai masa untuk mengutuk orang lain sedangkan orang awam sabah dalam bahaya. Nyawa pasukan keselamatan dalam bahaya. Geram melihat rakyat masih ibarat buta dari melihat besarnya isu ini.

Mengapa perkara itu berlaku. Tindakan pemimpin yang cukup KURANG TEPAT MERANGKAP BANGANG AMAT MEMANASKAN HATI. Belum pernah rasanya hati ini membara sebegini rupa. Maklumat yang tidak telus. Perayaan di sana sini ibarat menyambut kedatangan PENCEROBOH ke tanah MALAYSIA. Apakah ini berlaku kerana SABAH itu terpisah dari SEMENANJUNG?? APAKAH PEMIMPIN DAN RAKYAT SEMENANJUNG MAHU MEMISAHKAN SABAH DARI semenanjung(bagi yang sambil lewa dengan isu).
Kecewa yang teramat sangat dengan kerajaan yang ada sekarang.. Ini bukan soal isu negara luar seperti syiria yang kita abaikan. Atau isu selatan thailand yang bukannya membabitkan kita. Ini isu negara!!!
SAYA KUTUK RAKYAT YANG MASIH MAMPU BERPESTA, PIMPINAN POLITIK YANG MASIH MAMPU MENGUTUK DAN MEMFITNAH, MAHASISWA YANG MASIH MEMPUNYAI MASA UNTUK BERSUKA RIA, SEDANGKAN NEGARANYA BERADA DALAM BAHAYA.

Rabu, 5 Disember 2012

POLITIK SAMSENG, PILIHAN SIAPA???


Dengan menyebut nama Tuhan yang padanya bernaung semua kerajaan…
Segala puji bagi Tuhan yang memiliki kesemua kekuasaan..
Selawat dan salam buat Rasul junjungan, nabi yang diutuskan bagi member panduan…

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat sahabat semua… yang sedang bercinta atau sedang berduka. Dikala gembira atau hanya berdusta memakai topeng senyuman di muka. Yang sedang meneliti berita semasa, terkedu melihat hebahan media. Yang semakin mendewakan penguasa dengan pelbagai habuan dunia. Yang menjadi rencah utama di dada-dada utama media.

Politik Negara berdarah lagi… kali ini insiden yang berlaku di ceramah salah sebuah parti yang dijalankan di Dataran sharuddin, Batu 8 ½ Gombak.  Ini bukanlah kali pertama. Namun ini yang terbaru selepas UMNO mengadakan Himpunan Agung dan PAS selesai menjalankan MUKTAMAR TAHUNAN. Sebelum ini sudah berlaku pelbagai bentuk gejala yang cukup membimbangkan yang dilakukan oleh samseng-samseng tajaan.
Masih memeningkan kepala lutut saya, mengapa perlu PENYOKONG BN berada DALAM ceramah PR??? Menganggu ceramah yang dianjurkan oleh PR?? Setakat ini, tiada makluman yang menyatakan bahawa ceramah tersebut dijalankan tanpa permit. Maknanya, ceramah tersebut berjalan secara HALAL. Jadi tidak ada satu “lubang” pun yang membolehkan mereka membuat provokasi terhadap ceramah tersebut. Tindakan sebegini hanya dilihat sebagai tindakan terdesak yang sebelah pihak yang mengambbarkan kerisauan yang melampau-lampau takut kehilangan kuasa.
Namun, bukan itu yang merisaukan saya. Bukan itu yang membuatkan hati ini kerap kali dilanda rasa curiga. APAKAH INI GAMBARAN PERJALANAN PRU-13 YANG BAKAL BERLANGSUNG??? Perkara ini berlaku acap kali. Dan tidak ada satu pun usaha yang dilakukan oleh pihak PULIS untuk menangani kejadian sebegini. Ini yang menjadi kerisauan saya. Apakah PRU-13 bakal menjadi medan pertempran yang berbahaya?? Satu puak yang sudah menunjukkan rasa takut kehilangan kuasa?? Satu puak pula kian mara seiring dengan keiginan kebanyakan rakyat Negara?? Pihak PULIS pula ibarat garuda kehilangan saktinya??
INI YANG MERISAUKAN SAYA…

