Dengan meyebut nama Allah
yang maha pemurah…
Segala puji bagi Allah
tuhan sekalian alam…
Selawat dan salam buat
rasul junjungan, nabi akhir zaman…
Assallammualaikum dan
salam sejahtra semua teman. Yang sudah lama saya tidak temukan. Baik yang sudah
ataupun belum makan. Kerana makan merupakan satu keperluan kehidupan. namun
janganlah jadikan tujuan kehidupan. takut kan tersesat di tengah jalan. Dalam
usaha kau mencari kebenaran. Sepanjang berada di bumi tuhan.
Dan beginilah ceritanya
teman. Setelah lama berada diperantawan. Hati galau tidak tertahan. Merindu
keluarga di kampung halaman. Yang sentiasa menunggu kepulangan dari perantawan.
Walau pasti akan ku sempurnakan. Hajat semua yang menanti kedatangan. Namun
haruslah aku mengutamakan. Tugas ku yang kuterima agar kelak tidak
dipersoalkan. Bilaku berdiri dihadapan Tuhan.
Pelbagai pengalaman ingin
ku ceritakan. Cerita suka dan duka yang lama ku simpan. Mencari tempat ntuk meluahkan.
Bagi meringankan beban yang lama terpendam. Dan kini kukongsikan teman. Agar
dapat menjadi pedoman. Moga kita mengambil pengajaran. Untuk memilih jalan
kehidupan.
Sebermulanya hidup di
peratawan. Tercari-cari arah tujuan. Siapa teman, siapa lawan. Amatlah sukar ntuk
ku bezakan. Akhirnya ku jejaki rumah Tuhan. Kerana ku yakin di sana kan ku
temukan. Apa yang ku kira sebagai kawan. Sebagai pendamping sepanjang
perjalanan. Dan akhirnya ku temukan. Dengan seorang yang baik budiman. Orangnya
segak dan menyenangkan. Yang boleh ku gelar sebagai Teman. Berjabat tangan
mengukir senyuman. Tidaklah dapat aku lupakan. Kata sapaan yang cukup
menyenangkan. Menyedapkan hati setiap insan.
Hidup di perantawan banyak
cabaran. Sering bergelomang duri onak ujian. Mencari-cari tempat berpegang.
Yang mampu untuk memberi bimbingan, memilih jalan sepanjang kehidupan. Hidup
yang ditempuh bukan mainan, silap memilih kan binasalah badan. Untuk itu
pesanku teman, Sentiasalah bijak melakukan pilihan, Agar tidak tersalah jalan.
Aku bersyukur padaMu Tuhan. Menemukanku dengan rahmat Pilihan. Dimudahkan bertemu
penunjuk jalan, yang sentiasa ada memandu kehidupan.
Walau sering tersasar di
jalan, kehadiran mereka membawa ku pulang. Kembali kepada jalan pilihan. Tidak
dibiarkan, tidak dipulaukan. Inilah yang ku gelar teman pilihan, sahabat sejati penunjuk jalan. Sentiasa sayang
pada kawan. Tiap masa memimpin tangan. Bukan hanya mengikut keadaan. Hanya
bertemu diwaktu kau senang. Hilang lesap kala kesusahan. Tingal dirimu
termenung sendirian. Dan inilah kurniaan tuhan. Sentiasa ada yang mengingatkan.
Tidak jemu memberi teguran. Walau terkadag, teguran diabaikan.
Sampai disini
perkongsianku teman. Sampai waktu akan ku ceritakan. Ujian yang datang menguji
iman. Setebal buku atau pun kulit bawang. Bukan bermegah tujuan ku kongsikan.
Sebagai peringatan semua insan. Agar terhindar siksaan tuhan. Bersama kita
mencapai kebahagiaan. Yang telah pasti dijanjikan Tuhan.
SANG PERINDU SETIA
14-9-12
KTM (rawang-T.malim)
0 ulasan:
Catat Ulasan