Dengan menyebut nama Tuhan yang maha kaya…
Segala puji bagi Tuhan yang baginya kekayaan di seluruh
alam…
Selawat dan salam buat nabi junjungan yang dikayakan dengan
ilmu pengetahuan…
Salam salam saying buat semua sahabat tidak kira anda berada
dimana. Doa saya semoga semua dalam keadaan sihat dan sejahtera disamping
keluarga, dimurahkan rezeki, dikayakan dengan ilmu pengetahuan. Ya.. kaya
dengan ilmu pengetahuan itu lagi bermakna dari dikayakan dengan wang atau intan
permata. Kan sudah diketahui, ilmu itu cahaya yang mencelikkan mata. Manakala harta
benda itu tidak lain hanyalah satu alat yang selalu mengaburkan mata pencinta
dunia.
Semalam (16/11/13) akhbar berita hairan menyiarkan artikel
muka depan PENGAKUAN DARI PERSATUAN BOS-BOS YANG MENDAKWA MEMANG BERLAKU RASUAH
DI LCCT OR KLIA. Dan hari ini akhbar hairan sekali lagi tampil dengan tajuk
MULA TUNDING JARI. Wah.. menarikkan. Anak muda ini seperti biasa, setiap pagi
harus baginya untuk membelek akhbar BERITA HAIRAN, MALAYSIAKINI, HARAKAHDAILY. Dan
kali ini tajuk ini cukup menarik hati.
Dalam keluaran hari ini, seorang timbalan menteri
mengeluarkan kenyataan yang dipetik oleh berita hairan lebih kurang begini:
Kena duduk
bincanglah... cari mekanisme terbaik dan selesaikan, bukan menuding jari sana
sini” Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri
Hurm.. anak muda ini mula merasa sangsi, apa yang perlu
dibincangkan? Seharusnya bila muncul dakwaan tentang penyalahgunaan kuasa perlu
ada tindakan. Bukan perbincangan. Apa lagi yang perlu dibincangkan sedangkan
buktinya jelas berlaku ada kenyataan di
akhbar, ada tangkapan, jelas cukup ramai pekerja asing dalam Negara. Apa lagi
yg ditunggu oleh KDN? Kes bunuh sudah ada, rompak samun. Gaduh bertatak. Apakah
mahu juga ditunggu putrajaya ditawan oleh pekerja asing ni?? Nak tunggu
kejadian di LAHAD DATU berulang di PUTRAJAYA??
Kenapa bukan kenyataan, "KDN akan menyiasat perkara ini. Semua yang
terlibat akan dikenakan hukuman yang berat. Mungkin atas dakwaan mengkhianati
YANG DIPERTUAN AGONG". Mengapa tidak? Ini soal sempadan atau kedaulatan negara
yang dipermainkan.
Apakah KDN hanya jadi singa bila ada isu melibatkan pembangkang. Atau
mungkin ada jerung besar yang ingin dilindungi? Atau………….
*ANAK MUDA INI MENUNGGU TARING DAN BELANG MENTERI DALAM NEGERI YANG NAK TEMBAK ORANG IKUT SUKA DIA DAN SUKA KENDURI KENDARA
0 ulasan:
Catat Ulasan