*DOA SAYA, SEMOGA SEMUA INI DIHINDARKAN SEGERA. NEGARA INI KAN KEKAL KEAMANANNYA. KALAUPUN BERTUKAR SANG PENGUASA, BERLAKU DALAM KEADAAN YANG AMAN HENDAKNYA. SESUAI DENGAN KEHENDAK JELATA SELURUH NEGARA. SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DALAM LINDUNGAN TUHAN YANG ESA…

Rabu, 28 November 2012

WANITA, MANA PILIHAN SAYA???


Dengan menyebut nama Tuhan yang Maha tahu akan sesuatu…
Segala puji bagi Tuhan yang sentiasa membuat pengaturan akan semesta alam…
Selawat dan salam buat pesuruh tuhan, nabi akhir zaman…

Assallammualaikum dan salam sejahtera buat semua teman.. yang kini mungkin berada di kampong halaman. Ataupun sedang melepak di pecan. Atau mungkin juga sedang berekreasi di taman atau padang. Atau yang sedang berlatih bermain pedang. Atau pun yang sedang menikmati nasi padang. Yang sedang bersendiri di dalam hutan. Ataupun yang kini masih tercari-cari jalan pulang. Pulanglah ke pangkuan tuhan, Yang padaNya ada 1001 kasih saying. Dan begitulah aturan Tuhan…

Semalam sempat meneliti sedikit perbahasan, dan ucaptama dalam dua perhimpunan besar Umat melayu (perhimpunan agung umno dan muktamar PAS). Namun, nampaknya ucapan presiden hanya akan diperoleh selewatnya mala mini. Jadi, yang ada hanya dari sayap parti ni. Jadi, dalam post ni saya lampirkan sedikit petikan ucapan yang hangat dibicarakan dalam media dan fb.
Mungkin kelihatannya berat sebelah atau sebagainya. Namun, rasanya dari petikan ucapan ini kita akan mampu menilai apa sebenarnya IDEALISME sesebuah pergerakan. Mana yang bersifat perkauman, dan mana yang benar-benar memperjuangkan hak rakyat.
(begitulah aturannya...)


TEKS PERBAHASAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Menelusuri sebab asas setiap dari kita bersama dengan perjuangan PAS berdasarkan kepada sejarah dan latarbelakang, kita menyedari asas(dasar) perjuangan kita adalah ISLAMseperti yang termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan PAS.Parti politik yang memperjuangkan kepimpinan ulamak. Ulamak yang menyayangi, mengajak dan meraikan Umarak dan rakyat terbanyak. Ulamak yang melaksanakan kebajikan dengan kasih saying, kesantunan dan kerahmatan.
Percubaan dan eksperimen negeri Pakatan Rakyat mengurangkan perbelanjaan dengan bajet berhemat Berjaya melunaskan hutang pada kerajaan dan menarik pelaburan.Sungguh benar Pakatan Rakyat adalah sebenar Pakatan Rahmat di mata Islam bila DAP bangun bidas MCA, membela Islam kerana DAP kini lebih faham. Begitu juga dengan keADILan.
Akhirnya, dengarkanlah ini pesanan dan ingatan untuk kita semua. Moga jujur dijadikan ramuan agar kita juga selayaknya mendapat pandangan rahmat dan keampunan Tuhan ; 10 pesanan daripada Profesor Dr Yusof Al Qardhawi agar kita melakukan 10 anjakan pemikiran dan tindakan :

