BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 28 Disember 2013

LAFAZ NIAT 31/12/13

Dengan menyebut nama Tuhan yang maha mengatur…
Segala puji bagi Tuhan yang padanya ada sebaik-baik pengaturan…
Selawat dan salam buat Rasul junjungan, pemimpin umat yang dikirim buat mengajar manusia aturan Tuhan…

Salam sayang bahagian buat sahabat semua. Doa saya, semoga semua sahabat beradalam keadaan sihat sejahtera. Di samping keluarga tercinta. Semoga semua perancangan yang dirancang dapat dijalankan dnegan baik dan sempurna. Namun, harus diingat. Dunia ini ada pemiliknya, tatkala kita merancang, ketahuilah bahawa pemilik dunia ini juga sedang mengatur, dan sesunguhnya pengaturan pemilik dunia itu kan lebih baik dan sempurna. Walaupun terkadang kita berat untuk menerimanya, namun pasakkan dalam diri, siapa kita mahu mempersoalkan aturan pencipta???
Beberapa minggu lepas, selepas perbincangan dnegan Puan Pensyarah. Secara spontan pensyarah mengajukan soalan:
“Awak terlibat dengan politik kan?? Pada pandangan awak, apa masa depan politik Malaysia??”
Wah.. tergamam gak, jawapan saya.. politik Malaysia kan berakhir di atas jalan raya… berakhir dengan darah dan air mata. Kalau parti politik dlam Negara terus menerus menari dnegan tarian sekarang. Maka di situ akhirnya politik kita.
Nah, tergamam Puan Pensyarah.. dia pun berkata..
“maksud saya, adakah awak melihat kemungkinan perubahan system politik di Malaysia. Lebih-lebih lagi dari system banyak parti kepada system dua parti..”
Hehehe.. saya lak tergamam.. bagi saya, mustahil. Walaupun ikut ilmu politik gabungan antara PAS,PKR dan DAP sudah boleh dikira sebagai sebuah parti yang membolehkan Malaysia digelar sebagai Negara dengan system dua parti tapi saya masih tidak bersetuju. Antara cirri yang perlu ada dalam gabungan parti adalah memiliki matlamat dan tujuan yang sama. Macam mana mahu katakan gabungan itu memiliki tujuan yang sama sedangkan dasar antara parti cukup jauh berbeda.
Begitu jugak halnya dengan BN. Diangotai oleh pelbagai parti yang dating dnegan matlamat tersembunyi yang berbeda-beda. Jadi bagaimana saya mahu mengakui bahawa itu sebuah parti???
Perbincangan terus berlangsung.. tapi, sehingga kini saya masih terus berfikir apa sebenarnya masa depan politik Malaysia? Dengan keadaan sekarang bila dilihat kerajaan mula mengikut jejak langkah Negara-negara yang tumbang dek revolusi rakyat. Kos hidup melambung dalam masa yang singkat. Terlalu banyak kos dibebankan di bahu rakyat. Dlam masa yang sama kerajaan terus dengan kebangangan melampau. Berbelanja tanpa mengira kemampuan. Namun rakyat diarah utnuk berjimat. Mana pergi akal pemerintah.
Apa lagi harus dipanggil tindakan ini kalau bukan JEMPUTAN BUAT RAKYAT TUNJUK AKSI?? Apakah mungkin dalam keadaan begini rakyat harus terus redha dan menerima dengan hati terbuka?? Sedangkan kerajaan terus menerus membuli rakyat? Itu tindakan bangang rasanya. Apakah mahu ditunggu lagi lima tahun tanpa aksi? Mustahil. Jadi apa yang perlu rakyat buat?? Dalam system demokrasi, rakyat punya hak untuk menyurakan bantahan. Bagaimana??? Tunjukkan rasa tidak setuju. Kerana kerajaan terlalu sombong, maka harus peringatan diberi kepada kerajaan bahawa rakyat tidak setuju.
Masa depan politik Malaysia, bergantung pada gerak tari kerajaan yang memerintah sekarang. Jangan lupa gerak dunia mempengaruhi suasana sesebuah Negara. Kalau sudah kerajaan terlalu bangang dalam tindakan, tidak mustahil demokrasi jalanan menjadi pilihan…


SAHAJA SAYA TURUN PADA 31` DES 2013 BAGI MENUNAIKAN TANGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI RAKYAT MEMBERIKAN KESEDARAN KEPADA KERAJAAN TENTANG BEBAN YANG DITANGGUNG RAKYAT DARIPADA TINDAKAN YANG DILAKUKAN KERAJAAN KERANA TUHAN PEMILIK ALAM”

0 ulasan: