Dengan menyebut nama Tuhan yang maha kaya…
Segala puji bagi Tuhan yang milikNya segala pujian di bumi
or di langit…
Selawat dan salam buat pesuruh mulia, pemimpin umat pembawa
cahaya…
Salam saying semut buat sahabat semua… semoga dalam kebaikan
hendaknya. Disamping cahaya lampu yang dikurnia tuhan melalui kerajaan. Walaupun
ternyata hati kerajaan gelap tidak berlampu, mungkiin dek kerana Usaha berjimat
cermat yang terlalu tinggi, hingga tak mahu memasang lampu di hati buat penyuluh
sepanjang mentadbir kerajaan. Ya.. begitu pentingnya lampu kepada setiap insan.
Tapi tidak pada mereka yang tidak bijak mengunakan.
Hehehe… mengarut kan.. itu kan tulisan saya.. tapi.. ada
yang lebih mengarut, 14/11/2013, DEWAN RAKYAT, pesta mengoyak uslu
dilaksanakan. Ya.. dimulakan dengan mp pakatan mengoyak usul pengantunggan YB
SURENDRA pada sesi pagi. Diikuti aksi MP BN mengoyak usul YB fuziah. Nampak macam
munyit dapat bunga pun ada. Tapi apakan daya, itu pilihan rakyat.
Tertarik untuk menyentuh isu ni atas dasar persoalan dasar
tindakan koyak usul yang dilakukan. Mengapa sampai perlu koyak kertas usul? Atas
alas an apa? Akhir sekali, bila MP atau WAKIL RAKYAT sangup koyak usul dalam
parlimen, macam mana dengan rakyat???
Ok, MP PAKATAN koyak usul pada sesi pagi atas alas an usul
yang dibawa kerajaan atas alas an sikap dan kelakuan surendran. Atau juga
mungkin atas alas an sudah 2 kali ditendang dari DEWAN RAKYAT, maka surendran
harus diberi pengajaran. Hurm.. akhirnya mp pakatan bangun dikepalai oleh YB
GOMBAK mengoyak usul atas alas an usul yang tidak masuk akal. Namun, usul itu
masih diterima.
Sampai sesi petang, USUL DARI PR pula dikoyak. Atas alas an,
kenapa YB koyak usul boleh, YB BN tak boleh?? Alas an yang munasabah. Mesti la
boleh kan.. hahahaha…
Masih membayangkan, andai begini sikap Yb yang dipilih
rakyat.. kemana halatuju dasar yang bakal ditentukan di DEWAN itu.
Terkenang salah satu ungkapan yang pernah diungkapkan oleh
seorang pegawai SUHAKAM….
“ðasar
dan cara pentadbiran ditentukan oleh orang diatas. Jadi jika ingin mengubah
cara pentadbiran, bukan hanya perlu mengubah dasar, tapi ubah siapa yang ada di
atas…”
Cumanya, suka saya menambah.. bukan ubah siapa, tapi apa yang
sedang berada di atas. Sebab siapa itu merujuk pada manusia atau insane yang
punya perasaan dan ihsan. Apa itu lebih sesuai…..
0 ulasan:
Catat Ulasan