1.    Daripada bentuk symbol kepada hakikat da nisi ;
2.    Daripada retorik perdebatan kepada pemberian dan tindakan ;
3.    Daripada sentimental dan emosional kepada rasional dan ilmiah ;
4.    Daripada orientasi cabang dan remeh kepada pokok dan usul ;
5.    Daripada menyulitkan dan ancaman kepada kemudahan dan gembira ;
6.    Daripada jumud dan taqlid kepada Ijtihad dan tajdid ;
7.    Daripada ta’assub dan tertutup kepada tasaamuh dan terbuka ;
8.    Daripada ekstrim yang melampau kepada pertengahan dan wasatiyyah
9.    Daripada ganas dank eras kepada simpati dan rahmah ; dan
10.  Daripada perbezaan yang memecahbelah kepada kemesraan dan menyatukan.
*sumber: http://www.muslimat.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=373:teks-perbahasan-dmpp
UCAPAN KETUA WANITA UMNO
Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil menegaskan Umno berdepan dengan cabaran getir untuk menjaga kuasa Melayu yang dianggapnya “bagai telur dihujung tanduk” selepas pilihan raya umum 2008.
Tegas bekas menteri kabinet itu, jika parti itu tidak bertindak mulai sekarang, kuasa Melayu “akan semakin terpinggir”kemudiannya.
“Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian dibumi sendiri.
Berucap dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini yang bertemakan “Anjakan Untuk Melonjakkan Kemenangan”, Shahrizat berkata jika Umno lemah, maka percayalah risikonya akan dirasai oleh semua kaum.
“Jika Melayu bersatu, dan kuat dan mejadi tulang belakang kerajaan yang dipilih, apatah lagi jika majoriti dua pertiga kerusi Parlimen, maka insya-Allah semua kaum, semua lapisan masyarakat akan dapat meraih kestabilan politik negara,” katanya. [Sumber : BERNAMA]
*tidak saya sertakan huraian, kerana ingin semua menilai. Bimbang dikatakan huraian saya mempengaruhi penilaian…

PERHIMPUNAN MEREKA... ADA APA???


Dengan menyebut nama Tuhan yang Maha Besar…
Segala puji bagi Tuhan yang MilikNya segala pujian…
Selawat dan salam buat junjungan mulia, Pesuruh Tuhan Akhir zaman…
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat sahabat semua. Moga semua dalam keadaan bahagia. Dalam menanti sesuatu yang sedang dinanti. Semoga kita semua bakal beremu apa yang kita nantikan. Yakinlah bahawa penantian itu merupakan milik semua. Sama ada kita dapat bertemu atau tidak, terserah pada sang pemilik buana. Yang padanya ada ketetapan. Yang telah lama ditetapkan. Dan semestinya kita sebagai penanti, haruslah senentiasa berlapang dada menerima apa yang bakal diberikan oleh sang pemilik buana.
Dan…. Begitulah berakhirnya perlawanan Malaysia menentang Laos dalam Perlawanan hari ini. Perlawanan yang menarik. Sempat la jugak tengok bola. Tapi, bukanlah isu bola yang ingin diceritakan. Walaupun bola ataupun piala AFF menjadi bualan hangat rakan-rakan di FB. Begitu juga dengan perhimpunan agung UMNO yang menjadi bahan rencah utama dalam BULITIN UTAMA dan BERITA JAM 8. Pelik?? Jangan.. kerana itulah Negara kita… perhimpunan agung UMNO lebih pentting berbanding persidangan DEWAN RAKYAT. Kalaupun ada yang dikongsikan dari dewan rakyat, hanyalah cebisan kosong yang tidak bermakna. Bukannya maklumat yang seharusnya dicerna oleh rakyat.
(Risau akan masa depan anak-anak kita)
Bercerita tentang erhimpunan agung UMNO. Baru tersedar, perhimpunan ini diadakan sejurus saja PAS selesai menjalankan muktamar di Kelantan. Berbeza dengan UMNO yangs erring mengadakan PERHIMPUNAN di PWTC. Muktamar PAS diadakan di pelbagai tempat. Jujurnya, perbandingan awal antar du perhimpunan ahli ini menunjukkan banyak perbezaan. Yang paling ketara ialah, isi dalam perjumpaaan yang dilakukan. 2 parti yang mewakili umat melayu ini nyatanya cukup berbeza. Satu memperjuangkan KETUANAN MELAYU. Manakala satu lagi menekankan perjuangan berlandaskan agama.
Mesti ramai yang akan memeprsoalkan, sejauh mana kebenaran apa yang dikatakan di atas. Perkara ini sebenarnya boleh dinilai dari keytanaan perwailan dalam perbahasan yang berlangsung dalam perhimpunan. Perbahasan ini yang mengambarkan ideology sebenar sesebuah parti. Mungkin ramai yang tidak akan bersetuju andai kita ingin membuat perbandingan berdasarkan PAKAIAN semata-mata. Jadi, kita akan mengorek kenyataan perwakilan antara dua parti. Insyaallah, kita akan ambik kenyataan penuh perwakilan.
Tapi, bukanlah dalam post kali ni… mungkin lain kali… hehehehehehe…
*mohon doa semua. Semoga dimudahkan urusan saya seharian…

