BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 6 Februari 2012

INNER PEACE


Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah LAGI MAHA PENYAYANG..
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam…
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Mulia Penghulu Segala Anbia Pembawa Rahmat Sekalian Alam…

Asallammualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian…
Apa khabar sahabat sekalian? Didoakan kalian semua Senentiasa dalam keadaan tenang. Ketenangan akan membawa kebahagian. Ketenangan akan membawa kedamaian. Ketenangan akan membawa kepada seribu satu kebaikan. Yakinlah, kerana ketenangan itu satu rahmat dari tuhan sekalian alam.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa mesti ketanangan. Sebebnarnya, saya baru kembali dari Kem Kepimpinan Mahasiswa siri Pertama UPSI. Satu pengalaman baru. Walaupun matlamat program kali ini tetap sama seperti kem-kem yag lain, kaedah pelaksanaannya cukup berbeza. Dasarnya, kem ini diadakan bagi menyediakan bakal calon MPP UPSI bagi sidAang akan datang.
Dalam kem inilah saya ketengahkan satu senjata yang selalu saya gunakan dalam menghadapi beberapa situasi. “KETENANGAN DALAMAN”. Diinspirasikan oleh kartun kungfu panda 2, perkataan ini cukup memberikan kesan pada saya dalam menghadapi apa jua situasi. Walaupun belum Berjaya menguasainya degan penuh, namun ia selalu memberi beberapa kesan positif pada diri.
(walaupun kartun, tetap ada yang positif)
Mengapa ketenanga dalaman? Kerana ketenangan dalaman akan memberI pelbagai kelebihan kepada individu. Tiada guna insan yang tampak tenang pada luarannya tapi berkecamuk dalamannya. Dan yakinlah insan yang tenang dalammannya akan membawa ketenangan kepada insan sekelilingnya. Ketenangan antara perkara penting dalam diri. Yakinlah, apabila kita tenang secara batin dan zahir, kita akan mampu mengawal apa jua situasi yang akan datang.
Tapi bagaimana nak mencapai ketenangan tersebut?? Setiap individu berbeza cara untuk memperolehi sumber ketenangan. Ada yang memperolehinya melalui pengalam yang mengembirakan, ada yang memperolehinya dari alam, dan pelbagai cara. Namun, satu kaedah yang terbaik, carilah ketenangan pada agama, Insyaallah ianya akan membawa kepada hasil yang baik.
Untuk itu, saya ulangi semula kata-kata saya dalam kem tersebut, “pupuklah ketenangan dalaman, insyaallah kita akan dapat  menghadapi apa jua situasi. Bilamana kita memperolehinya, sebarkanlah pada orang sekeliling. Kekalkan ketenangan pada alam ini…”
*memandangkan buku saya tertinggal di sabah, huraian untuk post yang lepas teraksa ditanguhkan. Maaf buat kawan2 yang menantikan post tersebut. Insyaallah akan menyusul dalam minggu ini. Doakan sahabat sekalian.

0 ulasan: