BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 19 November 2013

BADUT...

Dengan mnybut nama Tuhan yang maha tinggi atas segala kekuasaan..
Segala puji buat Tuhan pemilik sekalian alam…
Selawat dan salam buat Pesuruh junjungan yang menolak kekuasaan demi menyebar kebenaran…

Salam sihat saja saya ucapkan buat sahabat semua yang selalu membaca. Tidak kiralah apa yang dibaca, kerana membaca kan amalan mulia. Mulianya kerana mampu menambah ilmu didada. Menjadikan kita insane berguna. Bukan hanya menurut saja, tanpa memikir baik buruknya. Kerana kita sudah punya ilmu didada. Kerana kita suka membaca.

20.11.2013. Wan Junaidi yang menjawab satu soalan di Dewan Rakyat berkata, kira-kira 400,000 MyKad dilapor hilang pada tahun 2010, dan ia meningkat kepada lebih 565,000 kad sehingga Oktober tahun ini sahaja.

"Kementerian tak menolak yang kad-kad milikan orang lain digunakan warga asing yang diselewengkan daripada MyKad yang hilang kerana kecuaian.

"Kad yang dicuri mungkin dijual kepada sindiket oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya sewaktu menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan)
(MALAYSIAKINI)
Comelkan jawapan dari TIMBALAN MENTERI ni. Cukup gembira anak muda ini bila membaca ulasan begini dibacakan di parlimen. Sedangkan baru-baru ini, seorang penjawat di jabatan pendaftaran ditahan atas tuduhan memalusukan MYKAD. Ape kah peliknya jawapan TIM MENTERI ni. Apa sebenarnya yang ingin ditipu?
Atau semmangnya yang menjaga atau mengepalai KEMENTERIAN DALAM Negeri kala ini semuanya memang pelik2 blaka??? IC palsu ‘mungkin’ dari ic hilang. Pistol mungkin jatuh ke laut. Enjin jet lesap dikebas ninja. Boleh tembak orang jika “beranggapan” akan ditimpa bencana. PULIS mabuk dibenar ikut oprasi sama. Cukup banyak kepelikan yang timbul. INI KDN ATAU SARKAS??? (APA MUNGKIN BETUL RAMALAN BUJANG LAPOK?? ALIF MIM NUN WAU=SARKAS??)
Sebagai rakyat biasa, rasa cukup geram dengan jawapan sebegini rupa. Sebagai rakyat biasa, anak muda ini mahu dengar apa sebnarnya yang berlaku. Bukan aksi sarkas atau silap mata…



0 ulasan: