Dengan
menyebut nama Tuhan Ynag maha pemurah..
Segala
puji bagi Tuhan yang Padanya Srgala Ilmu pengetahuan…
Selawat
dan salam kerinduan Buat junjungan mulia pesuruh tuhan yang membawa kebenaran
yang disebarkan dengan penuh kesabaran…
Apa khabar
sahabat semua. Semoga semua masih subur rasa rindu pada apa jua yang dirindu. Percayalah,
rasa rindu itu satu keperluan. Tanpa rasa rindu akan kau rasakan hidupmu
kosong. Persoalannya mau dituju kemana rasa rindu itu. Pada bungakah, pada
kucingkah, pada kayu kah, pada kangkungkah?? Teringat satu bait puisi yang
diselitkan ramli awing murshid dalam novelnya “BAGAIKAN PUTRI”… “kala rindu berbisik, rasulnya jadi pilihan…”
apa mungkin kita mampu memastikan rindu kita sentiasa buat insane mulia ini?? Hehehhe..
terserah kita. cumanya, sentiasalah merindu. Rindu kepada sahabat atau
keluarga. Rindu kepada ilmu atau perjuangan. Rindu pada kehidupan atau
kematian. Teruskan merindu.
Selepas
dari PRU-13, kelihatan seperti kerajaan, khususnya menteri dan timbalan menteri
seperti melepaskan geram yang sudah lama ditahan kepada rakyat. Terlalu banyak
kenyataan dan tindakan menteri yang pelik dan …. Teringat kata-kata pujangga,
gaya pemimpin mengambarkan gaya pemimpinnya.
Suatu
ketika dahulu saya sempat berdiskusi bersama rakan-rakan dalam bab pentadbiran
di bawah tajuk “punca kejatuhan kerajaan islam”. Antara isi yang dikupas, sikap
dan perangai pemimpin islam kala itu yangs ecara langsung telah mempengaruhi
sikap dan tabiiat rakyat. Harus diakui, bila pemimpin gemar berpesta, berpesta
akan menjadi kebiasaan rakyatnya. Bila pemimpin gemar berfesyen, berfesyen akan
menjadi hobi rakyatnya. Bila pemimpin gemar hiburan, hiburan kan menjadi
makanan rohani rakyatnya. Keadaan ini yang berlaku kala itu. Rakyat mualai
dilalaikan. Islam mula diabaikan.
Mungkin,
menteri-menteri ini bengang kepada penyokong pembangkang yang dikatakan terlalu
memainkan isu. Bini PM nak naik jet mewah jadi isu. Bil api rumah PM nak jadi
isu. Menteri tersasul pun nak jadi isu. Api naik jadi isu. Tol baru nak naik
dah jadi isu. Semua nak jadi isu….
Menteri,
mereka itu kan rakyatmu. Hatta yang bergelar penyokong pembangkang pun. Menteri
dilantik bukan untuk menjadi menteri UMNO-BN-KRONI. Tapi menteri kepada rakat
keseluruhannya. Bukan hanya menjadi enteri UMNO. OPPPPSSSSSS….. saya lupa…. Ini
budaya mereka…
Teringat
perhimpunan agung UMNO tempoh hari. Seingat saya, UMNO merupakan parti pejuang
bagsa, menegak agama, mempertahan Negara. Tapi…. Perhimpunan kali ini
berlangsung seperti biasa. Mungkin juga kali ini saya ikuti secara dekat. Tidak
ada lagi perbincangan kepentingan bangsa, tidak ada lagi perbincangan
kepentingan agama, tidak ada lagi perbincangan kepentingan Negara. Perhimpunan kali
ini perhimpunan menuntut jawatan, membahagi jawatan dalam glc. Membangunkan kroni.
Mengutuk puak itu dan ini. Bagaimana mampu saya ingin percaya kembali parti ini
mampu membela kehidupan saya?
Tidak
hairan bila rakyat kecoh bila perangai menteri sedikit bangang dan ada kalanya
bengong. Semoga kehadiran menteri
banggang ini mampu memberi sinar kesedaran kepada rakyat tentang reality sebenar
politik tanah air yang sudah lama dibiarkan begitu.
0 ulasan:
Catat Ulasan