BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 9 November 2013

Mufti Dan Kerjanya

Dengan menyebut nama Tuhan yang maha pemurah…
Segala puji bagi Tuhan Pemilik Sekalian alam..
Selawat dan salam buat Pesuruh tuhan Yang penghabisan, Penyempurna syariat Tuhan…

Salam kesejahteraan buat semua teman dan taulan.. didoakan semoga semua dalam kesejahteraan  dan kedamaian.. kerana itu kan impian setiap insane.. baik yang tingal di pendalaman mahupun di ceruk sibuk kota yang sekadar perhiasan.. maka itulah saja yang dikejar oleh insane baik yang waras ataupun yang kurang siuman…

2 bulan berlalu selepas mufti kerajaan negeri sabah mengeluarkan satu kenyataan yang mengemparkan rakyat sabah. Namun isu ini tengelam dek isu kalimah ALLAH yang nampaknya lebih hangat dari isu ini. Hehehe.. cumannya, janji tetap janji.  Isu ini masih lagi isu menarik untuk dihayati. Kerana rasanya Tuan Mufti masih tidak tampil memberikan penjelasan.
Kenyataan supaya suku bumiputra sabah dimelayukan bagi menjaga survaivel politik islam, sudah tentu menyingung perasaan puluhan suku di sabah. Sebenarnya, isu ini tidaklah serumit mana seandainya difinisi melayu itu dijelaskan dengan adil. Sepengatahuan saya, suku-suku atau bangsa-bangsa yang asalnyan dari gugusan kepulauan melayu ini sememangnya digelar sebagai orang melayu. Difinisi ini mula berubah bilamana wujud pelbagai Negara di kepulauan ini. Selain daripada itu, pendifinisian mengikut perlembagaan persekutuan membuatkan difinisi dan makna melayu itu semakin jauh dan menyimpang dari difinisi asal. Wah.. macam sejarahwan.
Kalau dari difinisi yang pertama, nyatalah saranan mufti itu tidak salah walaupun mungkin penyampaiannya pelik. Namun dari pendifinisian perlembagaan….
Dikatakan seruan itu demi menjaga survaivel politik orang islam, solusinya dengan memperkasakan melayu. Saya sedikit keliru, survaivel siapa sebenarnya diperkatakan?? Islamkah atau melayukah?? Kalau ingin menyelamatkan  survaivel politik islam, maka rasanya perlunya pemerkasaan kefahaman islam dalam kehidupan masyarakat islam. Dan kalau survaivel politik melayu yang ingin dipertahankan, maka perlulah diperkasakan melayu itu sendiri. Saya rasa itu sifir mudah yang boleh difahami. Cumanya di Negara ini sudah dituliskan satu sifir baharu iaitu, survaivel politik melayu bermaknasurvaivel politik islam. Namun survaivel politik islam tidak semestinya membawa kepada survaivel politik melayu.
Pelik bukan.. melihat pada ajaran baginda rasul, tidak pernah ada seruan atas dasar bangsa arab, namun atas dasar islam itu sendiri Itulah masalahnya umat ini, terlalu meyakini kebangsaan sehingga terlupa satu kaedah penyatuan yang ternyata lebih berkesan berbanding penyatuan berdasarkan bangsa.

Namun begitu, atas dasar hormat terhadap ilmu dan kedudukan Tuan Mufti, kita yakin sebenarnya ada yang tersirat atas saranan Tuan Mufti. 

0 ulasan: