Dengan menyebut nama Tuhan yang miliknya ilmu kekuasaan…
Segala puji bagi Tuhan yang maha Tahu…
Selawat dan salam buat Penghulu para Nabi, utusan Tuhan
akhir zaman…
Salam sayang kerana Tuhan buat sahabat semua… YEN ABAR (apa
khabar dalam bahasa BAJAU).. doanya smoga semua dalam keadaan sihat sejahtera
dan sentiasa dalam lindungan pencipta. Ketahuilah betapa beruntungnya kita yang
sentiasa berlindung dengan perlindungan pencipta. Kerana itulah jua sebaik-baik
tempat perlindungan. Atau masih ada yang mahu mencari tempat perlindungan yang
lain??? Mesti tidak bukan, maka teruslah memohon perlindungan dari pencipta,
jangan terlalu diharap perlindungan manusia.
Begitu cantik aturan Tuhan. Dan sesungguhnya sebaik pengatur
adalah Tuhan. ramai orang mengharapkan rahmat dan lindungan tuhan. Namun tidak
kurang yang mengejar ganjaran dan pandangan dari manusia. Walaupun hakikatnya
mereka sedar bahawasanya manusia itu juga kan makhluk sepertinya. Tinggal saja
mungkin makhluk yang dikejar itu memiliki sedikit kelebihan dunia berbanding
dirinya.apa rasanya bila ditinggalkan Tuhan? Apakah tuhan akan meninggalkan
hambanya(apa layak kita bergelar hamba kepada tuhan?)..
Teringat kata pujangga…
“tidak kuhirau andai
semua manusia meninggalkanku, namun apalah dayaku andai Tuhan meninggalkanku…”
Apa tandanya tidak dipedulikan tuhan? Apakah kita akan
merasakan dunia kita kosong? Atau …
Terdetik di hati… sudah terlalu lama diri tidak berteduh di
bawah lembayung rahamat malaikat Tuhan di taman-taman syurga. Mahu katakan
tidak punya masa?? Boleh saja.. atau, dek kerana dosa dan maksiat yang terlalu
banyak maka diri ini tidak dipilih untuk hadir ke sana? Mungkin diri akan
mengotori tempat yang suci itu… berburuk sangka pada Tuhan? Bukan, sekadar
menyesali diri, yang begitu kotor sehingga Tidak menjadi pilihan Tuhan untuk
berada di sana. Ini hokum alam, kita diberikan setimpal dengan apa yang kita
usahakan. Dunia ini kan ladang pertanian..
Bertimpa ujian buat umat kala ini. Tidak kunjung putus. Lepas
satu,satu pula yang timbul. Agama Tuhan semakin dipermainkan. Walau sudah
banyak peringatan diberikan. Namun,
begitu besar kasih sayang Tuhan, kita masih diberikan peluang. Tapi, nikmat
Tuhan masih terus dipersoalkan.
Dan hati ini berbicara…
“Tuhan, izinkan saya
ke sana. Saya mahu bertemu insane yang MnecintaiNya. Saya mahu merasa rasa
cinta kepadaNya. Saya mahu.. walau sekali.. dan saya serahkan perancangan ini
padaMu…”
0 ulasan:
Catat Ulasan