BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 23 September 2012

SAYA PERINDU SETIA

Dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah...
Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam...
Selawat dan salam keatas junjungan mulia, nabi akhir zaman...

Assallammualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat yang dikasihi dengan sepenuh jiwa dan raga. semoga semua sihat sejahtera di samping keluarga dan jiran tetangga. Yang tinggal di desa dan rumah yang bertangga. Buatlah tanga kerana tangga membantu kita untuk berjaya. Bak kata pepatah, Usaha tangga kejayaan..."

Sekali lagi diberi kesempatan untuk berkongsi dengan semua. Ramai yang bertanya mengapa mesti perindu setia. Lama juga saya fikirkan nak jawab macam mana soalan ni. Akhirnya salah seorang Guru di sekolah tempat menumpang sekarang memberikan saya satu idea...........


Susun kata disusun,
Tertib bibir meratib,
Tangan disatu menjadi satu,
Duduk menunggu terus menunggu,
Bangkit berdiri tegak berdiri,
Tekun mencari sumber bunyi,
Telinga dipincingkan ke segenap penjuru,
Mencari lagu, pedoman diri.

Mula bertatih kini berlari,
mengikut lagu yang selalu mengiringi.
Gerak langkah terus diatur,
Berjalan, beralari, tersungkur,
Jatuh bangun tetap diharungi,
Mengejar waktu yang pantas berputar,
Mengibaratkan diri seorang pendekar.

Belajar untuk mengajar,
Mengajar untuk belajar.
Cuba mencari makna hidup,
Mencari hakikat kehidupan insani,
Yang telah diatur sejak azali

Didalam hati,
Walau kadang terlupa janji,
Yang pasti dituntut Suatu hari nanti,
Kerna terlalai dengan duniawi,
Yang mengaburi mata hati,
Menjanjikan dunia,
Menempah sengsara.

Didalam hati,
masih tertanam cinta setia,
menjadikan dir perindu setia,
bukanlah gila pada manusia,
namun rindu pada yang esa,
dan inilah dia,
SANG PERINDU SETIA.


0 ulasan: