Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah,
Segala Puji Bagi Allah Yang Maha Pengasih,
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Mulia Rasul Akhir Zaman,
Assallammualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat
Apa khabar kalian?? Didoakan semoga senentiasa dalam keadaan
sihat dan senentiasa ceria disamping insan yang tersayang. Dan, semestinya,
seperti pesanan saya dalam post yang lepas, pupuklah ketenangan dalam diri. Bukan
hanya pada luaran, tapi juga pada dalaman. Kerana, ketenangan dalaman anda akan
membawa kepada ketenangan anda dalam mengambil tindakan. Ketenangan anda dalam
mengambil tindakan, akan memberikan ketenangan kepada insan lain yang berada
disekeliling anda. Insyaallah, ketenangan itu akan terus tersebar dan terus
tersebar dan terus tersebar.
Ok, tajuk yang sedikit berat. Walaupun realitinya tidaklah
seberat mana, tapi bagi sebuah negara yang bernama MALAYSIA dan bukan
LANGKASUKA, tajuk ini menjadi beban kepada INDIVIDU yang mencari sesuatu yang
berharga didunia. DEMOKRASI NEGARA DAN MAHASISWA, bagi negara yang bernama seperti
diatas, ini merupakan sesuatu yang tidak dibenarkan. Hal ini kerana, wujud satu
akta yang melarang perkara ini dari berlaku. Bila perkara ini terjadi, telah
wujud dua puak yang tegar dengan pendirian masing-masing. (MAAF, SAYA TIDAK MENGAMBIL PENDAPAT ORANG YANG BERADA DITENGAH2 KERANA
MENGANGAP PENDAPAT BEGITU MENGARUT!!!)
BAGI YANG MENYOKONG AKTA INI, MEREKA SERING MEMBAWA HUJJAH:
”WALAUPUN MAHASISWA DILARANG UNTUK TERLIBAT
DALAM POLITIK, MAHASISWA MASIH LAGI DIBENARKAN UNTUK TERLIBAT DALAM PROSES
DEMOKRASI MELALUI PEMBUANGAN UNDI. JADI APA YANG PERLU DIKECOHKAN. TIDAK ADA
PENINDASAN YANG EBRLAKU. MAHASISWA TETAP TERLIBAT DALAM PROSES DEMOKRASI.
LAGIPULA, TUGAS UTAMA MAHASISWA ADALAH BELAJAR. JADI MEDAN POLITIK BUKANLAH
SATU YANG PERLU KEPADA MAHASISWA.”
YA… sudah pasti, saya antara individu yang menentang akta
ini. Saya selalu menerima hujjah seperti diatas. Selalunya bila saya menerima
hujjah begini saya hanya akan berdiam diri. Bukan kerana takut, bukan kerana
kedekut akan ilmu, tetapi yakin bahawa insan yang menggunakan hujjah ini bagi
menyokong akta ini adalah insan yang sudah menjadi BULLUH yang payah dilentur. Dan,
saya bukanlah insan yang bijak melentur “buluh” yang sudah matang. Jadi perkara
itu saya serahkan kepada yang pakar.
Berkenaan dengan hujjah tersebut, harus disedari, mahasiswa
adalah entiti yang kecil dalam masyarakat. Megapa tidak golongan ini diberikan
peluang dan ruang dalam politik negara. Dalam akta tersebut menyatakan, MAHASISWA
DILARANG meyatakan sokongan atau simpati kepada parti yang bertanding. Cara
pelaksanaannya, apabila tiba pilihanraya mahasiswa dilarang untuk menghadiri
ceramah atau program yang diadakan oleh mana-mana parti yang bertanding. Hal ini
kerana, perkara itu dianggap sebagai memberikan sokongan kepada parti tersebut.
Bayangkkan, bagaimana mereka ingin tahu pendirianatau manifesto parti yang
bertanding andai tidak dibenarkan untuk menghadiri ceramah parti tersebut.? Buktinya,
seperti yang pernah terjadi kepada pelajar UKM.
Seharusnya, bagi menunjukkan semangat demokrasi tulin, akta
seperti ini tidak perlu lagi dipertahankan. Biarkan semua rakyat negara ini
bebas dalam mengambil apa jua peranan dalam menentukan pemerintahan negara.
MENGUNDI hanya secebis dalam proses demokrasi. Jangan jadikan ini sebagai
hujjah bagi mematikan tuntutan MAHASISWA yang ingin terlibat dalam politik. Yakinlah,
bagi menuju kepada sebuah negara maju yang tulin, akta seperti ini harus
dihapuskan. Bebaskan mahasiswa. Biarkan MAHASISWA belajar bukan hanya dengan
buku tetapi turut serta dilapangan. Kerana suatu hari nanti, mereka yang bakal
mengantikan pemimpin yang ada sekarang.
*pandangan peribadi,
andai ada yang tidak berkenan, harap kemukakan.
0 ulasan:
Catat Ulasan