Jumaat, 16 November 2012

Di Mana Kita Saat Ia Bermula???


Dengan Menyebut Nama Tuhan Yang Maha Pemurah…
Segala Puji Bagi Tuhan Sekalian Alam…
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Mulia, Nabi Akhir Zaman…

Salam sejahtera keatas semua sahabat yang sudah lama kita tidak bersua. Diharapkan anda semua senentiasa dalam keadaan gembira di samping keluarga atau pun sanak saudara. Kerana gumbira itu merupakan satu nikmat yang sukar dikecapi. Walaupun ada kalanya kita selalu tersalah tafsir makna sebenar nikmat gumbira. Ada pujangga pernah berkata, “nikmat gumbira itu tidak hanya kala kita tersenyum, tapi juga boleh dirasa tika mana tangisan menghiasi mata”.
Sedar ataupun tidak, dunia kita dihiasi lagi dengan warna merah. Tindakan ketenteraan yang dilakukan di Palestin oleh rejim zalim zionis sekali lagi menarik perhatian dunia. Keadaan yang sememangnya sudah dijangka. Kerana perkara ini semestinya akan berlaku, cumanya kita tidak pasti bila. Dan akhirnya masanya telah tiba. Bumi palestin kini dihiasi dengan warna merah. Merah yang kini membangkitkan semangat perwira di sana. Untuk menentang kembali apa yang dilakukan oleh pihak Rejim.
Tidaklah terniat untuk membincangkan tindakan ataupun tentangan yang sedang berlaku di sana. Cuma ingin mengajak semua supaya sama-sama kita menilai sejauh mana kita prihatin terhadap isu yang berlaku di sana. Sempat juga menjalankan beberapa tinjawan dalam kalangan rakan-rakan di laman muka buku. Malangnya ramai yang tidak sedarpun apa yang sedang berlaku di sana. Apa mungkin isu ini sekadar menjadi perhiasan laman-laman dunia di akhbar tempatan? Atau hanya menjadi penyedap cerita segmen dunia berita jam 8??? Isu ini bukanlah isu kecil. Isu ini melibatkan keamanan dunia. Siapa yang bias menjamin perkara ini tidak akan sampai ke Negara kita? siapa yang bisa menjamin bahawa tidak akan tiba tentera zionis mengancam rumah kita??
Dengan itu timbul keinginan untuk mengajak semua sahabat menyatakan tentangan terhadap keganasan ini. Bersama-sama kita nyatakan pendirian kita sebagai penduduk dunia. Dunia ini bukan hanya milik mereka. Dunia bukan hanya milik penguasa yang GILA.ini milik kita dan diwarisi oleh anak-anak kita. isu yang berlaku di sana bukan hanya isu umat islam, tetapi ianya isu semua. Kita harus peka dan bersama-sama dengan mereka. Biarlah kalau penguasa kita malu unuk bersuara. Mungkin menjaga periuk nasi mereka. Tapi janganlah kita yang tidak mahu bersuara.
SAYA MENGUTUK DAN MENENTANG SERANGAN YANG DI. SAYA JUGA MENYERU KERAJAAN MELAYSIA MENYATAKAN PENDIRIAN YANG JELAS DAN TEGAS DALAM PENYEMBELIHAN YANGS SEDANG BERLAKU DI PALESTIN DAN SYIRIA.
*boleh ikuti keadaan yang berlaku di palestin melalu laman ini…
=https://www.facebook.com/pages/Mini-Pavilion-From-Palestine-With-LoveMAP/203794872989424

