BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 22 November 2013

NEGERIku TERUS DIBELAKANG

Dengan menyebut nama Tuhan yang Maha pemberi Kecukupan…
Segala puji bagi Tuhan yang Maha memberi Keperluan…
Selawat dan salam buat junjungan mulia, yang hadir dengan sirna menyuluh alam…

Salam cukup makan buat semua.. ya.. makan itu kan penting.. dan makan lah yang membuatkan manusia lupa segalanya. Mengejar makanan hingga kadang2 lupa mana yang betul dan mana yang salah. Jangan lupa, makan itu bukan hanya masuk melalui mulut(makanan seperti nasi, spegeti, domino, kfc mecd or mecg) tetapi juga makanan yang meresap kedalam diri( ILMU, AMAL, SEDEKAH, PENGELIHATAN, PENDENGARAN OR PENGALAMAN). Kadang ada yang lapar mencari makanan, hingga apa yang ada di depan mata disumbat. Tidak kaji  halal haram. Tidak kira sesat atau betul. Ya, itu lah lumrah manusia, semua dikejar, walau kadang tersadung jatuh tersungkur bergolek-golek, tetap terus mengejar walau kadang terpaksa merangkak.
Sabah, negeri yang pernah saya katakan gerbang menuju ke putrajaya. Mana-mana parti yang Berjaya menawan sabah, maka putrajaya menjadi miliknya(dalam keadaan sekarang). Hari ni tengok satu kenyataan akhbar, dalam MUKTAMAR pas perwakilan sabah buat satu kenyataan mengejutkan sehingga diarah untuk berhenti berucap…
Perwakilan PAS Sabah Kesal Ahli Tidak Diiktiraf
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
SHAH ALAM: Perwakilan PAS Sabah melahirkan kekecewaan apabila pimpinan dari negeri itu tidak diiktiraf oleh ahli partinya sendiri khususnya berhubung agihan jawatan di peringkat Pusat.
Wakil PAS Cawangan Kalabakan, Mohd Fazli Ahmad berkata, Umno dilihat lebih mengiktiraf ahlinya di seluruh negara khususnya Sabah apabila mempunyai enam orang ahli Majlis Tertinggi dari negeri itu termasuk seorang Naib Presiden.
"Bila pilihan raya selalu cakap Sabah perlu sumbang banyak kerusi, minta kami kerja keras untuk memenangkan negeri ini untuk pastikan kita boleh menang besar.
"Tapi pemimpin kami tidak diiktiraf, tidak diangkat di peringkat Pusat. Wakil kami daripada Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat tidak dipilih oleh perwakilan dari semenanjung," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi perbentangan laporan tahunan dan penyata kewangan di Muktamar PAS Pusat ke-59 di Stadium Melawati di sini, Jumaat.
Ketika berbahas mengenai isu sama, Pengerusi Tetap, Datuk Abu Kassim Abdullah mengarahkannya supaya berhenti berucap kerana melebihi tempoh yang dibenarkan.
Bagaimanapun Mohd Fazli tidak menghiraukan arahan Abu Kassim dengan meminta masa tambahan diberikan kepadanya.
"Saya datang dari jauh, harga tiket kapal terbang mahal. Tapi kami datang juga. Dulu kami datang muktamar kena jual kain," katanya.

Hehehehe.. pelik kan.. tapi itu reality politik sekarang. MUNGKIN, sabahan hanya sebagai kuda tungangan yang digunakan bila perlu, perkara ini menjadi lumrah dalam kawasan yang mengamalkan demokrasi. Cumanya, kecewa itu masih timbul. UMNO memberikan satu tempat yang baik buat kepimpinan umno sabah. Tapi tidak PAS. Apatah lagi PKR, atau PARTAI KEADILAN RAKYAT yang sewenangnya membelakangkan pimpinan sabah hanya kerana mengejar kemenangan yang akhirnya memakan diri. Ini semua rupa wajah politik yang semakin disedari oleh anak-anak negeri dibawah bayu itu.
Mungkin, sudah sampai masanya anak-anak pewaris darah MAT SALEH dan ANTANOM itu bangkit berdiri menunjukkan bahawa kita masih ada. Jangan biarkan “mereka” terus mengangap kita tiada. Sudah cukup rasanya kita menongkat langit meneduh orang-orang yang tidak mahu menghormati kita. ceh.. macam mau pilihanraya pulak kan…
Cumannya, kita mahu satu bentuk politik matang. Anak muda ini masih merasakan, untukng nasib SABAH hanya boleh ditentukan oleh anak sabah sendiri. Bukan anak sabah CELUP atau yang sudah ditutup matanya dengan RM atau PANGKAT atau GELARAN DATO atau TAN SRI. Tapi anak sabah yang mengalir dalam tubuhnya semangat ANTANOM dan paduka MAT SALEH. Mengalir dalam tubuhnya semangat pengorbanan UMUNSUMUNDU menjaga maruah KINOHIRINGAN.


0 ulasan: