BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 24 September 2012

Mahasiswa Robot???


Dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah…
Segala puji Bagi Allah, Tuhan sekalian alam..
Selawat dan salam buat Rasul junjungan, nabi akhir zaman…

Assallammualaikum dan salam sejahtera buat semua taulan. Yakin dan didoakan anda semua sentiasa sihat dalam pergaulan. Mengelakkan perkara yang sia-sia dan membuang masa yang diberikan tuhan. Bersama-sama menuju kejayaan yang telah anda sendiri tentukan. Kerana makna kejayaan bagi setiap insane senentiasa terdapat perbezaan…
Hurm.. Pilihan Raya Kampus ataupun PRK… apa benda ni??? Makanan atau sebuah bangunan?? Kadang-kadang, bila kita tanya dengan mahasiswa di kampus ramai yang akan geleng kepala. (maknanya tak tahu la…). Ramai yang kata.. tak penting pun PRK.. same je pun… timbul pulak persoalan, apa sebenarnya tujuan PRK ni???
Hah… ni dia tujuannya….
Memilih perwakilan yang bakal menduduki kerusi Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). MPP pulok, ape bende?? Tujuan??
Fungsi dan Peranan MPP/MPM yang digariskan di dalam Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 Bahagian VI Peruntukan Am, Perkara 48


(10) Tujuan dan fungsi MPP ialah untuk:
(a) memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar Universiti;
(b) tertakluk kepada arahan Naib Canselor, menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan pembekalan makanan dan minuman;
(c) membuat rayuan kepada Naib Canselor mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan hidup dan kerja pelajar Universiti;
(d) diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut sesuatu Kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Universitidan
(e) menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Tu dia tujuan MPP. Hah… nak cakap tak penting lagi? Nak mengimbau pengalaman skit sepanjang bergelar MPP. Dengan jawatan Exco Kebajikan Dan Perkhidmatan, selalunya saya dan Aman Yasser merupakan insane pertama yang akan dijejaki andai berlaku masalah kebajikan ataupun perkhidmatan di kampus. Yang mengadu, semua jenis mahasiswa. Tapi, Alhamdulillah diberi kekuatan. Walaupun bukan semuanya aduan yang diberikan dapat penyelesaian terbaik. Tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik. Berpegang pada prinsip, MPP untuk semua.
Bahang PRK cukup hangat membara di UPSI tercinta. Dengan dakwaan penyelewengan. Dengan jentera yang dikepalai oleh ketua pemuda parti tertentu. Dengan percaturan yang menindas mahasiswa. Dengan kempen yang cukup bersemangat. Tapi, termenaung saya berfikir. Ada atai tidak hasil semua tu?? Berjaya atau tidak PRK mencapai objektif?? Memberikan pendedahan kepada mahasiswa tentang system Pilihanraya? Jawapannya, semestinya tidak….
Mengapa tidak?? Hehehehehe… kita nantikan pratusan pengundi yang turun esok di UPSI. Insyaallah saya akan post pulak analisis berkaitan jawapan TIDAK yang saya berikan.
Namun, tetap saya mengingatkan kepada semua taulan di bumi UPSI. Keluarlah mengundi. Pilihan di tangan anda. Anda berhak menentukan pemimpin anda. Jangan biarkan tangan-tangan Ghaib terus megatur hidup anda. Jangan biarkan diri anda terus dijadikan sebagai mahasiswa robot. Kampus tempat percambahan pemikiran. Keluarlah mengundi…

SAYA PERINDU SETIA… 

Ahad, 23 September 2012

SAYA PERINDU SETIA

Dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah...
Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam...
Selawat dan salam keatas junjungan mulia, nabi akhir zaman...

Assallammualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat yang dikasihi dengan sepenuh jiwa dan raga. semoga semua sihat sejahtera di samping keluarga dan jiran tetangga. Yang tinggal di desa dan rumah yang bertangga. Buatlah tanga kerana tangga membantu kita untuk berjaya. Bak kata pepatah, Usaha tangga kejayaan..."

Sekali lagi diberi kesempatan untuk berkongsi dengan semua. Ramai yang bertanya mengapa mesti perindu setia. Lama juga saya fikirkan nak jawab macam mana soalan ni. Akhirnya salah seorang Guru di sekolah tempat menumpang sekarang memberikan saya satu idea...........


Susun kata disusun,
Tertib bibir meratib,
Tangan disatu menjadi satu,
Duduk menunggu terus menunggu,
Bangkit berdiri tegak berdiri,
Tekun mencari sumber bunyi,
Telinga dipincingkan ke segenap penjuru,
Mencari lagu, pedoman diri.