Isnin, 8 Oktober 2012

Yang Ke-2


Dengan menyebut nama Tuhan Yang Maha Pemurah…
Segala puji bagi Tuhan sekalian alam…
Selawat dan salam buat rasul junjungan , Nabi akhir zaman…

Salam kesejahteraan buat sahabat semua. Didoakan semua berada dalam keadaan sihat dan bahagia berserta sebyuman. Senyumlah. Kerana senyum itu pengubat duka. Senyum juga membuatmu bahagia. Walaupun hatimu terluka, tetaplah tersenyum. Kerana orang disekeliling memerlikan senyumanmu. Tanpa senyuman mungkin hidup tidak kan bermakna.
Hurm… nampaknya cukup banyak hutang yang masih belum dijelaskan. Antaranya, mengapa saya katakan system Pilihanraya Kampus tidak mempu memberikan kesan yang mendalam kepada mahasiswa dan mahasiswa seperti yang dihajatkan. Maaf kepada semua kerana tidak berkesempatan untuk menulis berkaitan perkara tersebut. Alhamdulillah diberikan peluang hari ini, setelah 2 minggu PRK berlangsung.
Ok, mengapa saya katakan tidak. Mungkin ramai yang tidak bersetuju, atau kurang atau bersetuju, atau setuju, atau agak setuju atau sebagainya. Tapi, inilah pendapat saya.
Antara tujuannya ialah bagi memberikan pendedahan politik kepada Mahasiswa sebelum berhadapan dengan dunia sebenar. Perkara ini tercapai dengan jayanya. Contohnya, penyelewengan yang berlaku di luar juga berlaku dalam pilihanraya kampus. Pengundian yang tidak telus seperti yang berlaku di UIA. Penafian hak untuk bertanding seperti yang berlaku di UPSI. Hak berkempen yang dinafikan dan sebagainya. Namun, perkara ini hanya dirasai oleh sebilangan Mahasiswa yang melibatkan diri dalam proses PRK. Makanya, motif atau matlamat PRK itu juga tidak dapat dicapai.
Sepatutnya, PRK menjadi medan kepada pihak pentadbiran untuk memupuk budaya politik yang baik dalam diri Mahasiswa. Namun, sikap pihak pentadbiran yang berat sebelah memberikan teladan yang buruk kepada mahasiswa. Mahu ataupun tidak, suka atau tidak, setuju atau tidak. Kita harus mengakui kewujudan dua entity besar dalam politik KAMPUS. PRO-M dan ASPIRASI. Tindakan pihak pentadbiran yang sering berpihak kepada ASPIRASI menunjukkan betapa ketidakadilan tetap berlaku dan terus berlaku dalam politik KAMPUS. Mungkinkah ini bentuk politik yang ingin diterapkan oleh pihak pentadbiran kepada Mahasiswa.????
Di kapus, POLITIK hanya boleh dibincangkan semasa PRK. Inilah sentiment yang cuba didoktrinkan dalam pemikiran Mahasiswa. Sesiapa yang masih lagi bercerita tentang politik selepas PRK akan dilebel sebagai PEMBANGKANG. Dilebel sebagai agen PEMBANGKANG. Mana mungkin politik hanya dihadkan dalam PRK. Sedangkan ada cendekia yang memberikan tafsiran tentang politik sebagai sebuah KEHIDUPAN. Satu benda yang berterusan. Sesiapa yang meninggalkan politik, sama seperti meninggalkan kehidupan. Tapi, perkara inilah yang diharapkan oleh ORANG ATASAN. Supaya mahasiswa memandang buruk tentang politik.untuk itu, politik kotor sudah didedahkan sejak PRK lagi.
Sedikit pandangan yang dapat saya kongsikan. Masih banyak sebab dan punca mengapa saya memandang PRK sebagai satu kegagalan. Namun, cukup dulu rasanya. Andai ada masa yang lain akan saya ceritakan betapa PRK dijadikan sebagai bahan untuk mendungukan dan melembukan MAHASISWA. 

Isnin, 24 September 2012

Mahasiswa Robot???


Dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah…
Segala puji Bagi Allah, Tuhan sekalian alam..
Selawat dan salam buat Rasul junjungan, nabi akhir zaman…

Assallammualaikum dan salam sejahtera buat semua taulan. Yakin dan didoakan anda semua sentiasa sihat dalam pergaulan. Mengelakkan perkara yang sia-sia dan membuang masa yang diberikan tuhan. Bersama-sama menuju kejayaan yang telah anda sendiri tentukan. Kerana makna kejayaan bagi setiap insane senentiasa terdapat perbezaan…
Hurm.. Pilihan Raya Kampus ataupun PRK… apa benda ni??? Makanan atau sebuah bangunan?? Kadang-kadang, bila kita tanya dengan mahasiswa di kampus ramai yang akan geleng kepala. (maknanya tak tahu la…). Ramai yang kata.. tak penting pun PRK.. same je pun… timbul pulak persoalan, apa sebenarnya tujuan PRK ni???
Hah… ni dia tujuannya….
Memilih perwakilan yang bakal menduduki kerusi Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). MPP pulok, ape bende?? Tujuan??
Fungsi dan Peranan MPP/MPM yang digariskan di dalam Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 Bahagian VI Peruntukan Am, Perkara 48


(10) Tujuan dan fungsi MPP ialah untuk:
(a) memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar Universiti;
(b) tertakluk kepada arahan Naib Canselor, menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan pembekalan makanan dan minuman;
(c) membuat rayuan kepada Naib Canselor mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan hidup dan kerja pelajar Universiti;
(d) diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut sesuatu Kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Universiti; dan
(e) menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Tu dia tujuan MPP. Hah… nak cakap tak penting lagi? Nak mengimbau pengalaman skit sepanjang bergelar MPP. Dengan jawatan Exco Kebajikan Dan Perkhidmatan, selalunya saya dan Aman Yasser merupakan insane pertama yang akan dijejaki andai berlaku masalah kebajikan ataupun perkhidmatan di kampus. Yang mengadu, semua jenis mahasiswa. Tapi, Alhamdulillah diberi kekuatan. Walaupun bukan semuanya aduan yang diberikan dapat penyelesaian terbaik. Tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik. Berpegang pada prinsip, MPP untuk semua.
Bahang PRK cukup hangat membara di UPSI tercinta. Dengan dakwaan penyelewengan. Dengan jentera yang dikepalai oleh ketua pemuda parti tertentu. Dengan percaturan yang menindas mahasiswa. Dengan kempen yang cukup bersemangat. Tapi, termenaung saya berfikir. Ada atai tidak hasil semua tu?? Berjaya atau tidak PRK mencapai objektif?? Memberikan pendedahan kepada mahasiswa tentang system Pilihanraya? Jawapannya, semestinya tidak….
Mengapa tidak?? Hehehehehe… kita nantikan pratusan pengundi yang turun esok di UPSI. Insyaallah saya akan post pulak analisis berkaitan jawapan TIDAK yang saya berikan.
Namun, tetap saya mengingatkan kepada semua taulan di bumi UPSI. Keluarlah mengundi. Pilihan di tangan anda. Anda berhak menentukan pemimpin anda. Jangan biarkan tangan-tangan Ghaib terus megatur hidup anda. Jangan biarkan diri anda terus dijadikan sebagai mahasiswa robot. Kampus tempat percambahan pemikiran. Keluarlah mengundi…

SAYA PERINDU SETIA…