Mula bertatih kini berlari,
mengikut lagu yang selalu mengiringi.
Gerak langkah terus diatur,
Berjalan, beralari, tersungkur,
Jatuh bangun tetap diharungi,
Mengejar waktu yang pantas berputar,
Mengibaratkan diri seorang pendekar.

Belajar untuk mengajar,
Mengajar untuk belajar.
Cuba mencari makna hidup,
Mencari hakikat kehidupan insani,
Yang telah diatur sejak azali

Didalam hati,
Walau kadang terlupa janji,
Yang pasti dituntut Suatu hari nanti,
Kerna terlalai dengan duniawi,
Yang mengaburi mata hati,
Menjanjikan dunia,
Menempah sengsara.

Didalam hati,
masih tertanam cinta setia,
menjadikan dir perindu setia,
bukanlah gila pada manusia,
namun rindu pada yang esa,
dan inilah dia,
SANG PERINDU SETIA.


Ahad, 16 September 2012

Bicara Hati Yang Ingin Diceritakan


Dengan meyebut nama Allah yang maha pemurah…
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam…
Selawat dan salam buat rasul junjungan, nabi akhir zaman…

Assallammualaikum dan salam sejahtra semua teman. Yang sudah lama saya tidak temukan. Baik yang sudah ataupun belum makan. Kerana makan merupakan satu keperluan kehidupan. namun janganlah jadikan tujuan kehidupan. takut kan tersesat di tengah jalan. Dalam usaha kau mencari kebenaran. Sepanjang berada di bumi tuhan.
Dan beginilah ceritanya teman. Setelah lama berada diperantawan. Hati galau tidak tertahan. Merindu keluarga di kampung halaman. Yang sentiasa menunggu kepulangan dari perantawan. Walau pasti akan ku sempurnakan. Hajat semua yang menanti kedatangan. Namun haruslah aku mengutamakan. Tugas ku yang kuterima agar kelak tidak dipersoalkan. Bilaku berdiri dihadapan Tuhan.
Pelbagai pengalaman ingin ku ceritakan. Cerita suka dan duka yang lama ku simpan. Mencari tempat ntuk meluahkan. Bagi meringankan beban yang lama terpendam. Dan kini kukongsikan teman. Agar dapat menjadi pedoman. Moga kita mengambil pengajaran. Untuk memilih jalan kehidupan.
Sebermulanya hidup di peratawan. Tercari-cari arah tujuan. Siapa teman, siapa lawan. Amatlah sukar ntuk ku bezakan. Akhirnya ku jejaki rumah Tuhan. Kerana ku yakin di sana kan ku temukan. Apa yang ku kira sebagai kawan. Sebagai pendamping sepanjang perjalanan. Dan akhirnya ku temukan. Dengan seorang yang baik budiman. Orangnya segak dan menyenangkan. Yang boleh ku gelar sebagai Teman. Berjabat tangan mengukir senyuman. Tidaklah dapat aku lupakan. Kata sapaan yang cukup menyenangkan. Menyedapkan hati setiap insan.
Hidup di perantawan banyak cabaran. Sering bergelomang duri onak ujian. Mencari-cari tempat berpegang. Yang mampu untuk memberi bimbingan, memilih jalan sepanjang kehidupan. Hidup yang ditempuh bukan mainan, silap memilih kan binasalah badan. Untuk itu pesanku teman, Sentiasalah bijak melakukan pilihan, Agar tidak tersalah jalan. Aku bersyukur padaMu Tuhan. Menemukanku dengan rahmat Pilihan. Dimudahkan bertemu penunjuk jalan, yang sentiasa ada memandu kehidupan.
Walau sering tersasar di jalan, kehadiran mereka membawa ku pulang. Kembali kepada jalan pilihan. Tidak dibiarkan, tidak dipulaukan. Inilah yang ku gelar teman pilihan,  sahabat sejati penunjuk jalan. Sentiasa sayang pada kawan. Tiap masa memimpin tangan. Bukan hanya mengikut keadaan. Hanya bertemu diwaktu kau senang. Hilang lesap kala kesusahan. Tingal dirimu termenung sendirian. Dan inilah kurniaan tuhan. Sentiasa ada yang mengingatkan. Tidak jemu memberi teguran. Walau terkadag, teguran diabaikan.
Sampai disini perkongsianku teman. Sampai waktu akan ku ceritakan. Ujian yang datang menguji iman. Setebal buku atau pun kulit bawang. Bukan bermegah tujuan ku kongsikan. Sebagai peringatan semua insan. Agar terhindar siksaan tuhan. Bersama kita mencapai kebahagiaan. Yang telah pasti dijanjikan Tuhan.

SANG PERINDU SETIA
14-9-12
KTM (rawang-T.malim)